Cerita pada 8 Mei yang lepas. Baru buka, kedai Kopi Rakyat di Aeon Mall Seri Manjung. Kopi Rakyat ini adalah jenama tempatan.
Biji kopinya berasal dari Johor. Saya ada perasan juga bila datang ke sini, tapi tak pernah cuba. Pada hari itu, suami off kerja, jadi bolehlah kami lepak-lepak mencuba kopi.
![]() |
| Ada seorang saja pekerja |
Kedainya ada jual pelbagai jenis kopi, minuman non-coffee, pelbagai roti dan pastries. Lepas buat pesanan di kaunter, kami pun duduk. Tak ada pelanggan lain, kami saja, pukul 10 pagi sudah terpacak di mall.
![]() |
| Hadiah motor |
Kalau belanja cecah RM30, layak untuk masuk cabutan bertuah. Kena upload video menikmati kopi dan upload di Instagram atau TikTok. Peraduan hingga 31 Mei. Kami tak layak masuk sebab kami cuma belanja RM18.
![]() |
| Suamiku sementara tunggu kopi siap |
Patutnya kena ambil di sudut Pick-up di kaunter. Tapi adik tu hantar sampai ke meja kami, sebab tengok kami ni dah tua kot. Masa nak pesan kopi sebelum tu pun, lama berdiri depan dia, tak tahu nak pesan kopi apa. 😅
![]() |
| Kopi siap! |
Suami pesan latte ais dan saya pesan.. sebenarnya saya lupa saya pesan kopi apa. Resit sudah hilang, tapi rasanya saya pesan kopi klasik O. Dua-dua tanpa gula. Lawa dia punya cawan.
![]() |
| Pesan pau perasa ayam bbq juga. |
Kongsi makan sebiji pau dengan suamiku. Kopi dia sangat pekat. Sudahlah kosong. Memang terbeliak biji mata saya sampai ke malam. 😂 Pada pendapat saya, rasa kopinya ada sedikit persamaan macam kopi Saigon. Lain kali bolehlah cuba pesan kopi lain pula. Sebab pesan kopi kosong, memang tak sedap. Americano saya biasa minum di kedai lain, semuanya sedap ditelan walau tanpa gula. Yang ini, rasa terseksa sikit nak habiskan secawan. Ada pilihan untuk kita bila beli kopi di sini, sama ada nak gula extra, normal, half atau slight.
Sekian cerita pertama kali kami mengopi di Kopi Rakyat.
Baiklah. Jumpa lagi, ye. 💗 Selamat berehat di hujung minggu.





Kita kan, setiap kali nampak atau jumpa perkataan Kopi Rakyat ni, mesti ternyanyi lagu
ReplyDeleteEkspres rakyat
Cepat-cepat jangan terlambat
Ekpres rakyat
Jam delapan akan berangkat
Hehehehe
Hahaha... Lagu zaman dulu...😁
DeleteMacam² jenama kopi sekarang .yang buat lagi mahal, packaging dia lah..Linda kalau p beli kopi, syg nak buang cup kopi,sebab memang berkualiti, rasa boleh guna lagi .tapi lama² jadi banyak..lepas tu, nak buang serba salah .menambah sampah yang susah nak letak..tu yang suka bawa tumbler sekarang..hihi..
ReplyDeleteEish..auto correct saja..menci la.....
Delete*Sampah susah nak lerai.. hahaha
Eh, sama perangai dengan suami akak. Cup kopi dia dalam gambar kat atas, dia basuh dan pakai balik. Tapi tak tahan lama. Hehe.. baguslah Linda bawa tumbler.
DeleteMacam sedap nampak kopinya. mesti menahan pahit kan kak tot. Dekat sini belum ternampak lagi Kopi Rakyat tu. Kalau ada, boleh merasa satu.
ReplyDeleteSelamat hujung minggu juga kak!
Kopi O dia kaw, Sofie.
DeleteTerima kasih, Sofie.
Dulu saya antu kopi, tapi setelah baca artikel pasal kopi, antaranya buat muka nampak sembap. saya pun stop kan kopi, tapi kalau terminum saya layan je..
ReplyDeleteOoo.. ye ke. Info baru untuk saya. Mekasih, Aynora, bagitahu.
Deletemahal packaging daripada isinya
ReplyDeleteKan, Wak, saya pun rasa begitu.
DeleteKat AEON sini pun ada. Baru bukak. Tak pernah beli. Nak cuba jugak lah nanti.
ReplyDeleteSila, sila, BK.
DeleteCerita sensasi di kedai kopi ☕
ReplyDeleteTiada hakim, tiada saksi.
DeletePernah nampak stall Kopi Rakyat ni tak ingat mall mana area KL. Lalu jela tak pernah try lagi.
ReplyDeleteDah banyak juga cawangannya.
Deletedua2 pencinta kopi syok la slalu ngopi..1st time dgr KOPI RAKYAT
ReplyDeleteHehe.. betul, betul.
DeleteKat KL ada banyak juga cawangannya.
wahh 1st time dgr Kopi Rakyat ehehehe
ReplyDeleteHehe.. rasanya ada blogger pernah share, tapi lupa blog mana satu yang cerita, di KL.
DeleteMenarik, jenama tempatanlah ni Nur ye .. .
ReplyDeleteYa, PH. 😊
Deletekopi kosong dia betul2 pahit kosong la ek haha. kalau saya ni confirm tak tidur 3 malam xD
ReplyDeleteKopi O dia kaw, Mazni. Itulah pasal. Melekat, lepas tu kena minum air masak banyak².
DeleteI prefer drinking tea more than coffee. However, I do like coffee! One of my favourite flavours is Hazelnut cream. In tea, my favourite is Earl Grey. Thank you so much for sharing. :)
ReplyDeleteHazelnut coffee is one of my favourites too. 😊
DeleteWahhh...Menarik ni sis...=D
ReplyDeleteMemang. Bolehlah cuba, Nieza, kalau jumpa cawangan di sana. 😊
DeleteMemang betul cantik cawannya.
ReplyDeleteHehe boleh boleh rasa kopi kosong yang Nur pesan.
Kan... Suami saya siap cuci dan guna lagi bancuh kopi kat rumah sebab lawa cawannya.
DeleteItulah. Kuat kopinya tu, kot ada ceramah malam lagi, boleh beli, nescaya segar mata tak mengantuk. 😂
Suka baca perkongsian Tot tentang sesi mengopi. Banyak juga tempat mengopi baru yang KSarie tahu daripada pembacaan blog Tot. Keep on sharing yar
ReplyDeleteBaik, InsyaAllah. Terima kasih kerana sudi membaca, KSarie. 😊
Delete