Rabu, 2 Julai 2025

Ayam Kicap dan Kobis Masak Lemak

 Tarikh: Jumaat, 20 Jun 2025

Hujan lebat. Angin kencang. Saya sedang masak di dapur luar pada waktu itu. Api dapur boleh terpadam, sebab angin kuat. Sejuk sikit suasana. Jadi, waktu memasak, tak panas. 


Ayam goreng kicap pedas
Ayam goreng kicap pedas

Saya goreng dulu ayam yang telah diperap dengan serbuk kunyit. Kemudian, saya tumis cili hijau yang di kisar guna chopper manual. Tarik-tarik guna tali, untuk menggerakkan mata chopper. Banyak sangat hasil cili hijau yang dikutip dari kebun sekangkang kera. Tak tahu nak masak apa. 

Lepas tumis cili, masuk ayam yang telah digoreng. Masukkan pula kicap manis. Kacau-kacau hingga sebati dan siap! 😋


Kobis masak lemak putih
Kobis masak lemak putih.

Tambah satu lauk berkuah. Sebab ayam kicap tadi tak berapa nak ada kuah. Budak Sulaiman kan, bila kita buat masak lemak kuning, dia makan. Bila mama buat masak lemak putih, dia tak makan. Huuu... ikut suka la, nak. Rugi, tak makan masak lemak mama buat, yang syedap yinni... 


Jambu batu merah
Jambu batu merah

Potong siap-siap, letak dalam tipuware, sejukkan dalam peti ais. Boleh makan sambil tengok tv. 

Simple je lauk. Alhamdulillah. 

Baiklah. Jumpa lagi, ye. 💗

40 ulasan:

  1. sedapnya. siap ada jambu batu merah lagi

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah. Ini kombinasi lauk yang mabeles!

    BalasPadam
  3. Oh, dapur Nur kat luar, mesti syok masak dekat dapur luar. Tapi, monyet tak kacau ke? Hihihi. Teringat dulu ada satu drama, dia tak suka lemak kuning. Anak Nur, terbalik pulak ek. Kalau sy, asalkan masak lemak, dua² sy suka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kacau juga, SK. Pernah monyet selongkar tong sampah dekat dapur luar ni. Saya letak lesung batu atas tong sampah. Selamat terus, dia tak larat nak angkat atau terbalikkan. Hehe..
      Itu la. Bezanya, letak kunyit, itu je. Memilih, budak Sulaiman tu.

      Padam
  4. Kalau ada kulit limau blender kering tabur kat jambu tu. Memang terus licin. Lada hijau tu kalau akak hiris banyak2. Lepas tu hiris bawang besar dengan bawang putih. Ikan bilis nak goreng atau campur gitu je pun ok. Tumis bawang merah dgn bawang putih lepas tu masukkan lada hiris ikan bilis goreng sebati. Masukkan air asam jawa sikit. perasakan garam sikit. tadaaaa. Nak sedap kadang kita orang campur taucu. Siap lah sambal lada hiris.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah, terima kasih, bagi resepi, kak. Nanti saya cuba. 😊👍

      Padam
  5. Angin kencang memang layan kalau berada di beranda rumah...saya suka angin ...sejuk dan memenangkan

    BalasPadam
  6. Jambu batu merah tu kenangan sgt kecik2 makan...sekarang x pernah jumpa lagi....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, Sueann. Memang jarang jumpa, jambu batu merah ni.

      Padam
  7. Saya suka kalau masak di dapur dalam keadaan cuaca yang sejuk. Kita pun tak bergaduh dengan panas. Nak masak pun tenang je. Tapi kalau panas, nak cepat-cepat masak je kan.
    Kombinasi lauk yang sedap. Rugilah Sulaiman tak makan lauk sedap ni. Ada sambal lagi kick ni. Senang buah dah dipotong siap-siap tinggal makan je. Kalau terbiar tanpa potong, nanti tak ada yang sudi nak potong. Dah potong, berebut makan. hihi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, Fizah. Bila dah siap potong buah, tinggal ngap masuk mulut je. Senang, tak gaduh.

      Padam
  8. Kobis masak lemak antara sayur kesukaan saya! Makanan cukup zat ye, ada protein, sayur n vitamin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, Mazni. Akak pun suka juga.

      Padam
  9. Terlihat sedaaaap.. 😊
    Saya suka.. saya suka

    BalasPadam
  10. COCOK... jambu sama ayam gorengnya buu enakkk

    BalasPadam
  11. sedapnya lauk tu...sayur kobis lemak tu fav anak..jambu batu merah tu payah nk jmpa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, mama tisya. Betul, itu yang terus beli bila jumpa.

      Padam
  12. Allahu sedapnya kobis masak lemak dan ayam masak kicap tu....tetiba rasa nak masak ayam masak kicap weekend ni. hehe https://syazwantahir.blogspot.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sudah masak ke, ayam kicap last weekend? Hehe..

      Padam
  13. aaaaaaaaaa jambu batu merah tu sedapnyaaaaaaaaaa!

    BalasPadam
  14. Uish ni gabungan yang betul2 menambah nasi ni kak tot

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe... sabor, sabor, kena ingat diet. 😁

      Padam
  15. Balasan
    1. Lauk kampung ni. Akak pun tak selalu masak. Sila, sila, Linda.

      Padam
  16. Ayam goreng kecap...ah membikin lidah saya ingin mencobanya Mbak.
    Tapi jangan terlalu pedas ya Mbak, saya gak kuat makan pedas.

    Salam,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pedas pun, Pak. Sikit-sikit saja, sebab guna cabai hijau.

      Padam
  17. Selamat menjamu selera air tangan sendiri

    BalasPadam
  18. Dapur kitapun di luar, kalau hujan memang ada bocor sedikit air masuk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu la, ada plus and minus dapur di luar ni ya, NA.

      Padam
  19. 2 lauk ini bisa bikin tambah nasi 2 pinggan. Jambu tuh nampak molek sungguh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak perlu tambah, KSarie. Sedia ambil nasi 2 senduk. Hehe.. biasa, sesenduk je.

      Padam
  20. Sulaiman oh Sulaiman… mesti dia rasa putih tu mcm plain dan tak sedap kot

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agaknya la, kan. Dah suruh rasa sesudu pun tak mahu.

      Padam