Nasi goreng
Kalau saya asyik kongsikan menu masak saja di blog, kome bosan tak? Huhu.. itu je yang saya banyak buat. Aktiviti lain tarak, masak, makan, masak, makan. 😁 Oh, ada aktiviti lain, briskwalk.
Entri kali ini, saya nak kongsikan menu saya masak pada hari Selasa, 11 Ogos 2026 yang lepas. Jom tengok.
![]() |
| Nasi goreng daging. |
Letak carrot juga dalam nasi goreng. 😋
Saya tulis entri ni guna telefon, sedang dalam kereta. Kalau ada gambar yang terkeluar dari landasan, minta maaf ya. Saya tak ingat gambar yang saya sudah upload dalam draf entri ini berapa pixel besarnya. Tapi bila dah tua-tua ni, suka tengok gambar besar, boleh nampak dengan jelas. Memudahkan pembaca blog juga, tak perlu klik untuk zoom-in, sebab sudah display besar dan jelas.
![]() |
| Pinggan saya |
Ambil nasi goreng, potong timun sebagai ulam, juga saya panaskan sup telur yang saya masak hari sebelumnya. 😋
Disebabkan nasi goreng saya masak seperiuk, jadi boleh tahan sampai ke petang, merangkap makan malam sekali.
Alhamdulillah.
Hari ni, kome makan apa? Saya tak pasti lagi hari ni nak masak apa. Nampak gaya macam makan di luar, sebab ada urusan sikit.
Baiklah. Apa saja urusan anda semua, semoga dipermudahkan, ya.
Jumpa lagi. 💗


Saya bkfs lempeng ngan sambal sardin .. rasa nya sampai ke lunch kot sardin tu..haha nasi pun dah masak sesiap..
BalasPadamSedapnya nasi goreng daging.
BalasPadamsuka nasi goreng letak daging...smlm husband masak nasi goreng cina utk ank kesayangan kt kolej
BalasPadamNasi goreng daging ni guna cili kering ke? Warna dia cantik
BalasPadamTeruskan berkongsi makanan yang Tot masak sebab KSarie suka baca cerita orang memasak ni walaupun KSarie dan memasak tiada berjodoh begitu😅KSarie kalau masak nasi goreng pun suka masak seperiuk supaya boleh makan untuk satu hari.
BalasPadamTak kisah nak kongsikan apa pun di blog Kak Nur.
BalasPadamSaya setuju dengan Kak Nur, suka letak gambar besar baru puas tengoknya. Tapi saya kurangkan pixel bagi saiz ngam-ngam masuk blog dan tak berat sangat loading. Tapi kalau lambat loading jugak, ampunnn...
Kalau masak nasi goreng, ada timun tu lagi sedap mengunyah rangup-rangup kan. Senang kerja kalau masak nasi goreng boleh sampai ke malam tu. Kita pun boleh fokus dengan kerja rumah lain.
Banyak betul timun. Mesti feveret tu.
BalasPadamSy suka je baca bab masak-masak dan aktiviti harian yg kawan-kawan post... Bab gambar pula saya set size M je, besar sangat takut berat pulak nak loading. Entahlah, bukan reti sangat pun bab ni. Hentam sajalah :D
BalasPadamPosting masak2 la ramai orang suka. Dapat la bagi idea menu apa nak masak.
BalasPadamYes... nasik goreng memang kena ada timun... Cantik untuk mata memandang dan baik untuk khasiat
BalasPadamWak pun dah jemu sarapan nasi goreng.
BalasPadamSetiap hari asyik nasi tak habis makan, esok pagi kena gorenglah.
Boleh cuba buat cekodok nasi sejuk pula.
Kadang tak larat nak makan nasi goreng pagi-pagi.. simpan masuk freezer lebihan nasi.
BalasPadamTidak kisah tulis pasal apa. Apabila saya fikirkan setiap blogger ada keistimewaan cerita yang berlaku ketika itu.
BalasPadamBagus masak buat sampai petang. Macam kitorang sarapan Abah buat mi goreng hampir petang semalam bawa ke pagi. Hehe memang masak banyak. Sebahagian diasingkan masuk peti sejuk. Srnang tidak payah masak lagi.
SA dah stop diet sekejap...malas nak stress..tapi masih menjaga portion..nampak sedap nasi goreng Nur...kalau SA memang x dan la nak bawak sampai ke malam...confirm PZ suruh masak lauk lain
BalasPadam