Kadang tu, suka ambil gambar makanan. Saja, untuk rekod dan tak lupa makan mana sedap. Tapi, sebab sekeping saja gambarnya, jadi nak buat entri khas untuknya macam tak tahu nak tulis apa pula.
Jadi, saya rangkumkanlah banyak-banyak gambar makanan dalam entri ini.
Bukan semua saya masak di rumah. Ada yang saya beli di luar.
![]() |
| Nasi ayam geprek, pilih ayam bakar |
Saya beli di pasar malam pada 5 April 2026. Harga RM12. Gendut kekenyangan, sebab portion yang besar. Sambal sangat pedas. Saya setakat dip dip je timun ke, tauhu dan tempe dalam sambal sikit-sikit dan makan dengan nasi.
Harga nasi okay bagi saya memandangkan rasa agak sedap. Perapan ayam bakar pun cukup rasa.
![]() |
| Telor goreng masak sos, lauk 9 April 2026. |
Lauk berasaskan telur adalah yang paling senang nak disediakan. Campur sayur carrot dan kacang panjang, masak dengan sos tomato, cili dan tiram sikit. 😋
![]() |
| Lauk 13 April 2026. Sambal telur rebus. |
Lagi lauk berasaskan telur. Sambalnya, saya kisar cili kering semata, tanpa guna bawang pun. Itu pasal dalam gambar nampak merah bebenor. Berasap, makan dengan nasi. 😅
![]() |
| Makan tengahari 17 April 2026 |
Setelah sekian lama tak makan roti. Ada beli roti gardenia hijau yang wheat tu. Saya bakar dulu roti guna toaster. Roti bakar cicah asam pedas ayam je. Tak cukup dua keping. Tambah lagi dua keping roti. Nikmat sungguh, lagi pun lauk asam pedas yang dimasak hari sebelumnya. Bila panaskan, lagi bertambah kick!
![]() |
| Sarapan pada 18 April 2026 |
Roti canai 2 keping, cicah asam pedas (lagi). Ambil 2 ketul ayam asam pedas. Walaupun roti canai bungkus dari kedai telah diberi kuah dhal dan kari. Saya tetap cicah dengan kuah asam pedas masak sendiri juga. Alhamdulillah.. 😋
![]() |
| Sarapan 19 April 2026 |
Roti whole wheat. Bakar. Ada patti burger daging, telur goreng, tomato dan timun di dalam. Buat dua set. Jadi, makan 4 keping roti. Gendut.
Haaa.. itulah cerita gambar makanan. Nanti kot ambil lagi gambar makanan, saya akan kumpul-kumpul dan buat dalam satu entri.
Baiklah. Jumpa lagi ya. Kome makan apa hari ni? 💗







Hari ni buat nasi lemak dengan sambal udang. Gendut seharian dok ulang pagi lunch sampai mlm.
BalasPadamMasya-Allah, sedap tu, kak. Nasi lemak homemade adalah torbaik! 😋
PadamBetul lah kadang ambil je gambar lepas tu lupa kejadiannya. Mere put dlm hp.
BalasPadamHehe. Share je kak, kat blog. Photo dump, orang kata.
PadamWah buat 2 set roti burger ada telur lagi sangat kenyang itu.
BalasPadamHa ah. Sebab sedap, NA.
PadamBegitu banyak makanan yang sedap2, macam teringin nak buat juga
BalasPadamSila, sila, Aynora.
PadamSy tertarik dgn lauk telur + sayur tu... Macam nak tiru :)
BalasPadamSila, sila, PH. Nak masak pun senang. 😊
Padamgambar pertama tu yg paling menggiurkan, hehehe
BalasPadamHehe.. sedap kan Mazni, nasi ayam geprek.
PadamMacam mana uncle nak tahan selera makan ni? Mana2 pergi orang share gambar makan....
BalasPadamHahaha.. makan je la, uncle. Nape nak tahan². 🤭
PadamAlhamdulilah rezeki Allah yang tiada habis habisnya. Orang Malaysia mewah dengan makanan kan? Syukur Alhamdulilah
BalasPadamBetul, Cuya. Syukur Alhamdulillah, rezeki dariNya tak putus².
PadamHewhew, harini tak masak. Hari sabtu hari gantung kuali.. 🤭
BalasPadamYay, tak yah masak!
PadamHari ni saya makan mee Hoon goreng Singapore untuk breakfast.. Alhamdulillah kenyang.
BalasPadamSedap tu, mihun goreng singapore. 😋
PadamGambar-gambar makanan memang mengujakan dan bikin drooling
BalasPadamBetul, betul, betul!
PadamRoti bakar cicah asam pedas tu rare.
BalasPadamCubalah, BK. Sedap, tau!
PadamRoti wholemeal antara yang menjadi perhatian saya...
BalasPadamKurang sedap roti whole wheat tu, Encik Hanafi. Tapi diet punya pasal.
PadamCie pun suka ambil gambar makanan. Penuh gambar makanan je kat hp.
BalasPadamHehe.. Cie rajin masak. 👍
PadamSA pun sama suka amik gambar makanan...senang nak rujuk apa dah masak..apa yang boleh repeat..yg mana fav satu rumah...gituuuu
BalasPadamBetul, betul, betul!
PadamApa saya buat begini juga yaaaa 😄. Saya banyaaaak gambar makanan yg blm sempat ditulis. Tp ada yg saya dah lupa ceritanya kak. Bahkan ada yg restorannya pun dah tutup 🤣🤣🤣.
BalasPadamTapi sayang nak buang. Bagus juga kalau saya hanya buat cerita singkat saja ttg foto2 makanan yg terlupakan 😄
Hahaha.. berapa lama peram gambar tu Fanny, sampai restoran pun sudah tutup. 🤭 Ha ah, tulis saja semua sekali. Senang.
PadamSambal telur rebus tu, kenapa rasa nak sangat sekarang 😍😍
BalasPadamSila, sila buat Mulan. Sedap, walaupun simple.
PadamBW pukul dua pagi ramai benor blogger post gambar makanan.. lapar sudahhh hahaha :P
BalasPadamApalagi, Encik.. silalah buat maggi. 🤭
PadamSayalah tu yg tak suka bahagian kulit roti. Selalu skip hahaha.
BalasPadamAyam geprek tu sedaplaa
Hehe.. eh, Mazni komen dua kali entri akak ni. 😊 Nanti cari tau, nasi ayam geprek. Berasap, makan. 😅
Padam