Jadi, oleh kerana sudah tahu akan khasiat pokok belalai gajah yang saya ceritakan dalam entri sebelum ini, saya pun usahalah mencari anak pokoknya untuk ditanam di rumah.
Dulu-dulu memang ada pokok belalai gajah di rumah, tapi mati pokoknya, tak lama lepas mama saya meninggal.
Saya ada jumpa anak pokok belalai gajah di Pasar Minggu Bota Kanan. Saya beli, harga RM7. Sudah selamat pindahkan dari polibeg dan tanam di tepi rumah. Pokok ini boleh besar, jadi itulah yang saya tak tanam dalam pasu. Biar atas tanah saja.
Tapi saya being me, suka ada back-up plan, beli lagi satu anak pokok belalai gajah dari shopee. Harga RM6. Kos pos percuma. Pertama kali saya beli pokok online. Tapi saya baca dulu review kedai pokoknya, ramai review pokok selamat sampai dan pembungkusan terbaik. Jom tengok...
![]() |
| Inilah pokoknya. |
Suka dan teruja, beli pokok. 😍 Tak sabar tunggu sampai. Penjual pokok lokasinya di Perak juga. Hari ini saya pesan, esoknya bungkusan pun sampai.
![]() |
| Pembungkusan yang bagus dan kemas. |
Ada ditampal sticker 'Pokok Hidup' @ 'Live plant' pada kotak.
Penghantaran pantas. Alhamdulillah, selamat sampai. Jom buka kotak.
![]() |
| Elok terletak anak pokok tu. |
Memang kotak khas yang betul-betul muat saiz anak pokok. Jadi pokok itu tidak bergerak-gerak. Saya keluarkan anak pokok dari kotak dengan hati-hati.
![]() |
| Pokok dalam keadaan baik. |
Saya rasa dengan jari, tanah masih lembab. Wah... 👍
Saya sudah selamat tanam anak pokok ini di tepi rumah juga. Hingga saya tulis entri ini, Alhamdulillah, kedua pokok belalai gajah yang saya baru tanam hidup sihat.
Ok... Lepas ni nak beli pokok apa pulak? Hehe.. tak, tak, saya gurau saja.
Bagus penjual pokok ini, pandai membalut pokok. Sekian cerita pertama kali saya beli pokok hidup dari shopee. Sebelum ini, pernah beli biji benih saja.
Baik. Selamat berpuasa kepada yang puasa sunat hari ini, Hari Arafah. Jangan lupa doa banyak-banyak. Jumpa lagi. 💗




Ada biji benih tak...mahu juga tanam pokok nie
BalasPadamTak ada, Encik Hanafi. Cuba Encik cari di shopee. Masa saya buat carian anak pokok itu hari, ada jumpa seller dari Sabah, jadi tak adalah jauh sangat nak pos dari semenanjung ke sarawak.
PadamWahhhh Tot sudah ada 2 pokok belalai gajah. Kena cari juga ni nampaknya pokoknya nanti
BalasPadamItulah. Gila kuasa. Tapi saja buat backup kalau satu tak panjang umur, ada lagi satu. Sila, sila, KSarie. 😊
PadamSaya pernah beli biji benih sahaja.. pokok ni tak pernah lagi huhu.. Cepat juga sampainya hari order esok sampai...
BalasPadamSebab saya pilih penjual satu negeri kot, itu cepat sampai.
PadamEh agak beda dengan yg kakak rendam di gelas yaa. Yg digelas kliatan kecil, ini daunnya keliatan besar. Nak cari juga di toko online sinilah
BalasPadamAkak sudah ramas² daunnya, sebelum direndam dalam cawan. Itu yang nampak sedikit kecut, Fanny.
Padamsepertinya saya juga mulai tertarik buat pelihara tanaman.. :D
BalasPadamBercucuk-tanam itu satu hobi yang menyeronokkan, Mas.
PadamLepas ni bolehlah beli pokok misai kucing pulak.
BalasPadamPokok misai kucing pun ada khasiatnya juga kan, Wak.
PadamElok pokoknya. Best beli anak pokok terus. Tak perlu pening tunggu benih tak tumbuh-tumbuh. 😅
BalasPadamBetul, betul! 😁
PadamKemas bungkusannya, puas hati.
BalasPadamBetul. Cermat penjual ni, memang nampak keikhlasan supaya pokok sampai dengan selamat.
PadamKami dah berkali-kali beli pokok online, walau ada tu 2 minggu je pokok dah mati, tetap beli lagi dan lagi.. 😂
BalasPadamHaha.. bagus tu, tidak berputus asa dan terus mencuba.
PadamZaman sekarang ni semua benda boleh beli online kan senang kerja tunggu sampai depan rumah je.
BalasPadamBetul tu, Cie.
PadamHarap hidup 2 batang pokok itu.
BalasPadamMudah-mudahan. Amin... 🤲
PadamSA dah add to cart pokok Bromeliad...tapi belum check out..risau sampai hancur berkecai...hahahahah
BalasPadamKena baca review dulu, SA.
Padamkat shopee ni apa je takde kan? tudia pokok sekali dgn tanah2 pun boleh pos hahah
BalasPadamKann... Hebat orang niaga pokok sekarang ni. Pandai deme membalut.
PadamBestnyaaa ada minat gardening.. Faa beli pokok je tahu. Nak jaga tak tahu. Last2 mati je.
BalasPadamAir dan cahaya matahari, itu je keperluan pokok, Faa. Insya-Allah, boleh hidup kalau ada dua benda ni.
Padam