Assalamualaikum dan halo... salam Jumaat yang mulia kepada pembaca blogku yang saya hormati sekalian...
Cerita pada hari Khamis, 16 April 2026 yang lepas. Seperti biasa, pagi-pagi, saya berkebun sekejap, siram pokok dan sebagainya. Banyak pula bunga-bunga yang ada, jadi haruslah kita ambil gambar kenangan. Jom tengok, jom...
![]() |
| Bunga ros kuning |
Pokok ros kuning inilah yang paling sihat antara pokok-pokok ros yang saya ada. Ia selalu keluar bunga. 😍
![]() |
| Bougainvillea atau bunga kertas putih |
Pokok bunga kertas adalah pokok yang tahan lasak dan panas. Bila musim panas, lagi banyak bunga keluar.
![]() |
| Bunga kertas ungu |
![]() |
| Bunga kertas merah jambu dan jingga |
Saya fikir nak tambah lagi koleksi pokok bunga kertas, tapi tak pergi-pergi lagi ke nursery pokok bunga. Nak cari warna yang belum ada.
![]() |
| Bunga melati Thailand atau Thai Jasmine |
![]() |
| Bunga kertas jingga atau peach |
Bunga-bunga yang pelbagai warna ini memang menceriakan halaman rumah. Kalau boleh, saya nak tambah lagi tumbuhan berbunga, biar jadi macam taman bunga. Hehe...
Lepas berkebun, saya masuk dapur dan masak lauk pada hari itu.
Saya masak asam pedas ayam. Ikut resepi kak Amie. Walaupun dalam resepi itu, kak Amie guna ikan mabung, saya guna ayam. Tapi asam pedasnya tetap sedap dan menyengat! Lagi pun di rumah saya, banyak sangat daun kesum. Itu yang dapat idea masak asam pedas. 😋
![]() |
| Asam pedas ayam |
Nak kata guna ayam seekor, tak juga. Sebab saya ada asingkan bahagian ayam yang banyak isi. Saya potong kecil untuk guna kalau nak masak bihun ke, spagetti ke, atau mi.
Alhamdulillah. Hari ni, tak tahu lagi nak masak apa.
Semoga segala urusan anda semua pada hari ini dipermudahkan, ya.
Jumpa lagi. 💗







Cantik la kaler bunga kertas warna peach tu.. semuanya nmpk sihat bunga-bunga kaknur
ReplyDeleteBerbunga² hati Sy tengok bunga² ni... Sy pun berhajat nak tambah koleksi pokok bunga tapi belum sempat ke nursery pokok
ReplyDeleteMekar eh bunga2 awakkk.. Faa kalau bawa balik pokok baru seminggu je pastu mati. Tak reti bab2 pertanian ni. :D
ReplyDeleteAlhamdulillah bunga-bunga hidup sihat.
ReplyDeleteDi sini tidak pernah buat asam pedas ayam. Guna ikan atau daging.
Saya teringin nak gardening tanam bunga sebab suka bunga, tapi saya geli cacing 🥲
ReplyDeleteBunga ros oren kuning saya pun tengah nak berkembang, seronok betul. Wangi baunya.
ReplyDeleteSedapnya asam pedas ayam, dah lama tak buat asam pedas.
Kat putrajaya ni bunga kertas dia penuh bila panas. Bila banyak cantik pulak
ReplyDeleteRupanya bunga kertas ada banyak warna. Cuba lah tut pulak nanti satu pasu ada banyak warna.
ReplyDeleteAsam pedas ayam sedap woiiiii
ReplyDeleteCantiknya bunga2 tu semua.
ReplyDeleteHai salam kenal tuan blog, cantik nama blog.. banyaknya bunga2 awak. Anyway, jom join segmen saya di aynorablogs.com. Kita tambah rakan2 blogger..
ReplyDeletealahai pastel2 nya semua warna. sejuk mata memandang
ReplyDeleteCantiknya semua bunga kertas dan bunga ros tu. Tengok gambar bunga kertas ni teringat post Cikgu Etuza yang selalu berkongsi gambar bunga kertas di lamannya. Sedapnya asam pedas. KSarie sampai sekarang agak ke laut dalam bila masak asam pedas ni
ReplyDeleteNi rasa macam nak buat jugak asam pedas ayam. 😭
ReplyDeleteGeram la tengok rose kuning tu...
ReplyDeleteWaah Macam2 warna bunga kertas kakak. Dulu mama saya hanya ada warna pink. Memang cantiiiik sangat bunga ini. Apalagi kalau sedang berbunga lebat
ReplyDeleteCantik semua bungaa .
ReplyDeletePaling suka kombinasi bunga kertas warna pink oren tu. Lawa!