Dapat juga Zus Buddy - Secawan Kopi, Sekebun Cerita

Tuesday, August 5, 2025

Dapat juga Zus Buddy

 Tarikh: 14 Julai 2025

Sudah tamat promosi Zus Buddy ni. Saya baru nak cerita. Saya berjaya dapat satu! 😁

Bukan pengumpul pun. Kebetulan, saya beli kopi terlebih hari Isnin, dapat la sebiji. Minggu Zus buddy Anger

Zus Buddies adalah koleksi watak yang direka oleh Zus Coffee yang mewakili pelbagai emosi, seperti gembira, sedih, marah, takut, gelisah (anxiety) dan meluat (disgusted). Koleksi ini adalah sebahagian dari kempen bertujuan untuk menyedarkan orang ramai yang semua emosi ini adalah normal, jadi tak salah untuk diakui dan tak perlu malu. 

Macam siri Korea yang saya baru habis tengok, tajuk dia It's Okay to Not Be Okay. Korang dah tengok ke cerita ni? Kalau belum, pi tengok, Kim Soo-hyun sungguh kacak dan Seo Yea-ji comel je. Nak cerita pasal dapat plushy, pergi cerita pasal cerita Korea pula. Hehe..

Beli cafe latte ais, spanish latte panas dan americano panas, dan dapat Zus Buddy Anger
Saya beli cafe latte ais, spanish latte panas dan americano panas. Dapat Zus Buddy Anger seketul.

Merujuk kepada gambar di bawah, ada ke rakan bloggers di luar sana yang berjaya dapat secret character? Kemungkinan untuk dapat watak rahsia ini adalah 1 dari 50.

Watak yang biasa ialah Blue Buddy, Pinky Boo, Choco Chipster, Bean Boss, Porta Pal dan Frappe Fren.

Watak-watak Zus Buddies
Watak-watak Zus Buddies diberi secara rawak.

Tak boleh nak pilih-pilih. Dekat kotak plushies keychain, ada nama dan pesanan kita. Blind box. Bila buka, barulah tahu kandungan di dalam. Jadi, ada unsur misteri dan surprise di situ. Meh tengok saya dapat watak apa...

Porta Pal
Saya dapat Porta Pal! Hehe...

Porta Pal cakap, dia marah bila orang cakap flat white dan latte tu sama. 😁 Ok, apa beza flat white dan latte?

Persamaan kedua jenis kopi flat white dan latte ialah, keduanya adalah espresso dengan susu panas, tapi berbeza dari tekstur dan volume susu.

Kopi flat white mempunyai nisbah kopi banding susu yang tinggi, jadi ia lebih kuat rasa kopi dan di atasnya ada lapisan nipis microform (buih la).

Latte pula mengandungi susu lebih dari kopi, menyebabkan rasanya lebih ringan, berkrim dan di atas latte ada lapisan buih yang lebih tebal.

Saya pun baru tahu, sebab saya jarang pesan flat white atau latte. Pilihan saya, tetap americano

Porta pal tu, adalah keychain. Comel dia.

Jadilah, dapat sebiji dari takde. Buat kenangan.

Ok. Jumpa lagi. 💗

36 comments:

  1. Wahhh.. makin kerap la nanti dia pergi zusssss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah jarang, SK. Dalam usaha nak berhenti minum kopi. (dah berapa kali cakap dah, kan). 🙈

      Delete
  2. comei..yg ni satu je MA x de dlm koleksi MA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa.. saya ada perasan, yang lain-lain, MA ada, kan. Semua comel-comel. 😍

      Delete
  3. Cerita Korea yg kak Nur mention tu,Linda tak tengok sampai habis..geram nak tengok ending nya macam mana,tapi tak boleh nak sambung...hahaha..tunggu lah nanti kalau dah takde cerita nak tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uit, awat tak boleh nak sambung? Sila, sila, Linda. Hehe..

      Delete
  4. Bagus juga kempen yang Zus Coffee ni buat tentang emosi. Drama It's Okay to Not Be Okay tu saya belum tengok lagi. Boleh masuk list dulu. Ooo baru tahu flat white tu. Rasa kopi lebih. Sesekali nak cuba okay juga tu. Tapi for now stick pada latte.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Fizah, ikut selera masing-masing, mana yang sedap kan.

      Delete
  5. Selamat menonton rancangan kegemaran...pasti terhibur

    ReplyDelete
  6. Jarang dah membeli zus sejak minum ice latte 7e cafe.

    ReplyDelete
  7. Tahniah! Saya belum bukak lagi. 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ler... entah-entah secret character. Mana tahu...

      Delete
  8. boleh gang dengan ayu ni hehheheheh...comeinya budak kelabu tu hehhehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, MA kumpul lebih banyak dari saya. Comei, comei.

      Delete
  9. Sy mmg tak reti la bab² ni... Baca je la haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun ketinggalan juga, PH. Itu dapat seketul je.

      Delete
  10. wahh tahniah dapat pun. saya dapat biji kopi anxiety, tu pun adik sedekah sebab dia dapat 2

    ReplyDelete
  11. Beso rantai kuncinya. Comel pula itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah. Memang saiz agak besar kalau nak dipakai sebagai keychain.

      Delete
  12. Hari tu anak ada minta tapi kita ignore kan jer.. sebab kalau sorang dpt yang lagi 3 mesti nak claim jugak hahaha

    ReplyDelete
  13. Wah...semua pakat kumpul2 ni...SA ni nak..tapi x rajin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la. Saya pun tak kumpul. Kebetulan, dapat.

      Delete
  14. Hahahahah Americano itu pilihan paliiiiing aman. Saya pernah coba2 ambil latte. Ternyata Krn susunya lebih kuat, saya tak suka. Jadi mual pula. Better flat white. Tapi kdg ada barista yg tak pandai meraciknya. JD memang kalo nak pilihan aman, iced Americano lah 👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita sama la, Fanny. Tak boleh banyak susu. Akak pula, americano panas. Minum ais nanti semput. Hehe..

      Delete
  15. Tahniah sebab dapat Buddy Anger. Happy tak tu? Ayuhlah kita terus kekal minum dan makan apa yang kita suka ye😅Dah tengok Its Okay Not To Be Okay. Hero dan heroine memang molek tapi KSarie suka dekat abang hero😊Pelakon ni sokmo steal the scene walaupun dia bukan hero. Moh tengok cerita Head Over Heels pula😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy. Hehe..
      Eh, sama la. Abang hero yang autisme tu. Kalaulah kita boleh cakap direct macam tu, dengan orang sekeliling kita, kan.
      Head over heels? Noted, nanti saya check it out. Nak habiskan Friday dulu. Sekarang tengah recap season 1, sebab dah lupa jalan cerita, sebab season 2 dah keluar. 😁

      Delete