Assalamualaikum...
Haa... ini salah satu misi saya di bulan April. Untuk buang rumput di laluan ini. Saya sudah mulakan sejak 1 April. Sebelum ini, tidak kelihatan langsung laluan berbatu-bata ini, kerana sudah penuh dengan rumput.
Misi saya, untuk keluarkan semula. Apa guna letak batu bata tapi tak tunjuk, ye tak. Sepatutnya, rumput carpet saja yang tumbuh di celah-celah bahagian tertentu di laluan tersebut. Tapi, kini rumput carpet sudah kurang tumbuh, sudah didominasi oleh rumput liar yang tebal dan entah rumput spesies mana lagi, termasuklah pokok semalu dan lalang.
Pada 4 April barulah saya ingat nak ambil gambar.
![]() |
| Alihkan buaian ke sini, sebab nak menebas di bahagian sinun pula. |
Barulah boleh duduk di buaian santai-santai tanpa ada rasa gatal di kaki, kena rumput panjang. Ambil masa, sebab tebal rumput. Saya guna alat sabit untuk buang rumput degil yang punya akar panjang.
Tidak ada sesiapa yang akan buat ini. Suami saya memang sibuk lepas raya, banyak kena masuk overtime.
![]() |
| Gambar 5 April |
Ini juga salah satu cara saya boleh habiskan masa dengan cepat, jadi saya tidak rasa lapar dan boleh buat IF. Saya mula kerja pukul 7 dan masuk rumah pukul 10 pagi.
Banyak kali juga terkejut, sebab lipan keluar semasa kerja menebas rumput. Lipan besar, lipan kecil. Boleh dikatakan hari-hari jumpa lipan. Boleh bayangkan, kalau keadaan rumput masih panjang dan ada kaki duduk di buaian itu dan lipan keluar? Hmmm... itulah salah satu lagi sebab kena pastikan rumah tak jadi semak, sebab adanya serangga atau binatang berbisa.
![]() |
| 7 April |
Sebelum ini, biasanya guna khidmat mesin rumput saja. Jadi, rumput pendek, tapi tetap ada, melindungi kawasan batu-bata ini. Sekarang sudah clearkan rumput, nampak lain sikitlah keadaan. Ada rasa puas di situ. 😊
![]() |
| 8 April |
![]() |
| 9 April |
![]() |
| 10 April |






Asyiknya yaa memelihara rumput jika dah punya halaman.
ReplyDeleteRumah saya ni, takde halamannya. jadi saya hanya bertanam di balkon saja.
SA suka rumah yang ada laman ni...rumah SA xde laman..ada la tanah sepalung sekangkang kera je depan tu tempat PZ bercucuk tanam..ni PZ dah buang semua pokok kacang botor dia..nak tanam pokok lain sebab pokok kacang tu x berbuah...
ReplyDeleteseronok sebenanrnya aktiviti berkebun macam tu, salah satu aktiviti yang membuatkan mak linda terus sihat..alhamdulillah
ReplyDeleteTebal jugak rumput yg tutup tu....
ReplyDeleteAlhamdulillah tahniah Tot dalam misi membersihkan semua rumput jahat di kawasan batu bata. 2 in 1 begitu hasilnya - Tot dapat keluarkan peluh dan kawasan batu bata bersih lebih selesa hendak melepak buaian. Tapi rumput jahat macam lalang and the gang ni geram kan? Elok dia bercambah bersungguh-sungguh di sana sini.
ReplyDeleteYa Allah rajinnya. Hehe macam nak upah Nur potong rumput sebab potong berhati-hati dan guna manual.
ReplyDeleteSemoga sekitar bebas rumput tinggi.
Mesti rasa lega, sedap je mata tengok da clearkan rerumput tu.
ReplyDeletelama jugak menebas ye sampai 3 jam. yg penting badan sihat
ReplyDeleteLama sudah saya tak rajinkan diri kemas laman. Panas sangat sekarang pagi-pagi pun.
ReplyDeleteKalau memang bisa kerjakan sendiri, bagus kerjakan sendiri. Tapi kalau saya Krn takut dengan hewan2 tanah itu kak, jadi memang geli lah. 😅😅. Apalagi ketemu cacing, bisa terlempar alat yg dipakai 🤣
ReplyDeleteKalau dah rapi, bersih dari rumput, memang puaàas kan. Tenang juga Krn tak kuatir ada ular dan hewan lain