Ayam bakar homemade

 Cerita pada hari Khamis, 23 Julai 2026 yang lepas. Saya masak di rumah, setelah seharian menyongket hari sebelumnya. Nasib baik mak saya dah takde. Kalau tak, mesti kena bebel, apa ni, tak masak kat rumah. Jadi mak ni, kena rajin. Itulah pesanan arwah mak saya. Jadi mak ni, kena rajin. 

Baiklah, mama. I miss you. 😢 Tuhan saja tahu dalam hati saya macamana. Saya rindu orang tua. Orang yang bawa saya ke jalan yang lurus. Saya ada suami dan tiga orang anak lelaki. Saya tak ada kawan perempuan. Ada, tapi semua duduk jauh-jauh. Rindu nak berborak dengan kawan perempuan. Suami saya kata, sembanglah dengan dia. Itulah yang saya buat. Tapi lelaki ini, dia tak faham orang perempuan ni macamana. Allah dah buat begitu. 

Nasib baik ada blog. Boleh juga saya bercakap dengan kome semua. Terima kasih kerana kome sudi baca coretan saya, walaupun saya lambat balas komen, dan saya lambat singgah balas ke blog kome. Saya minta maaf, ya.

Oh, cerita pasal masak-memasak. Walaupun anak-anak tiada di rumah. Marilah kita rajinkan diri memasak. Bahan mentah pun ada di dalam peti ais. Ayuh kita! 

Sayur campur masak di rumah
Sayur campur

Ada brokoli, tomato, cendawan tiram, cendawan shimeji putih dan telur kasi pecah. Lauk sayur yang saya suka masak dan makan, kerana ia campuran banyak jenis sayur. Cendawan kecil warna putih dan bertangkai panjang dalam gambar di atas rupanya nama dia, cendawan shimeji putih (juga dikenali sebagai white beech mushroom atau bunapi-shimeji). Saya tak tahu. Pakai beli saja, di pasar malam Isnin. 

Sedap pula cendawan kecil ni. Menurut Gemini, cendawan ini sangat popular digunakan dalam hidangan sayur campur atau masakan ala cina kerana teksturnya yang kekal kenyal dan rangup walaupun selepas dimasak. Selain jenis yang berwarna putih, terdapat juga yang berwarna coklat yang dipanggil buna-shimeji. Gitewww....

Saya tumis saja sayur campur di atas menggunakan extra virgin olive oil. Semasa masak, letak sos tiram sikit, lada hitam dan lada putih. Mari kita tengok lauk seterusnya saya masak.

Ayam bakar dalam oven di rumah
Ayam bakar dalam oven

Oven di rumah jenis oven lama. Bukan oven moden orang zaman sekarang. Saya perap ayam dengan sos tiram, kicap manis dan madu. Tabur garam, dan herba kering thyme, parsley dan rosemary.

Harum semerbak satu rumah bila bakar ayam. 

Lauk ayam bakar, sayur campur dan telur rebus, masak di rumah saja.
Lauk pada hari tersebut.

Ada telur rebus juga. Saya tak masak nasi. OMAD (one meal a day). Alhamdulillah. Walaupun ayam bakar saya kelihatan agak hitam, tapi cukup rasa dan masak isi di dalam.

Cara bakar ayam guna oven zaman tok kadok (ada fungsi bakar saja)

🌸 Cara saya membakar ayam, saya lapik dulang pembakar dengan kertas baking (beli di daiso). Saya bakar dengan suhu 180 darjah celcius selama 30 minit. Kemudian saya keluarkan.

🌸 Saya terbalikkan ayam dan sapu baki perapan ayam yang ada menggunakan berus baking. Kemudian, masukkan semula dalam oven, dengan suhu 200 darjah celcius selama 30 minit. 

🌸 10 minit terakhir, saya tukar letak api atas saja. Sebelum itu, bakar guna api atas dan bawah. Sebab saya suka kulit ayam hitam dan garing sikit.

Oven lama. Pernah buat kurang dari itu, tapi isi dalam ada yang merah dan belum masak terutama di bahagian yang tebal. Saya pula tidak kelar ayam. Bergantunglah pada oven masing-masing. Kena cuba eksperimen, trial and error orang kata. Kita yang nak makan. 

Baik. Sekian cerita saya memasak di rumah pada hari tersebut.

Salam Jumaat yang mulia, kome. 

Jumpa lagi, ya. 💗

Share:

20 ulasan:

  1. Hehe lauk kering semua.
    Saya lama tidak bakar ayam dalam ketuhar. Haah kena cuba masak beberapa kali untuk dapat keputusan sempurna. Kalau ayam bakar saya suka buat dia ada keluarkan kuah sedikit.

    BalasPadam
  2. Ye kan, kalau mak kita masih ada pasti dah kena bebel dah. Pantang buat salah sikit. Rindunya lah segala bebelan tu.
    Faham sangat perasaan tu Kak Nur. Kita berbual dalam blog je lah. Masak sayur campur ni boleh masuk sayur mayur yang kita suka. Senang kerja sekali masak.
    Bestnya, saya suka bau herbs semua tu. Bila bau naik tak sabar nak makan. Ohhh dah tak buat IF dah ye Kak Nur. OMAD ni mencabar juga.

    BalasPadam
  3. sy bakar ayam guna pan leper x melekat tu dari Korea. X perlu lg bakar arang mcm dulu2. Beli flat pan tu kat Shopee je.

    BalasPadam
  4. Sihatnya makanan semua.
    Akak dah lama tak bakar ayam guna oven semenjak ada air fryer.

    BalasPadam
  5. Istiqamah tot tak makan nasi, semoga tercapai hajat diet tu. Cantik kejadian ayam bakar tu walau guna oven legend

    BalasPadam
  6. saya tak pernah cuba lagi OMAD..macam mana eh kak?nak kena google la nanti
    dah dapat bayang harum bau herbs semua tu

    BalasPadam
  7. Saya pun makan nasi sekali sehari pun ssh btul nak turun berat ni hehehe... so kita is redho je la ..

    BalasPadam
  8. Sedap ni Nur, makan tanpa nasi Sy pun okay kalau ayam bakar ni. Ada pulak sayur mixed gitu memang sedap.

    Sy pun sama, kawan2 blogger la rakan berbual Sy setiap hari :D

    BalasPadam
  9. Kt umh ni masak nasi tp tk byk sbb sekali mkn je.. Ayam bakar ratah pn sdap

    BalasPadam
  10. Petua bakar ayam garing yang sangat berguna! Walau guna oven lama, teknik suhu dan api betul isi tetap masak sempurna.

    BalasPadam
  11. cendawan shimeji tu kalau letak dlm oden pun ke, kuah steamboat pun sedap!

    BalasPadam
  12. Nak kena ambil inspirasi Tot yang makan eat clean ni. Menarik ayam bakar tu. Cendawan shimeji itu pun menggoda. Tot keep on sharing di blog ini ye sebab kawan-kawan boleh tumpang cari idea menu dan menyembang dengan Tot

    BalasPadam
  13. KSarie faham Tot rasa macam mana sebab KSarie pun kedua-dua orang anaknya lelaki. KSarie seorang sahaja perempuan di rumah itu. Rezekinya KSarie ada seorang ex-housemate yang duduk dekat dengan ofis, dua tiga orang jiran dan rakan mengaji dan dua tiga orang rakan sekerja yang boleh dibawa menyembang. So Tot teruskan cerita di blog ye. In sya Allah bila KSarie ada masa KSarie blogwalking ke blog Tot

    BalasPadam
  14. Aih dah lama tak buat ayam panggang. JD teringin juga. Saya pun ada oven simple di rumah. Tp jrg pakai 😅😅. Biasa pakai kalau nak buat chicken wings bakar.

    BalasPadam
  15. Apa menyongket tu ? Tenun kain songket ke ?

    Dulu beli air fryer sebab nak main bakar2 ayam. Lepas tu malas dah. Asik menu sama. Ni tengok entry Nur nak buat balik hewhew

    BalasPadam
  16. Jadi surirumah memang sunyi Nur. Apalagi kalau selalu pindah randah, kawan2 asyik bertukar. Moh ler kita berkawan dengan dapur, air fryer dll nya membawang sambil memasak hehe 😍😍😍

    BalasPadam
  17. Cantik betul kejadian ayam bakar tu Nur...berkenan plak SA tengok..sssuai menu ni utk diet SA..

    BalasPadam
  18. Cantik betul kejadian ayam bakar tu Nur...berkenan plak SA tengok..sssuai menu ni utk diet SA..

    BalasPadam