Jumaat, 22 Ogos 2025

Suatu petang di FamilyMart

 Tarikh: Isnin, 28 Julai 2025

Petang hari, lepas Asar. Petang yang panas lit lit. Cari tempat lepak yang ada aircond kuat. Teringat kat FamilyMart. Aircondnya memang kuat, sampai cermin kedai berwap, tak jelas nak tengok dalam. Lagi satu sebenarnya, nak cuba jajangmyeon, tapi menu tu sudah takde rupanya. Ini akibat jangkit tengok KDrama banyak sangat. Orang Korea ni, bila makan mi, slurrrpp slurrrpp bunyi, telan air liur kita tengok. Bersungguh-sungguh makan, lalu membangkit selera kita untuk turut mencuba. 

Sepatutnya, cuba dulu sewaktu menu jajangmyeon masih ada, tapi waktu itu, belum berminat. Saya pula jarang-jarang masuk FamilyMart. Bukan member pula. Jadi, kurang peka apa dalam menu. Hmmm.. takpelah, kita cuba menu lain. Saya pesan dry cheese ramen. Pernah tapau dulu, untuk budak Sulaiman. Tapi diri sendiri tak pernah cuba.

Dry cheese ramen FamilyMart
Dry cheese ramen, harga RM7.50

Nampak sikit dalam mangkuknya. Warna merah. Bila makan, jenuh juga nak habiskan. Kongsi makan berdua dengan suami. Ramen rasa kenyal.

Dry Cheese Ramen yang pedas
Tengok pun, boleh rasa pedas.

Memang pedas. Sampai terkeluor air hidung. Padahal saya boleh tahan pedas. Suami bangun, cari makanan lain. Dia tengok kat cashier tak ada orang. Saya ingat, dia beli sesuatu yang sejuk seperti aiskrim, tapi tidak. Dia beli set laksa ramen.

Laksa Ramen Set FamilyMart
Laksa Ramen Set, harga RM9.90

Yang ini, barulah boleh makan slurrrppp slurrppp, sebab berkuah. 

Laksa Ramen Set FamilyMart
Ini pun besar juga portion sebab banyak bahan-bahan dalam tu.

Kuahnya berlemak. Tapi sedap. Kurang pedas, berbanding dry ramen. Kami minum kopi juga petang itu.

Mengopi di FamilyMart
Americano panas, RM2.90 dan iced latte, RM6.90

Alhamdulillah. Gendut juga. Kekenyangan.

Banyak makanan orang muda ye. Sekali-sekala, boleh la, kot teringin. Ada je orang keluar masuk FamilyMart. Tak putus-putus. Cawangan yang kami pergi ni, buka 24 jam, sebab lokasi di stesen minyak. Ada satu lagi cawangan dekat rumah, yang itu buka 7 pagi, bukan 24 jam. 

Sekian cerita suatu petang di FamilyMart.

Jumpa lagi, ye. 💗

42 ulasan:

  1. Sekarang memang banyak jenama fokus kepada demografik orang muda ye. KSarie yang sudah mencecah usia senja ini dan tekak orang tua yang sajak dengan selera kampung ini selalu terkebil-kebil membaca menu versi orang muda ni. Tapi sekali sekala makan menu hipster ni sedap juga kan? Sama la kita selalu terpesona dengan makanan-makanan dalam KDrama😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama la kita, KSarie. Kadang diri depan kaunter, tengok menu, tak tahu apa nak order. Hehe.. Sekadar nak merasa, sekali-sekala. 😊

      Padam
  2. lama tak jejak FM. selalunya kalau nak makan oden / ramen je masuk FM ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gitu.. sebab Cie dah jadi duta 7-Eleven. 😁

      Padam
  3. Dulu excited nak masuk FM ni...sekarang banyak dh pesaing dia...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kann... banyak pilihan, tepuk dada, tanya selera.

      Padam
  4. Fav SA dan suami gak ni..kami suka lepak sini makan eskrem...

    BalasPadam
  5. Amboi, dua merpati dua sejoli, kemahen lagi dah macam lari berganti² makan ramen, hihi.

    BalasPadam
  6. bagi peminat makanan Korea memang suka la family mart... cuma sy x suka makan ramen...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Make nasi berlauk lagi sedak ye, Abe Kie. 😊

      Padam
  7. Family mart mmng fav saya. Semua makanan dia sedap2. Tapi betul kata kak nur, kena makan sekali sekala je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan, Mazni. Satunya, processed food. Satu lagi, harga agak mahal.

      Padam
  8. Best lepak kalau tak ramai orang. Saya kalau datang sini, mesti cari oden dulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perasan juga, ramai beli oden familymart. Mesti sedap.

      Padam
  9. Pelik2 makanan orang jaman sekarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. makan nasi lauk kampung lagi sedap ye, Wak.

      Padam
  10. Napak pedas ja tu..makanan cepat siap..atau makanan segera gtu memang sedap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang pedas pun, Encik. Sedap, tapi kurang berkhasiat, kan.

      Padam
  11. Pedas diorg ni macam guna serbuk cili kan... tak macam pedas cili api kita
    Sy jarang masuk FM ni, tak minat. Anak2 la sekali sekala masuk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha ah. Pedas makanan Korea lain macam.
      Bagus la, PH, barang-barang dalam FM pun macam agak mahal.

      Padam
  12. Di tempat saya belum ada FamilyMart..kedai makan memang berlambak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Explore tempat makan yang ada di kawasan kita je, Encik Hanafi. Banyak yang menarik dan sedap-sedap.

      Padam
  13. perghhhhhhh terasa bahang pedasnya hehehheheh

    BalasPadam
  14. Anak-anak saya suka makanan begini.

    BalasPadam
  15. Saya kalo Jajangmyeon tak terlalu suka. Mungkin Krn dominan manis kali yaaa. Tapi kalo ramyeon yg pedas, baruuuuu tak nak skip 😄.

    Hari ini saya happy kak, sebab ketemu resto Korea yg menjual tteokpokki sedap dan pedas sangaaat. Hahahahah mantaaap. Sampai kebas lidah 😄👍👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, jajangmyeon tu ada rasa manis ya, Fanny. Akak pun tak tahu, sebab tak pernah cuba.
      Wah... bagus la, sudah jumpa resto Korea yang bagus. Suka pedas ya, Fanny. 😁

      Padam
  16. Pengaruh drama tu benar ye kak Nur. hihi..kalau ada ramen kering, kena ada yang berkuah juga. Dapatlah rasa dua-dua. Suka jenis ramen Family Mart yang kenyal-kenyal. Sesekali okaylah buat rasa-rasa bila teringin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi.. itulah, kuat godaannya, layan KDrama ni.
      Ye, Fizah. Sebab ramennya kenyal dan agak besar banding mi segera kita, jadi itu buat kenyang.

      Padam
  17. Selesa makan di FamilyMart ya. Saya nasib baik belum tertarik untuk cuba. Lagipun tiada FamilyMart dekat rumah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye, NA, sebab sejuk. Hehe.. baguslah tiada FamilyMart dekat rumah. Jimat sikit duit, NA.

      Padam
  18. anak-anak muda dan ramen mmg berpisah tiada. yg peliknya anak bongsu ammi ramen dia makan sampai pijar2 bibir, tapi bila lauk pedas sikit dia komplen. ehhhhhh banyak bunyik eh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. itu biasa... masakan mak, suka kritik. Masakan kat kedai, telan je, takde komplen-komplen. 😁

      Padam