Cerita pada 14 Mei 2026 yang lepas. Saya dan suami pergi jalan pagi di Teluk Batik. Lama tak datang sini. Tukar-tukar tempat. Biasanya kami jalan pagi di Padang Astaka Sitiawan. Ini kali, kita pergi tengok laut pula.
Ada masanya beruk ini keluar satu keluarga. Waktu kami baru nak mula jalan, ada satu keluarga besar beruk baru keluar, mengerumuni seluruh jalan laluan kami. Satu keluarga beruk diketuai beruk paling tua, ibu beruk bawa anak, dan banyak la ye. Kami tak mahu ambil risiko, sebab pagi itu, kami tak bawa kayu. Jadi, kita u-turn sajalah, cari jalan masuk lain untuk ke pantai.
![]() |
| Halo.. kucing |
Tak ada ramai orang pun di Teluk Batik, pagi-pagi. Beruk lagi banyak dari orang. 😁
![]() |
| Cuaca agak mendung |
Kami bukan jalan laju pun. Santai-santai saja, melawat kawasan, tengok keindahan laut.
![]() |
| Kawasan camp site di Teluk Batik |
Tak ada satu pun yang berkhemah. Hari bekerja, kan. Hujung minggu mungkin ada. Saya ambil video ombak.
Bunyi ombak agak kuat. Pantai pun sudah tidak seperti dahulu. Banyak terjadi hakisan. Lambat laun pihak berwajib kena letak batu-batu penahan ombak rasanya.
![]() |
| 28 minit saja berjalan. |
Dapat jarak 1.63 kilometer. Tempat pun suram, kita pun malas nak buat looping. Banyak beruk. Banyak anjing.
Petting zoo pun dah lama mati. Dan jam saya pun turut mati. Banyak itu sajalah sempat rekod aktiviti berjalan kami pada pagi itu.
Sekian aktiviti berjalan pagi di kawasan Teluk Batik. Kalau nak cari tempat bercuti boleh mandi laut dan berkelah, saya rasa, Teluk Senangin lebih okay sikit kot, dari Teluk Batik. Tapi ada sekali kami ke Teluk Senangin, ombak besar juga.
Jumpa lagi, ye. 💗




Selamat bercuti
ReplyDeleteMekasih, Aynora. Saya hari² cuti, sebab surirumah, dan rumah dekat laut. 😊
DeleteRisau jugak tu jika beruk lagi ramai dari orang. Beruk ni kalau dah ramai dari kita bukan boleh sebab nanti dia fikir kita nak seorang dia pulak.
ReplyDelete*serang (hehehe)
DeleteItula, takut juga. Sebab depa lagi ramai dari kita, itu yang baik blah awal².
DeleteDulu Teluk Batik tu memang famous la. Kalau ke rumah kakak di Manjung memang wajib la picnic kat situ.
ReplyDeleteKan... Akak pun selalu juga piknik situ, sejak arwah mak masih ada.
DeleteRindunyaaa Teluk Batik.. Happy healing kamu dan keluarga.. Btw, jaga2 beruk ganaih. 🥺
ReplyDeleteTerima kasih, Faa.
DeleteRamai beruk dari orang.
ReplyDeleteMereka nak briswalk juga pepagi.
Ye la, Wak. Hehe..
DeleteLovely photos. Beautiful cats!
ReplyDeleteThanks, Linda.
DeleteSy pun tak berani dgn beruk/kera. Unexpected diorg punya tindakan.
ReplyDeleteKecik² dulu Abang Sy selalu bawak kami mandi di Teluk Batik
Betul, PH.
DeleteOoo.. ye ke.. kenangan ya, PH.
Alahai tak syoklah bila banyak anjing dan beruk.. Risau kena serang terutama bila kita bawa makanan.. Tapi bunyi ombak dan persekitaran pantai terasa tenang suasana..
ReplyDeleteBetul, LZ. Memang kalau piknik, kena yang stayback jaga makanan. Sebab ada kes beruk curi makanan pengunjung.
DeleteKann.. memang boleh duduk berjam tengok laut je. Tenang rasa di hati.
Bab anjing tu, paling saya trouma, kakak saya pernah kena gigit dekat betis ..ya Allah kesan gigitan dalam..masa tu kakak umur 12 tahun..kasian, sampai kini saya tak suka anjing..saya agak takut bila ada anjing jalanan nak dekat..saya beralih arah terus..masih trouma..apapun anjing tu makhluk Allah, pasti ada sebab kenapa anjing di wujudkan kat bumi..
ReplyDeleteSeram baca cerita kakak cikgu pernah kena gigit anjing waktu kecil. Betul, cikgu. Kena beranikan diri juga. Sebab anjing boleh sense kalau kita takut.
DeleteManarik kan bila nampak ombak laut, pantai indah..
ReplyDeleteYe, cikgu, memang mendamaikan, dapat tengok laut ni.
DeleteTidak aman rasa hendak bersenam kalau banyak sangat beruk. Kalau saya sudah cabut awal-awal dari tempat itu.
ReplyDeleteBetul, NA. Kalau saya seorang pun sudah cabut balik. Ada suami ikut, jadi berani sikit.
DeleteDulu 20 tahun yang dulu pernah pergi...pergi ngan ex tunang...lepas tu 2014 pernah pi Pangkor bawak Mak Abah jenjalan...
ReplyDeleteWah.. dah lama SA tak datang sini. Ada kenangan SA ya, di sini.
DeletePepagi hirup angin laut best jgk sis =)
ReplyDelete