Saya tak berkebun pun hari ni. Hujan sejak sebelum subuh lagi. Allah beri cuti sempena harijadi saya hari ini, 20 Mei.
![]() |
| Notifikasi dari app Zus |
Zus bagi voucher kek, beli 1 percuma 1. Ada juga voucher makanan panas percuma.
Dengan pantas, saya pergi claim. 😁
Saya pilih Biscoff Baked Cheesecake dan Summer Berries Cheesecake.
Bab makan sedap memang efficient sungguh.
![]() |
| Summer berries cheesecake |
Sedapnya! 😋
Hari ini, umur saya 48 tahun. Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat dan rezeki tak terhitung banyaknya dariNya.
Semuanya saya sudah ada. Saya tak minta apa-apa lagi. Semuanya sudah cukup dalam hidup saya. Kecuali nak pergi haji saja. Nak dekatkan diri padaNya. Mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.
Semoga hari anda semua ceria hari ini, dan kalian semua berbahagia dunia akhirat.
Jumpa lagi, ye. 💗



Selamat hari lahir yang ke-48 Nur! Alhamdulillah, indahnya bila rasa seronok dan cukup dengan segala nikmat yang Allah beri. Semoga segala urusan dipermudahkan, dikurniakan kesihatan yang baik, dan semoga impian untuk menunaikan ibadah haji dimakbulkan Allah SWT. Amin. Selamat menikmati cheesecake sedap tu!
ReplyDeletehappy birthday..smoga apa yg dihajati termakbul...best tu dpt kek
ReplyDeleteWaaah happy birthday kak 🎉🥁🥁🥁. Semoga yang diharapkan bisa terwujud dalam waktu dekat yaaaa. 🤗🤗.
ReplyDeletePibeday Tot, semoga terus diberkati!
ReplyDeleteHappy Birthday. The cake looks delicious!
ReplyDelete