Tarikh: Jumaat, 1 Ogos 2025
Pergi morning walk di Padang Astaka, Sitiawan. Padang kering. Rumput warna coklat. Cuaca panas.
![]() |
Ambil gambar langit, semasa pusingan pertama. |
![]() |
Langit, semasa pusingan kedua. |
Semakin berkurang orang selepas pusingan kedua. Sebab bahang matahari mula terasa.
![]() |
Langit, semasa pusingan ketiga. |
Mata pun tak boleh buka, sebab silau, masa ambil gambar. Dari matahari terbit di ufuk timur hingga matahari mula meninggi. Berjalan tu, bukan hanya dapat bersenam untuk sihat. Tapi fikiran pun jadi lebih tenang dan jelas, sebab keluar rumah, dapat tengok gelagat orang ramai bersenam, dapat tengok pokok dan langit. Tengok kejadian Allah.
![]() |
Ada awan mendung di langit. |
Walaupun ada awan mendung, tapi tak hujan pun pada hari itu. Cer tengok rumput dalam gambar di atas. Takde pun yang warna hijau.
![]() |
Langit sewaktu nak balik. |
Siapa macam saya, suka ambil gambar langit? 😊
![]() |
1 jam 10 minit berjalan pagi, dengan jarak 6.03 kilometer. |
Saya lupa diri. Pergi slowjog. Balik rumah, sakit lutut. Tapi ok je. Susah nak mengawal diri dari slowjog. Mula-mula memang berjalan. Tapi bila badan sudah panas, automatik rasa nak pergi lebih laju. Ada kaitan ke dengan lahir pada tahun kuda? Pantang berada di padang rumput yang luas, terasa ingin berlari. Hehe.. tak la. Mana boleh percaya benda-benda macam tu.
Berjalan dan slowjog. Aktiviti senaman paling senang nak buat. Tapi disebabkan faktor cuaca, boleh jadi malas kita dibuatnya. Kalau atas treadmill sambil tengok movie, rasa macam lama benor nak siap. Jalan di luar, tak terasa walaupun lebih 1 jam.
Ok. Sekian cerita morning walk saya.
Jumpa lagi, ye. 💗
cantik view langit pagi...slow jog sakit lutut ye..maybe sbb dh biasa lari laju ye
ReplyDeleteSy suka ambil gambar langut juga macam Tot. Kadang, sy post di ig, letak background lagu jiwanya karat, heheh. Betullah, kalau berjalan di padang yg luas rasa tenang, tengok rumput, tengok langit, tengok orang. Mungkin faktor jugak tu lahir tahun kuda suka berlari.
ReplyDeleteMasyaAllah cantik matahari pagi.
ReplyDeleteLuas padangnya, satu pusingan boleh dapat 2km.
Berbeza dengan saya ni, langsung tak pernah rasa nak slow jog. Asik laa jalan santai 😄
Lagi seronok berjalan di luar. Tak terasa lama. Betul, tenang rasa menikmati permandangan luar dan tengok gelagat orang. Kalau panas tu tak sanggup juga nak tahan. Jangan kak Nur, brisk walk juga. Lutut nak pakai lama tu. Saya pun suka ambil gambar langit. Lagi-lagi kalau awan kepuk-kepuk jenis altocumulus tu.
ReplyDeleteApabila awan mendung, langit pun hilang serinya.
ReplyDeleteSaya pun suka ambil gambar langit.
Oooo... slowjog boleh buat sakit lutut rupanya.
Wah tidak kebayang betapa silaunya
ReplyDeleteKamera hape saya belum mendukung
Kalau ada rezeki mau beli hape baru :D
Kalau uncle dah guna alasan 'cuaca panas' tu untuk duduk rumah... hehehehee
ReplyDeletetengok dari gambar kamera nampak malap je, tapi sebenarnya terikk
ReplyDeletebriskwalk kat luar lagi best berbanding atas treadmill. dapat hirup udara dan dapat cahaya matahari tu yg penting