Isnin, 25 Mei 2026

Cerita Papa dan Kami

Cerita Papa 

Pada 8 Mei yang lepas, harijadi bapa saya. Kakak sulung bawa Papa pergi sarapan di Kedai Atok Legacy di Rawang. Saya pun pernah sarapan sini, kakak yang bawa, ada saya cerita di entri ini 👉 Sarapan di Kedai Atok Legacy.

Harijadi Papa saya pada 8 haribulan, sementara harijadi saya pula 20 Mei. 😊 Papa saya memang menetap di Rawang. Selepas pemergian Mama saya, Papa saya berkahwin dengan makcik. Lepas tu, ada tinggal di Teluk Intan, kemudian di Chenderong Balai, juga di Perak. Tapi berpindah ke Rawang, untuk memudahkan urusan rawatan makcik di hospital Serdang.

Papa menyambut harijadi yang ke-79 tahun baru-baru ini. 

Papa sarapan lontong darat
Papa pesan lontong darat

Kegemaran Papa saya, antaranya, lontong. Minuman pula, teh tarik. Kakak beli tiramisu juga untuk Papa. Pertama kali Papa cuba makan tiramisu. Kakak siap ambil video. 😁

Beberapa minit kemudian...


Kali terakhir masa saya berkesempatan sembang dengan Papa di rumahnya, saya ada bertanya khabar dia, dan sebagainya. Saya tanya keputusan ujian darah di hospital dia macamana. Dia kata, semua ok. Doktor siap puji lagi dia, cakap very good la result pakcik! Hehe.. padahal bapa saya suka minum teh tarik kalau keluar bersarapan di luar.

Ini membangkitkan rasa jeles dan musykil di hati saya. Saya ini, dah la tak makan dan minum benda manis, tapi result kolesterol saya tinggi, tapi bapa saya yang suka makan benda manis ni, result boleh okay saja. Ye, saya tahu, banyak faktor yang boleh buat kolesterol kita tinggi. Inflamation dalam badan, tabiat pemakanan yang suka ambil makanan berproses, dan banyak faktor lain. Tapi saya sajalah, sekadar berborak dengan Papa. Saya pun tanya Papa, camana result kolesterol Papa boleh normal?

Papa pun cerita, seminggu sebelum appoinment nak jumpa doktor, hari-hari dia minum air rendaman daun pokok belalai gajah. Hehe.. lepas tu, saya pun teringat la pada arwah Mama saya dulu pun ada buat benda sama. Waktu pagi, Mama rendam cawan air panas ada 2-3 helai daun pokok belalai gajah. Tapi tengahari atau petang baru dia minum. Sebab Mama tak suka air itu ada rasa kurang sedap, setiap kali lepas minum, Mama akan makan coklat macam kitkat, untuk hilangkan rasa tak sedap dalam mulut tu. Hehe.. jadi, tak jadilah ya. Sebab ambil benda manis. 

Bapa saya boleh tahan, minum saja, dia kata hari-hari. Itu yang result darah dia semua normal. Wah... menarik untuk dicuba, petua ini. Saya tulis di sini sebagai perkongsian sesama pembaca blog ini. Minum air daun pokok belalai gajah, ya. 

Papa masih pandu kereta 3 kali seminggu ke pusat dialisis di bandar Rawang, untuk bawa Makcik buat dialisis. Sesekali waktu pagi, Papa ke masjid. Cuma Papa sudah tak memandu jarak jauh. Sebab kami melarang Papa, risau keselamatannya. Tapi Papa kadang senyap-senyap saja, pergi kenduri di Segamat, drive sendiri, pergi beraya di Taiping, waktu raya puasa hari tu. Steady bapakku, semoga Papa terus sihat dan kuat. 

Cerita kami

Itu cerita Papa. Cerita saya dan suami di Perak pula, pada hari tersebut, kami pergi sarapan di Restoran Nasi Ulam Lumut ala Thai di Pekan Lumut. Jom tengok kami makan apa. 

Pinggan sarapan saya
Pinggan saya

Nasi putih sesenduk bersama ikan masak pindang, acar timun (acar nasi dagang) sebab lauk sayur dia belum siap, itu aje sayur yang ada, begedil dan sambal belacan. Begedil celup telur yang dipukul dan digoreng sungguhlah sedap. Lepas tu, saya boleh pula musykil camana kolesterol boleh tinggi, sedangkan suka makan makanan bergoreng, ye tak? Hehe.. teruk betul saya ni. 

Pinggan sarapan suami saya
Pinggan sarapan suami

Nasi putih tenggelam di bawah lauk daging goreng kunyit yang banyaknya dia ambil, dengan acar timun juga, dan sambal belacan. 

Alhamdulillah, sedap sarapan di sini. Lauk semua ada rasa.

Balik rumah, berkebun, menebas dan siram pokok sekejap sebelum cuaca panas. 

Daun pokok belalai gajah, rendam dengan air panas
Rendam air daun pokok belalai gajah

Saya minum secawan teh daun belalai gajah. Gambar di atas, pertama kali saya cuba minum. Saya tak terus minum, sebab saya guna air panas. Tunggu suam airnya, baru saya cuba. Ha ah, ada rasa kurang sedap sikit. Tapi demi khasiatnya, saya telan juga, dengan daun-daun sekali. Hahaha... pengaruh Papa saya.

Sekian cerita pada 8 Mei yang lepas.

Jumpa lagi, ye. 💗 

24 ulasan:

  1. Semoga sihat walafiat ayah tot dan tot jugak, jaga kesihatan kerana itulah harta paling mahal dlm hidup

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aminn.. terima kasih. Semoga Aynora juga sihat² selalu. Betul sangat! Nikmat paling besar, sihat.

      Padam
  2. Sihat² selalu hendaknya ayah Nur. Muka Nur ikut ayah ye, nampak seiras di mata saya :D

    Pokok Belalai Gajah banyak Sy tanam, tapi tak pernah minum airnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aminn.. mekasih, PH. Ya, anak bapak, ramai cakap muka ikut papa. 😊
      Ha ah. Nampak PH pernah share, siap ada keluar bunga lagi, kan, pokoknya.

      Padam
  3. teringat kpd arwah ayah sy dulu. Kalau minum air teh O segelas tu tu manis yg amat. Sampai sy kena bubuh dlm jug n tambah air masak baru lah buleh telan. Tp dia x kena pun diabtes. Why? sebab dia selalu berpeluh kerana bekerja di ladang. Sy yg minum air rasa manis2 buah ni plak yg kena diabetes sbb kurang aktif mcm dia. Adoiii!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. samalah arwah ayah Abe Kie dengan mak mentua saya. Buat milo letak gula bersudu², tapi tak ada kencing manis pun. Betul Abe Kie, sebab kerja keras kan, berkebun ni, berpeluh, aktif bergerak. Kita pun kena jadi macam tu la, Abe Kie. 😊

      Padam
  4. sama birthday arwah ayah Cie la 8 mei. semoga sihat selalu papa kak tot.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah.. sama yek.. Aminnn... Mekasih, Cie. Semoga Cie pun sihat² selalu..

      Padam
  5. Nanti Nur cuba seminggu sebelum pergi pemeriksaan doktor minum air belalai gajah. Jadi ke tidak?
    Sayapun takut juga buat pemeriksaan kesihatan sebab takut dapat keputusan tidak baik.
    Eh lupa tarikh harijadi Papa Tot samalah dengan tarikh harijadi adik perempuan saya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha ah, nanti saya try dan akan update betul ke tak, petua ni ya. 😊 Itu normal, memang ada rasa takut sebab kita makan semua, tak pantang. Huhu..
      Wah.. sama besday dengan adik NA.

      Padam
  6. Semoga ayah Tot dikurniakan kesihatan terbaik dan di bawah rahmat Allah selalu. Hendak cuba juga la minum rendaman daun belalai gajah nanti. So sekarang kena siasat dulu di mana hendak dapatkan daun belalai gajah ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aminn.. 🤲 mekasih, KSarie. Hehe.. beli shopee je KSarie, ada saya share dalam entri terbaru. Murah pun murah.

      Padam
  7. Balasan
    1. Itu ler Nieza. Lagi² tengah puasa, tengok lontong kering dan tiramisu, telan ailio.

      Padam
  8. Alhamdulilah pap masih kuat di usia 79 tahun dan bacaan darah pun cantik kata doktor.. nak melarang bawa kereta tapi berjaya juga lepas sekatan sampai segamat dgn perak hihii...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itula. Dia suka pergi senyap², tiba² udah sampai lokasi, selfie tunjuk kat mana. Adoi...
      Alhamdulillah... Allah bagi papa sihat.

      Padam
  9. Saya langsung cari nama nya dalam BHS Indonesia. Tp ternyata sama juga. Berarti saya yg tak pernah lihat daun ini. Pengen juga coba. Mungkin saya bisa tahan dengan rasanya, sebab dari kecil pun dah minum jamu yg pahiiiit sangat 🤣🤣. Krn dulu kecil saya sering sakit.

    JD kalau rasanya tak pahit, hanya sekedar tak sedap, okelaah 🤭. Pasti bisa minumnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau Fanny biasa minum jamu pahit, air daun belalai gajah ni, no problem la, bagi Fanny. Nanti cuba, ya, kalau berjumpa pokoknya.

      Padam
  10. Selamat Hari Lahir buat Papa Nuryang ke-79! Alhamdulillah, steady betul pakcik, siap doktor puji lagi result darah cantik. Menarik betul petua air rendaman daun belalai gajah tu. Kelakar pula bila Nur cerita arwah Mama dulu pun buat benda sama tapi kena 'neutral' balik dengan KitKat, terus tak jadi diet sihat ya. 😂 Boleh cuba nanti petua ni, terima kasih share Nur

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih.. Sama², SA. Satu cara ikhtiar, kan. Hehe.. 😊

      Padam
  11. wahh baru tahu ni rahsia kekal sihat. minum air rendaman daun belalai gajah. aduh takleh imagine minum sambil makan skali daun tu haha.
    steady sangat papa kak nur masih boleh memandu. semoga panjang umur dan sihat selalu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tutup mata, tutup hidung, telan je, Mazni. Haha..
      Aminn.. terima kasih, Mazni. Semoga kedua orang tua Mazni pun sihat² selalu. 🤲

      Padam
  12. Hmm, nice sharing. Baru tahu ada daun Belalai Gajah dan khasiatnya... Thanks Nur ✨

    BalasPadam