Tarikh: Jumaat, 20 Jun 2025
Hujan lebat. Angin kencang. Saya sedang masak di dapur luar pada waktu itu. Api dapur boleh terpadam, sebab angin kuat. Sejuk sikit suasana. Jadi, waktu memasak, tak panas.
![]() |
| Ayam goreng kicap pedas |
Saya goreng dulu ayam yang telah diperap dengan serbuk kunyit. Kemudian, saya tumis cili hijau yang di kisar guna chopper manual. Tarik-tarik guna tali, untuk menggerakkan mata chopper. Banyak sangat hasil cili hijau yang dikutip dari kebun sekangkang kera. Tak tahu nak masak apa.
Lepas tumis cili, masuk ayam yang telah digoreng. Masukkan pula kicap manis. Kacau-kacau hingga sebati dan siap! 😋
![]() |
| Kobis masak lemak putih. |
Tambah satu lauk berkuah. Sebab ayam kicap tadi tak berapa nak ada kuah. Budak Sulaiman kan, bila kita buat masak lemak kuning, dia makan. Bila mama buat masak lemak putih, dia tak makan. Huuu... ikut suka la, nak. Rugi, tak makan masak lemak mama buat, yang syedap yinni...
![]() |
| Jambu batu merah |
Potong siap-siap, letak dalam tipuware, sejukkan dalam peti ais. Boleh makan sambil tengok tv.
Simple je lauk. Alhamdulillah.
Baiklah. Jumpa lagi, ye. 💗



sedapnya. siap ada jambu batu merah lagi
BalasPadamAlhamdulillah. 😊
PadamAlhamdulillah. Ini kombinasi lauk yang mabeles!
BalasPadamBetul, kak. Sedap! Alhamdulillah.
PadamOh, dapur Nur kat luar, mesti syok masak dekat dapur luar. Tapi, monyet tak kacau ke? Hihihi. Teringat dulu ada satu drama, dia tak suka lemak kuning. Anak Nur, terbalik pulak ek. Kalau sy, asalkan masak lemak, dua² sy suka.
BalasPadamKacau juga, SK. Pernah monyet selongkar tong sampah dekat dapur luar ni. Saya letak lesung batu atas tong sampah. Selamat terus, dia tak larat nak angkat atau terbalikkan. Hehe..
PadamItu la. Bezanya, letak kunyit, itu je. Memilih, budak Sulaiman tu.
Kalau ada kulit limau blender kering tabur kat jambu tu. Memang terus licin. Lada hijau tu kalau akak hiris banyak2. Lepas tu hiris bawang besar dengan bawang putih. Ikan bilis nak goreng atau campur gitu je pun ok. Tumis bawang merah dgn bawang putih lepas tu masukkan lada hiris ikan bilis goreng sebati. Masukkan air asam jawa sikit. perasakan garam sikit. tadaaaa. Nak sedap kadang kita orang campur taucu. Siap lah sambal lada hiris.
BalasPadamWah, terima kasih, bagi resepi, kak. Nanti saya cuba. 😊👍
PadamAngin kencang memang layan kalau berada di beranda rumah...saya suka angin ...sejuk dan memenangkan
BalasPadamBetul tu, Encik.
PadamJambu batu merah tu kenangan sgt kecik2 makan...sekarang x pernah jumpa lagi....
BalasPadamBetul, Sueann. Memang jarang jumpa, jambu batu merah ni.
PadamSaya suka kalau masak di dapur dalam keadaan cuaca yang sejuk. Kita pun tak bergaduh dengan panas. Nak masak pun tenang je. Tapi kalau panas, nak cepat-cepat masak je kan.
BalasPadamKombinasi lauk yang sedap. Rugilah Sulaiman tak makan lauk sedap ni. Ada sambal lagi kick ni. Senang buah dah dipotong siap-siap tinggal makan je. Kalau terbiar tanpa potong, nanti tak ada yang sudi nak potong. Dah potong, berebut makan. hihi...
Betul tu, Fizah. Bila dah siap potong buah, tinggal ngap masuk mulut je. Senang, tak gaduh.
PadamKobis masak lemak antara sayur kesukaan saya! Makanan cukup zat ye, ada protein, sayur n vitamin
BalasPadamAlhamdulillah, Mazni. Akak pun suka juga.
PadamTerlihat sedaaaap.. 😊
BalasPadamSaya suka.. saya suka
Alhamdulillah.
PadamCOCOK... jambu sama ayam gorengnya buu enakkk
BalasPadamAlhamdulillah..
Padamsedapnya lauk tu...sayur kobis lemak tu fav anak..jambu batu merah tu payah nk jmpa
BalasPadamAlhamdulillah, mama tisya. Betul, itu yang terus beli bila jumpa.
PadamAllahu sedapnya kobis masak lemak dan ayam masak kicap tu....tetiba rasa nak masak ayam masak kicap weekend ni. hehe https://syazwantahir.blogspot.com/
BalasPadamSudah masak ke, ayam kicap last weekend? Hehe..
Padamaaaaaaaaaa jambu batu merah tu sedapnyaaaaaaaaaa!
BalasPadamKan, Ana... 😋
PadamUish ni gabungan yang betul2 menambah nasi ni kak tot
BalasPadamHehe... sabor, sabor, kena ingat diet. 😁
PadamLama tak makan kobis masak lemak
BalasPadamLauk kampung ni. Akak pun tak selalu masak. Sila, sila, Linda.
PadamAyam goreng kecap...ah membikin lidah saya ingin mencobanya Mbak.
BalasPadamTapi jangan terlalu pedas ya Mbak, saya gak kuat makan pedas.
Salam,
Tak pedas pun, Pak. Sikit-sikit saja, sebab guna cabai hijau.
PadamSelamat menjamu selera air tangan sendiri
BalasPadamMekasih, Wak.
PadamDapur kitapun di luar, kalau hujan memang ada bocor sedikit air masuk.
BalasPadamItu la, ada plus and minus dapur di luar ni ya, NA.
Padam2 lauk ini bisa bikin tambah nasi 2 pinggan. Jambu tuh nampak molek sungguh
BalasPadamTak perlu tambah, KSarie. Sedia ambil nasi 2 senduk. Hehe.. biasa, sesenduk je.
PadamSulaiman oh Sulaiman… mesti dia rasa putih tu mcm plain dan tak sedap kot
BalasPadamAgaknya la, kan. Dah suruh rasa sesudu pun tak mahu.
Padam