Tarikh: Isnin, 4 Ogos 2025.
Ke mana kita jalan-jalan? Keluar daerah Manjung, masuk daerah Perak Tengah. Ke Taman UTP (Universiti Teknologi Petronas) kita. 😊
Yeah... hidup mesti happy. Lupakan segala masalah. Percaya dengan rezeki yang Allah sudah tentukan. Kita cuba yang terbaik, jaga diri dan keluarga. Hidup mesti dinikmati. I choose to be happy. 😁
![]() |
| Jom, morning walk! |
Cuaca mendung. Kurang panas. Jadi, boleh lah jalan santai-santai makan angin. Lepas tu, keluar angin bawah. Datang hari orang bekerja, sampai pun agak lewat, jadi orang tak berapa ramai.
Nak ambil gambar la dengan dinasour baik.
![]() |
| Hello Brachiosaurus yang tinggi lampai |
Dinasour ni baik, sebab dia makan daun dan tumbuhan je, tak makan manusia. Hehe.. dinasour vegetarian.
Air minum tak bawa. Singgah water cooler, minum air sat.
![]() |
| Ada sebiji water cooler di Kayak House, Taman Tasik UTP. |
![]() |
| Duduk sekejap, tengok pemandangan dinasour di balik pokok. |
Pergi tandas stesen minyak masa pusingan terakhir. Berjalan je. Stesen minyak terletak di sebelah je taman UTP ni. Saya tak sedar jam mati bila. Tengok-tengok, jam sudah blank. Masa mula jalan, masih ada 1 bar.
![]() |
| Ini je yang jam sempat simpan data, sebelum ia mati tak dak bateri. |
Sempat rekod 1 jam berjalan, sejauh 3.89 kilometer. Alhamdulillah.
Sekian cerita jalan pagi pada 4 Ogos yang lalu.
Hari ni, hari Jumaat, kome. Hujung minggu panjang, sempena cuti Hari Kemerdekaan negara kita. Ada yang balik kampung ke tu? Ke, sudah sampai ke tempat percutian?
Semoga selamat ye, hati-hati di jalanraya, dan selamat bercuti.
Jumpa lagi, ye. 💗





Syoknya kak Nur dapat beriadah di sini. Sesekali keluar dari tempat biasa kan. Menarik betul ada dinosaur banyak kat sini. Boleh buat bergambar bersama kan.
BalasPadamSelamat Hari Merdeka dan selamat bercuti juga Kak Nur.
Ya, Fizah. Ha ah, seronok juga, dapat tengok dinasour.
PadamSelamat bercuti untuk hujung minggu ni pula ya, Fizah.
ahaha lain macam lepas makan angin, keluar angin bawah xD
BalasPadamsaya cuti ni pergi berkumpul dgn sanak saudara kat kedah. buat tahlil hehe
Hehe.. itu biasa.
PadamAlhamdulillah, dapat jumpa saudara mara, ye.
Ya betul pilih untuk gembira.
BalasPadamSaya duduk rumah sahaja seorang. Hehe.
Kann, NA. 😊
PadamSeronok tu, aman damai, boleh istirehat dengan tenang.
Alhamdulillah..yg penting bahagia...seminggu cuti sekolah nanti balik sana...boleh la rojer² nanti...
BalasPadamInsya-Allah ye, Linda. Seronok la anak-anak, cuti sekolah seminggu. Linda hari-hari boleh jogging di UTP. Hehe..
PadamAbang Farid pun selalu juga bawa Hamzah jalan-jalan di Taman UTP.
BalasPadamOoo... ye ke.. mesti Hamzah suka.
PadamHari yang menyenangkan
BalasPadamDinonya gede dan tinggi, untuk makannya vegetarian :D
Hehe.. betul. Walau pun cuma makan tumbuhan, dinasour ini lah yang paling besar sekali antara dinasour yang lain, mengikut carian google.
PadamBestnya BW bersama dino. Hihi. Sekali sekala bertukar suasana pulak kan dah jemu kat Manjung.
BalasPadamHehe.. iya, Cie, tukar angin.
PadamI sapot you; choose to be happy yeah 👍🏻
BalasPadamHave a nice longggggg weekend Nur
Yezza... 🖐 High five sikit.
PadamTerima kasih, PH. Selamat bercuti juga untuk PH, untuk hujung minggu ni pula. 😁
Cuti panjang pun uncle ngadp kerja... huhuhu...
BalasPadamAla, cian uncle. Hujung minggu ni ada cuti lagi, boleh rehat ye, uncle.
PadamCuti panjang SA x sihat, belikat bengkak since Khamis...jenuh menahan sakit x leh urut
BalasPadamAllahuakbar.. semoga SA cepat-cepat sembuh ya.
PadamSaya dah niat nanti nak bawa sepatu jogging supaya di Ipoh bisa lari tiap pagi 😄. Soalnya kuliner banyak, mesti diimbangi banyak workout juga 😁
BalasPadamBagus la, Fanny. Boleh jogging di Padang Polo, pagi-pagi nanti di Ipoh. Ada playground juga situ, anak-anak boleh lepak situ.
PadamCCL bekerjaa.. tengok orang lain long weekend macam best ..hehe
BalasPadamHehe.. selamat menjalankan tugas ya, CCL.
PadamCCL bekerjaa.. tengok orang lain long weekend macam best ..hehe
BalasPadamleher dia je mau 3x ketinggian ammi
BalasPadamItu la, tinggi bebenor menatang ni.
PadamKena bawa anak saya yang sulung peminat dinosaurs ke sini jalan-jalan dekat sini. Sementara dia siasat dinosaurs tuh boleh la saya jalan-jalan pusing tasik.
BalasPadamBoleh, sesuai sangat. Banyak jenis dinasour ada dekat taman UTP tu.
Padam