Suatu petang di FamilyMart - Secawan Kopi, Sekebun Cerita

Friday, August 22, 2025

Suatu petang di FamilyMart

 Tarikh: Isnin, 28 Julai 2025

Petang hari, lepas Asar. Petang yang panas lit lit. Cari tempat lepak yang ada aircond kuat. Teringat kat FamilyMart. Aircondnya memang kuat, sampai cermin kedai berwap, tak jelas nak tengok dalam. Lagi satu sebenarnya, nak cuba jajangmyeon, tapi menu tu sudah takde rupanya. Ini akibat jangkit tengok KDrama banyak sangat. Orang Korea ni, bila makan mi, slurrrpp slurrrpp bunyi, telan air liur kita tengok. Bersungguh-sungguh makan, lalu membangkit selera kita untuk turut mencuba. 

Sepatutnya, cuba dulu sewaktu menu jajangmyeon masih ada, tapi waktu itu, belum berminat. Saya pula jarang-jarang masuk FamilyMart. Bukan member pula. Jadi, kurang peka apa dalam menu. Hmmm.. takpelah, kita cuba menu lain. Saya pesan dry cheese ramen. Pernah tapau dulu, untuk budak Sulaiman. Tapi diri sendiri tak pernah cuba.

Dry cheese ramen FamilyMart
Dry cheese ramen, harga RM7.50

Nampak sikit dalam mangkuknya. Warna merah. Bila makan, jenuh juga nak habiskan. Kongsi makan berdua dengan suami. Ramen rasa kenyal.

Dry Cheese Ramen yang pedas
Tengok pun, boleh rasa pedas.

Memang pedas. Sampai terkeluor air hidung. Padahal saya boleh tahan pedas. Suami bangun, cari makanan lain. Dia tengok kat cashier tak ada orang. Saya ingat, dia beli sesuatu yang sejuk seperti aiskrim, tapi tidak. Dia beli set laksa ramen.

Laksa Ramen Set FamilyMart
Laksa Ramen Set, harga RM9.90

Yang ini, barulah boleh makan slurrrppp slurrppp, sebab berkuah. 

Laksa Ramen Set FamilyMart
Ini pun besar juga portion sebab banyak bahan-bahan dalam tu.

Kuahnya berlemak. Tapi sedap. Kurang pedas, berbanding dry ramen. Kami minum kopi juga petang itu.

Mengopi di FamilyMart
Americano panas, RM2.90 dan iced latte, RM6.90

Alhamdulillah. Gendut juga. Kekenyangan.

Banyak makanan orang muda ye. Sekali-sekala, boleh la, kot teringin. Ada je orang keluar masuk FamilyMart. Tak putus-putus. Cawangan yang kami pergi ni, buka 24 jam, sebab lokasi di stesen minyak. Ada satu lagi cawangan dekat rumah, yang itu buka 7 pagi, bukan 24 jam. 

Sekian cerita suatu petang di FamilyMart.

Jumpa lagi, ye. 💗

11 comments:

  1. Sekarang memang banyak jenama fokus kepada demografik orang muda ye. KSarie yang sudah mencecah usia senja ini dan tekak orang tua yang sajak dengan selera kampung ini selalu terkebil-kebil membaca menu versi orang muda ni. Tapi sekali sekala makan menu hipster ni sedap juga kan? Sama la kita selalu terpesona dengan makanan-makanan dalam KDrama😅

    ReplyDelete
  2. lama tak jejak FM. selalunya kalau nak makan oden / ramen je masuk FM ni.

    ReplyDelete
  3. Dulu excited nak masuk FM ni...sekarang banyak dh pesaing dia...

    ReplyDelete
  4. Fav SA dan suami gak ni..kami suka lepak sini makan eskrem...

    ReplyDelete
  5. Amboi, dua merpati dua sejoli, kemahen lagi dah macam lari berganti² makan ramen, hihi.

    ReplyDelete
  6. bagi peminat makanan Korea memang suka la family mart... cuma sy x suka makan ramen...

    ReplyDelete
  7. Family mart mmng fav saya. Semua makanan dia sedap2. Tapi betul kata kak nur, kena makan sekali sekala je

    ReplyDelete
  8. Best lepak kalau tak ramai orang. Saya kalau datang sini, mesti cari oden dulu.

    ReplyDelete
  9. Pelik2 makanan orang jaman sekarang.

    ReplyDelete
  10. Napak pedas ja tu..makanan cepat siap..atau makanan segera gtu memang sedap..

    ReplyDelete