Tarikh: 14 Julai 2025
Sudah tamat promosi Zus Buddy ni. Saya baru nak cerita. Saya berjaya dapat satu! 😁
Bukan pengumpul pun. Kebetulan, saya beli kopi terlebih hari Isnin, dapat la sebiji. Minggu Zus buddy Anger.
Zus Buddies adalah koleksi watak yang direka oleh Zus Coffee yang mewakili pelbagai emosi, seperti gembira, sedih, marah, takut, gelisah (anxiety) dan meluat (disgusted). Koleksi ini adalah sebahagian dari kempen bertujuan untuk menyedarkan orang ramai yang semua emosi ini adalah normal, jadi tak salah untuk diakui dan tak perlu malu.
Macam siri Korea yang saya baru habis tengok, tajuk dia It's Okay to Not Be Okay. Korang dah tengok ke cerita ni? Kalau belum, pi tengok, Kim Soo-hyun sungguh kacak dan Seo Yea-ji comel je. Nak cerita pasal dapat plushy, pergi cerita pasal cerita Korea pula. Hehe..
![]() |
Saya beli cafe latte ais, spanish latte panas dan americano panas. Dapat Zus Buddy Anger seketul. |
Merujuk kepada gambar di bawah, ada ke rakan bloggers di luar sana yang berjaya dapat secret character? Kemungkinan untuk dapat watak rahsia ini adalah 1 dari 50.
Watak yang biasa ialah Blue Buddy, Pinky Boo, Choco Chipster, Bean Boss, Porta Pal dan Frappe Fren.
![]() |
Watak-watak Zus Buddies diberi secara rawak. |
Tak boleh nak pilih-pilih. Dekat kotak plushies keychain, ada nama dan pesanan kita. Blind box. Bila buka, barulah tahu kandungan di dalam. Jadi, ada unsur misteri dan surprise di situ. Meh tengok saya dapat watak apa...
![]() |
Saya dapat Porta Pal! Hehe... |
Porta Pal cakap, dia marah bila orang cakap flat white dan latte tu sama. 😁 Ok, apa beza flat white dan latte?
Persamaan kedua jenis kopi flat white dan latte ialah, keduanya adalah espresso dengan susu panas, tapi berbeza dari tekstur dan volume susu.
Kopi flat white mempunyai nisbah kopi banding susu yang tinggi, jadi ia lebih kuat rasa kopi dan di atasnya ada lapisan nipis microform (buih la).
Latte pula mengandungi susu lebih dari kopi, menyebabkan rasanya lebih ringan, berkrim dan di atas latte ada lapisan buih yang lebih tebal.
Saya pun baru tahu, sebab saya jarang pesan flat white atau latte. Pilihan saya, tetap americano.
Porta pal tu, adalah keychain. Comel dia.
Jadilah, dapat sebiji dari takde. Buat kenangan.
Ok. Jumpa lagi. 💗
Wahhh.. makin kerap la nanti dia pergi zusssss
ReplyDeletecomei..yg ni satu je MA x de dlm koleksi MA...
ReplyDeleteCerita Korea yg kak Nur mention tu,Linda tak tengok sampai habis..geram nak tengok ending nya macam mana,tapi tak boleh nak sambung...hahaha..tunggu lah nanti kalau dah takde cerita nak tengok
ReplyDeletecomel je.
ReplyDeleteComel dia menyorok dlm tu...
ReplyDeleteBagus juga kempen yang Zus Coffee ni buat tentang emosi. Drama It's Okay to Not Be Okay tu saya belum tengok lagi. Boleh masuk list dulu. Ooo baru tahu flat white tu. Rasa kopi lebih. Sesekali nak cuba okay juga tu. Tapi for now stick pada latte.
ReplyDeleteSelamat menonton rancangan kegemaran...pasti terhibur
ReplyDeleteJarang dah membeli zus sejak minum ice latte 7e cafe.
ReplyDeleteTahniah! Saya belum bukak lagi. 😂
ReplyDeleteboleh gang dengan ayu ni hehheheheh...comeinya budak kelabu tu hehhehhehe
ReplyDelete