Jalan pagi Sabtu, nasi goreng dan luahan hati sikit - Secawan Kopi, Sekebun Cerita

Thursday, August 28, 2025

Jalan pagi Sabtu, nasi goreng dan luahan hati sikit

Tarikh: Sabtu, 2 Ogos 2025

Rasa pelik, sebab biasanya hari Sabtu kalau suami tak kerja, kami akan pergi Pasar Pagi Bota. Ni, pergi jalan di Padang Astaka pula. Tukar angin.

Data aktiviti berjalan dari aplikasi jam Garmin
Berjalan selama 1 jam 28 minit, dengan jarak 7.07 kilometer.

Cuaca sangat panas! Tapi agak berangin. Ada bau jerebu juga. Tapi ramai orang berjalan di padang. Nak kentut pun tak senang. Ada je orang di belakang. Ye la, kalau nak buang angin, haruslah toleh ke belakang dulu, check line clear ke idok. Malu la nak lepas camtu je. 🙈 Bagus aktiviti berjalan ni, sebab boleh keluar angin dari badan.

Balik dari aktiviti berjalan, saya siram pokok.

Sarapan nasi lemak bilis campur sambal paru. Beli sebungkus je, sebab portion nasi banyak. Share dengan suami.

Suami masak nasi goreng untuk makan tengahari.

Nasi goreng suami masak
Nasi goreng suami masak.

Nasi goreng ada sayur! Letak carrot dan kacang buncis! Ada cendawan dan fishcake juga. 😋

Biasa masak kosong je. Kali ni, letak sayur. Kalau anak tak mahu makan, terpulanglah. Masaklah sendiri. Kadang tu, bosan juga sebab ikut selera anak. Kali ni, ikut selera orang tua pula. Kalau tak mahu makan sayur, ketepikanlah. 

Nanti saya akan blogwalking slow-slow ye, blog kawan-kawan. Agak sibuk sikit semenjak dua menjak ni.

Nak tahu tak, si LHDN hantar surat, suruh submit dokumen tahun 2023. Jadi, saya dan suami selongkar la semua dokumen berdasarkan senarai yang dikehendaki. Ini pertama kali la LHDN suruh submit dokumen. Ada, letak dalam satu tempat, tapi kena check ikut tahun yang dia nak la. Lepas tu, dia bagi limit file yang di-upload tak boleh lebih 15 MB. So, dah kena edit-mengedit dokumen soft copy. Kerja siapa? Kerja saya la. Saya kan secretary merangkap Menteri Kewangan keluarga. Aduh... itu pun tak cukup juga dokumen. Dah cakap melalui telefon dengan pegawai yang bertanggungjawab. Dia suruh email file yang tak boleh attach di sistem. Benda yang remeh temeh tau, benda yang kita selalu tak simpan. Contoh, dokumen rawatan doktor. Kalau kome selalu check hospital kerajaan, resit RM5 tu je la, atau RM1, yang ada. Keputusan darah pun, mana doktor bagi result kat kita. Semua masuk dalam fail pesakit yang hospital simpan. Tahun 2023? Mak mentua saya pun dah meninggal la (yang untuk penjagaan dan rawatan orang tua). Tiap-tahun tahun bayaran cukai yang suami bayar, semakin meningkat. Suami kerja biasa biasa je, non executive. Kami juga penerima dermasiswa dan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah. Tapi jumlah cukai yang suami bayar yang paling latest nak tahu berapa? 4 ribu plus. Banyak tu!!!!!! Jumlah bagi pada kerajaan lagi banyak la, dari bantuan yang diterima. Macam menyakitkan hati la, cakap pasal ni. Sorry la, saya termengadu di sini. Kerja overtime semata-mata nak bagi pada kerajaan. Menyedihkan. 

Hah. Ok. Lega. Dah cakap.

Jumpa lagi, ye. 💗

4 comments:

  1. Kerja swasta nie, sebenarnya ikot gaji bulanan tak perlu bayar..tapi, disebabkan bonus, OT yang dapat.. menjadikan banyak, terus jadi golongan yang dicukai..mcm kakak Linda lah..kalau kategori Linda pula, Segala macam bantuan tak dapat,sebab bulanan dah lebih syarat..tp,cukai tak kena..sebab kerajaan kan..gaji setahun masih tak cukup min UTK dikenakan cukai .takde OT, takde bonus.

    ReplyDelete
  2. Sesekali tukar angin, suasana berbeza. Hihi..terhibur saya dengan kentut tu. Bagus tu keluar angin, kena tengok line clear ke tak dulu baru boleh melepas. Kang tak pasal orang belakang dapat gas beracun.
    Hidup ni semakin keras. Urusan macam ni memang melecehkan. Nak itu ini. Lagilah yang dah bertahun tu kena selongkar balik. Untung juga dapat bantuan. Kalau tak dapat bantuan, kita bayar kat dia saja je lah. Lagi haruuu...Bertabahlah kita sebagai rakyat Marhaen ni.

    ReplyDelete
  3. Saya pun nak nangis bab cukai ni.
    Allahu Akbar!

    ReplyDelete
  4. Jadi kerja pula nak kena email bagai.. sabar jerlah kan

    ReplyDelete