Tarikh: Jumaat, 20 Jun 2025
Hujan lebat. Angin kencang. Saya sedang masak di dapur luar pada waktu itu. Api dapur boleh terpadam, sebab angin kuat. Sejuk sikit suasana. Jadi, waktu memasak, tak panas.
![]() |
Ayam goreng kicap pedas |
Saya goreng dulu ayam yang telah diperap dengan serbuk kunyit. Kemudian, saya tumis cili hijau yang di kisar guna chopper manual. Tarik-tarik guna tali, untuk menggerakkan mata chopper. Banyak sangat hasil cili hijau yang dikutip dari kebun sekangkang kera. Tak tahu nak masak apa.
Lepas tumis cili, masuk ayam yang telah digoreng. Masukkan pula kicap manis. Kacau-kacau hingga sebati dan siap! 😋
![]() |
Kobis masak lemak putih. |
Tambah satu lauk berkuah. Sebab ayam kicap tadi tak berapa nak ada kuah. Budak Sulaiman kan, bila kita buat masak lemak kuning, dia makan. Bila mama buat masak lemak putih, dia tak makan. Huuu... ikut suka la, nak. Rugi, tak makan masak lemak mama buat, yang syedap yinni...
![]() |
Jambu batu merah |
Potong siap-siap, letak dalam tipuware, sejukkan dalam peti ais. Boleh makan sambil tengok tv.
Simple je lauk. Alhamdulillah.
Baiklah. Jumpa lagi, ye. 💗
sedapnya. siap ada jambu batu merah lagi
ReplyDeleteAlhamdulillah. Ini kombinasi lauk yang mabeles!
ReplyDeleteOh, dapur Nur kat luar, mesti syok masak dekat dapur luar. Tapi, monyet tak kacau ke? Hihihi. Teringat dulu ada satu drama, dia tak suka lemak kuning. Anak Nur, terbalik pulak ek. Kalau sy, asalkan masak lemak, dua² sy suka.
ReplyDeleteKalau ada kulit limau blender kering tabur kat jambu tu. Memang terus licin. Lada hijau tu kalau akak hiris banyak2. Lepas tu hiris bawang besar dengan bawang putih. Ikan bilis nak goreng atau campur gitu je pun ok. Tumis bawang merah dgn bawang putih lepas tu masukkan lada hiris ikan bilis goreng sebati. Masukkan air asam jawa sikit. perasakan garam sikit. tadaaaa. Nak sedap kadang kita orang campur taucu. Siap lah sambal lada hiris.
ReplyDeleteAngin kencang memang layan kalau berada di beranda rumah...saya suka angin ...sejuk dan memenangkan
ReplyDeleteJambu batu merah tu kenangan sgt kecik2 makan...sekarang x pernah jumpa lagi....
ReplyDeleteSaya suka kalau masak di dapur dalam keadaan cuaca yang sejuk. Kita pun tak bergaduh dengan panas. Nak masak pun tenang je. Tapi kalau panas, nak cepat-cepat masak je kan.
ReplyDeleteKombinasi lauk yang sedap. Rugilah Sulaiman tak makan lauk sedap ni. Ada sambal lagi kick ni. Senang buah dah dipotong siap-siap tinggal makan je. Kalau terbiar tanpa potong, nanti tak ada yang sudi nak potong. Dah potong, berebut makan. hihi...
Kobis masak lemak antara sayur kesukaan saya! Makanan cukup zat ye, ada protein, sayur n vitamin
ReplyDeleteTerlihat sedaaaap.. 😊
ReplyDeleteSaya suka.. saya suka
COCOK... jambu sama ayam gorengnya buu enakkk
ReplyDeletesedapnya lauk tu...sayur kobis lemak tu fav anak..jambu batu merah tu payah nk jmpa
ReplyDeleteAllahu sedapnya kobis masak lemak dan ayam masak kicap tu....tetiba rasa nak masak ayam masak kicap weekend ni. hehe https://syazwantahir.blogspot.com/
ReplyDeleteaaaaaaaaaa jambu batu merah tu sedapnyaaaaaaaaaa!
ReplyDeleteUish ni gabungan yang betul2 menambah nasi ni kak tot
ReplyDeleteLama tak makan kobis masak lemak
ReplyDeleteAyam goreng kecap...ah membikin lidah saya ingin mencobanya Mbak.
ReplyDeleteTapi jangan terlalu pedas ya Mbak, saya gak kuat makan pedas.
Salam,
Selamat menjamu selera air tangan sendiri
ReplyDelete