Sunday, May 31, 2026

Pokok- pokok di rumah

Rasa macam sudah lama saya tak kongsikan gambar-gambar pokok. Ater.. jomlah kita tengok...

Pokok lidah buaya

Dekat rumah saya memang banyak pokok lidah buaya. Ada yang sampai melimpah-ruah keluar dari pasu. Oleh itu, hari itu, saya ambil anak pokok lidah buaya dan saya tanam dalam polibeg. Kalau kawan-kawan blogger nak pokok lidah buaya, meh la datang rumah saya di Lumut. Saya nak bagi free je. Saya tak boleh pos, sebab pokok ini, daunnya mudah patah. 

Anak pokok lidah buaya
Sudah pindah anak pokok lidah buaya

Nama lain bagi pokok lidah buaya ialah aloe vera. Daunnya tebal berduri dan mengandungi gel jernih yang kaya dengan vitamin dan antioksidan. Pokok lidah buaya ini sangat mudah dijaga dan terkenal sebagai penawar semulajadi untuk merawat luka kecil, melegakan kulit yang kena sunburn, serta sebagai bahan kecantikan.

Pokok lidah buaya atau aloe vera
Close-up pokok lidah buaya

Manfaat utama pokok lidah buaya:

🌱 Penjagaan kulit: Gelnya bersifat anti radang dan melembapkan. Sesuai digunakan untuk merawat kulit terbakar akibat cahaya matahari dan membantu memudarkan jeragat.

🌱 Penyembuhan luka: Digunakan secara tradisional untuk meredakan ekzema, gatal-gatal, dan kesan melecur.

🌱 Kesihatan dalaman: Jika diproses dengan betul, jus lidah buaya dikatakan membantu melancarkan sistem penghadaman.

Cara penjagaan pokok lidah buaya:

🌷 Pendedahan cahaya: Memerlukan cahaya matahari yang banyak tetapi elakkan daripada terus terdedah kepada terik matahari yang terlalu ekstrem.

🌷 Siraman air: Siram hanya apabila lapisan tanah atas kelihatan kering. Jangan terlalu kerap menyiram kerana akarnya mudah reput.

🌷 Tanah: Gunakan tanah yang mempunyai saliran yang baik untuk mengelakkan air bertakung.

Tips berguna:

Jika ingin guna gelnya, potong bahagian daun yang paling luar. Pastikan anda buang bahagian getah kuning yang terletak di bawah kulit daun kerana ia boleh menyebabkan kerengsaan atau cirit-birit jika tertelan.

Ha, kot ada yang sampai ke daerah Manjung dan nak pokok aloe vera, bolehlah rujuk page Contact untuk hubungi saya. 

Jom tengok pokok lain pula, yang saya ada ambil gambar.

Pokok keladi merah

Macam batik pun ada, corak daun pokok keladi di atas. Pokok ini suka tempat teduh, jadi ia duduk di bawah bumbung. Saya sudah beli pasu lebih besar di kedai Eco, dan selamat sudah pindahkan. 

Pokok kenanga

Bunga tradisional yang baunya harum semerbak. 

Ulam raja

Saya petik ulam raja, buat ulam, makan dengan nasi, cicah budu. Bila malas nak masak sayur, memang petik saja ulam raja. Sedap juga makan dengan sambal belacan atau tempoyak. 😋

Pokok ros kampung

Bunganya kecik saja. Spesies ros ini lebih tahan panas dan mudah dijaga berbanding ros dari tanah tinggi.

Ceri barbados dan daun limau purut

Nama lain, ceri cina atau ceri Terengganu. Rasanya, macam rasa buah cermai. Saya pun confuse juga ada sekali dulu saya petik, rasa manis, yang warna merah gelap dan masak ranum. Yang saya petik di atas, rasa masam pula. Hehe.. 

Selalunya memang tak sempat bertukar warna merah. Beruk akan ambil makan. Tapi entah beruk di perumahan ini macam sudah bertukar haluan, depa guna jalan lain, tidak lalu tepi rumah saya. Bagus sangatlah tu, selamat pokok-pokok di rumah saya. Alhamdulillah. 

Daun limau purut pula saya ambil buat masak lauk ayam padprik. Alhamdulillah, kalau nak guna lengkuas, halia dan kunyit, saya sudah tak perlu beli di kedai. Saya cuma perlu korek saja. Setiap kali nak guna pun, ambil sikit saja, lebih kurang seinci. Kalau pokok kunyit tu, daunnya sudah bertukar warna kuning, bermakna kita sudah boleh ambil kunyitnya. Ada sekali saja dulu, saya korek ambil kunyitnya dan tanam banyak tempat. Bila malas, saya biarkan saja. Pokok kunyit akan mati. Tapi jika kita tetap siram, nanti akan naik daun baru, sebab kunyit dalam tanah masih ada. 

Okay. Sekian perkongsian pokok-pokok di rumah. Lain kali, saya akan kongsikan pokok-pokok lain pula.

Selamat berehat di hujung minggu. Jumpa lagi, ya. 💗

31 comments:

  1. rajinnya Puan Tot berkebun. Sy pun ada tanam pokok2 dalam pasu letak di belakang dan tepi rumah. Tanah rizab x ada jd kena tanam dlm pasu la. Tiap2 hari kena siram esp masa panas kering tempohari. Skrg je baru hujan pd waktu ptg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay tu, Abe Kie, tanam dalam pasu pun pokok boleh hidup. Ada juga hujan. Dekat rumah saya, tak turun² hujan. Memang hari² kena siram pokok.

      Delete
  2. Samalah hobi kita Tot, suka tanam-menanam pokok yang mudah dijaga. Bila tengok pokok lidah buaya teringat ada sepokok dalam rumah ni kena tanam di luar sebab bila duduk dalam rumah tak berapa dapat cahaya matahari so terbantut.. Eloklah dia duduk luar bawah porch. Pokok bunga kenangan LZ dah mati, LZ pun suka bunga kenanga sebab wangi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yay, high five sikit! 🖐️
      Bila transfer luar, pokok aloe vera boleh jadi besor, LZ. 😊
      Kan.. bunga kenanga tu kalau kuning, mesti petik letak dalam rumah sebagai pewangi.

      Delete
  3. Ulam raja kalau di daerah saya namanya Cokrak-cakrik 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cokrak-cakrik. Bertambah perkataan dalam bahasa Indonesia saya belajar hari ini. Makasih ya, atas perkongsian Mas.

      Delete
  4. Tot tak rajin ke ambil jel lidah buaya sapu kat muka? Dulu sy pernah buat, tapi gatal ada la, hihi. Bunga kenangan dengan bunga cempaka tu, bunga yg sama kan? Semerbak tu baunya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu saya selalu ambil, SK. SK rasa gatal sebab tak buang bahagian warna kuning tu. Yang kuning itu, yang buat gatal.
      Saya rasa, tak sama bunga cempaka dan kenanga. Rupa hampir sama, tapi lain.

      Delete
  5. Saya pun ada tanam pokok keladi merah kat rumah, ada 5 pasu semuanya

    ReplyDelete
  6. Aaaa suka lidah buaya. Kecik2 dulu kalau ada parut mama suruh gosok ngan lidah buaya. Hilang parut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, bila luka, sapu lidah buaya, memang cepat sembuh kan, Faa.

      Delete
  7. daun Lidah buaya ni ada orang buat losyen kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada, uncle, banyak dah pelembab atau moisturizer guna aloe vera.

      Delete
  8. Beautiful photos! I love trees but I often don't know the name of them. Thank you so much for sharing!

    ReplyDelete
  9. Rajinnya bertani laman rumah..seronok tengok hasilnya kan..bunga kertas juga cantik tahan lasak cuaca panas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, cikgu. Memang seronok berkebun ni, satu terapi. Ya, saya ada juga beberapa pokok bunga kertas di rumah.

      Delete
  10. Nur siap promosi untuk ambil daun lidah buaya. Saya ada sepasu tapi tidak gunakan sepenuhny daun lidah buaya.
    Menarik ceri cina itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak sangat kat rumah ni, NA. Saya pun, dulu rajin juga ambil dan letak di muka. Tapi sekarang sudah kurang masa. Pokok ceri tu, saya tak pernah siram, tapi elok je keluar buah.

      Delete
  11. Rumah mak dulu banyak pokok lidah buaya tu. Selalu mak suh sapu kat muka. Jadi gatal muka terus taknak buat dah. Sejuk best je cuma gatal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena buang yang warna kuning dalam gel tu, Cie, baru tak gatal.

      Delete
  12. Ceri Barbados tu mcm tak pernah tgk lagi huhu.. ulam raja tanam tak pernah berjaya huhuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo.. ye ke.. takpe, cuba lagi ye. Jangan putus asa.

      Delete
  13. Sy belum ada pokok aloe vera. Nanti kalau ada rezeki, Sy nak singgah rumah Nur 🤗

    Ceri Barbados tu Sy tak pernah tahu kewujudannya. Nampak menarik buahnya, ingatkan jambu bertih tadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silalah, kalau datang cuti Perak, jemput datang ke rumah, PH. 🤗 Dia kecik je ceri barbados tu, saiz buah cermai.

      Delete
  14. rare la ceri tu skali tgk td ingatkan jambu air

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. saiz dia lagi kecik dari jambu air tu.

      Delete
  15. Rajin Nur...SA nyer pokok lidah buaya pun dah melimpah2 keluar dari pasu..suami cakap nak alihkan anaknya tu...eh..sampai sekarang xde action pape pun...geram je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. sibuk kerja kot suaminya tu, SA. 😁

      Delete