Tarikh: Selasa, 19 Ogos 2025
Saya tahu akan khasiat air kunyit ini, dari kakak sulung saya. Dia follow Dr. Zaidul Akbar, seorang pendakwah, konsultan dan pengamal perubatan sunnah dari Indonesia.
Masa PKP dulu lagi la. Masa tu, ramai tak sihat, covid la, influenza la. Saya tak pernah kena covid. Tapi influenza, saya pernah.
Saya sendiri sudah banyak kali buat dan minum. Sebab itu, saya tahu air ini, elok.
Saya cerita, ya. Dulu-dulu, ada subsidi dari kerajaan tu, untuk wanita 40 tahun ke atas, untuk buat mamogram. Saya buat, di hospital swasta, lepas tu, jumpa sesuatu. Takut, tau. Gila tak takut, sebab arwah mama saya meninggal sebab kanser payudara. Kena refer ke hospital kerajaan. Antara dapat tahu result mamogram dan temujanji doktor seterusnya, agak lama tempohnya. Jadi, saya amalkan minum air kunyit ni.
Bila masa jumpa doktor hospital, doktor tak jumpa apa-apa pulak. Dia tengok keputusan mamogram. Puas juga la, dia ultrasound, mencari, takde apa-apa. Alhamdulillah. Allah beri penyakit, dan Dia juga lah menyembuhkan.
![]() |
| Air kunyit homemade. |
Cara buat air kunyit ni:
Bahan-bahan:
🌼 Sebatang serai
🌼 Kunyit sebesar ibujari
🌼 Halia, 2 kali saiz kunyit kita guna
🌼 Limau nipis. Saya tak ada limau nipis, saya guna limau kasturi, 3 biji. Lemon pun boleh juga, ambil air sebiji.
Cara-cara:
🌸 Hiris kasar semua bahan, rebus dalam periuk.
🌸 Sampai air menggelegak, boleh tutup api.
🌸 Tunggu sejuk, bolehlah minum. Eh, tapis la dulu, masuk dalam bekas minuman.
![]() |
| Dapat setengah botol. |
Boleh la amalkan. Lelaki dan wanita. Untuk wanita, tak boleh minum setiap hari. Pernah dulu saya minum setiap hari, boleh datang bulan semula, walaupun baru habis period. Kalau rasa badan lain macam je, macam lemah je, selalu tak larat, boleh lah cuba.
Kalau setengah botol (botol saya boleh muat 2.2 liter) macam di atas, saya boleh habiskan dalam sehari. Rasa air kunyit ni, ok. Boleh la telan.
Kunyit ada sifat anti radang. Halia dan serai pun sama. Limau kasturi ada vitamin C tinggi, boleh mengawal paras gula dan kolesterol dalam darah.
Kesimpulannya, air ni bagus. Tapi, janganlah minum air kunyit ini semata-mata. Kena juga jaga makan dan bersenam, ye.
Jumpa lagi. 💗


SA nak cuba buat la...mana tau boleh sihat kembali kan...terima kasih resepinya Nur...
BalasPadamSama-sama, SA. Cuba, jangan tak cuba. 😊
PadamAir kunyit mmg bagus.. dalam kajian bangsa india di malaysia paling kurang kena covid sbb mereka paling bnyk makan kunyit..
BalasPadamSerius la? Wow.. mekasih Encik Time Traveller, share info ni.
PadamAda baca juga tentang air kunyit ni. Memang bagus. Tapi tulah, kalau buat tak pasti boleh telan ke tidak. Tapi bolehlah cuba kan. Tengok orang jual pun boleh tahan mahal juga harganya. Kunyit, serai dan halia ada stok. Cuma limau je tak ada.
BalasPadamBoleh guna je apa yang ada di rumah. Limau tu, nak bagi sedap je. Boleh telan, Fizah, Insya-Allah. Yang jamu atau makjun tu, lagi beratus kali tak sedap. Air kunyit ni, ok jer.
PadamBaik, nanti saya cuba. Nanti nak cari limau nipis.
PadamSelamat mencuba, dan semoga memberi kebaikan pada kesihatan Fizah. 👍😊
PadamGood sharing =D
BalasPadamTerima kasih, Nieza.
PadamNanti nak cuba buat :)
BalasPadamCuba, ye, Eyma.
PadamSaya selalu rendam jer dlm air panas...lepas tu minum..
BalasPadamBoleh juga, senang nak minum, dalam gelas terus, kan Sueann.
PadamTeringin nak minum tapi itulah takut tak tertelan :( tapi kalau air halia sy pernah la minum. Itu pun hiris & rendam dlm air panas je. Jenis kisar2 ni tak pernah
BalasPadamBoleh telan punya, PH. Lagi-lagi ada letak limau. Ok jer rasanya.
PadamSy pernah buat air rebusan macam ni, tak tertelan. Agaknya Nur punya ni sedap sebab ada jus limau kan. Nanti nak Cuba buat resipi air kunyit Nur ni.
BalasPadamCubalah, SK. Boleh telan, sebab ada air limau.
Padampernah baca khasiat air kunyit ni. memang bagus especially utk perempuan yg period tak teratur. pastu boleh buat kulit bersih gakk
BalasPadamYe, betul, betul, Mazni.
PadamBagus sebenarnya minum air kunyit juga air halia. Tapi tu lah bila masuk tekak emmm banyak songehnya lepas tu tak istiqoma almaklumle tak sedap. Bagus info ni.
BalasPadamBab tak sedap tu, kena tolak ke tepi, kak. Sebab nak kan khasiatnya. Hehe..
PadamThanks for sharing Nur. Banyak khasiat nya kunyit ni kan.
BalasPadamSama-sama. Ya, Mulan, banyak khasiat.
PadamSyukur Alhamdulillah…saya yang baca ni pun ikut rasa lega. Tentu berdebar je nak tunggu appointment doktor tu kan.
BalasPadamThanks share resepi ni Tot. Kena rajinkan diri buat sesekali.
Ye, Ujie. Masa tu, memang seram. Buat apa pun takde mood. Hari-hari ngaji Yasin, bagi hati tenang.
PadamSama-sama, Ujie. Betul, sesekali kena minum juga air kunyit ni.
Air halia uncla tahu la... air kunyit ni baru tau... TQ ilmu
BalasPadamSama-sama, uncle.
Padampernah nampak orang buat jamu kunyit. Banyak khasiatnya.
BalasPadamBetul, Cie. Tapi jamu, saya susah sikit nak telan.
Padambelum pernah cuba dan rasa macam best juga
BalasPadamBest effect dia, Encik Hanafi. Badan jadi bertenaga.
PadamBagus nya..tapi bab ni MA awal2 memang dah surrender 🥴
BalasPadamKalo boleh minum kopi kosong tanpa gula, mesti MA boleh minum air kunyit ni, MA. Ok jer rasanya.
Padampernah dgr khasiat air kunyit tp kita tk terminum
BalasPadamOk jer rasa dia, Mama Tisya, sebab ada limau.
PadamTerima kasih kongsi. Nanti boleh cuba jugak.
BalasPadamSama-sama, BK. Sila, sila.
Padamterima kasih atas petua yg dikongsi. InsyaAllah sy akan cuba amalkan....
BalasPadamSama-sama, Abe Kie.
PadamMacam ada kepercayaan orang belum kahwin tidak elok minum air kunyit. Ini sayalah, entah betul entah tidak.
BalasPadamApapun tq kongsikan.
Yang itu, saya tak pasti sebab tak pernah dengar, NA, orang belum kahwin tak elok minum air kunyit. Tapi masa remaja zaman ada jerawat, teringat arwah mak, selalu suruh letak kunyit kat muka, supaya jerawat hilang. Sama-sama, NA.
Padamselalu ammi buat serai, halia & limau. next time boleh letak kunyit juga. kalau dalam pantang arwah mama dulu buatkan air kunyit untuk keringkan darah. dan kalau baby selsema teruk dulu pun memang disagat kunyit hidup tu pastu letakkan di batang hidung biar cepat kering selsemanya.
BalasPadamkalau orang India (orang dulu2lah) pulak mereka guna kunyit dimuka untuk elakkan jerawat
Ha ah, saya ada dengar petua selsema tu, letak kunyit hidup atas hidung. Yang petua jerawat pun tahu sejak muda, sebab ramai classmate India muka macam yellowish, sebab letak kunyit kat muka.
Padamoo air kunyit mesti pahit mcm air halia jugak.. huhu
BalasPadamTak la, Wak. Sebab letak air limau, jadi tak rasa pahit pun.
PadamPetua ni kena amalkan..akan di cuba ya..terima kasih perkongsian yang baik
BalasPadamSama-sama, cikgu.
PadamPernah minum campuran kunyit, halia, kencur dan madu, tapi itu jamu kot. Ada orang di LD jual 1.5 liter RM 70.00. Sedap. Tapi harga kayangan lah pulak.
BalasPadamBanyak tu, 1.5 liter. Ha ah, agak mahal harganya. Boleh buat sendiri je, di rumah.
PadamKalau orang Jawa memang selalu la amalkan..tapi, bukan Linda lah..Kikiki..
BalasPadamHehe... Linda muda lagi. Nanti dah sampai umur akak, mesti Linda minum juga, air kunyit ni.
PadamKalau di Indonesia, jamu kunyit asam itu banyaaaak sangat diminum oleh wanita aktif di sini, sebab bisa mengurangi sakit senggugut saat haid kak. Saya dibiasakan mama minum jamu kunyit sejak usia 12 tahun , tiap haid. Jadi haid lebih lancar, tak sakit, tak lah bau darah sangat juga.
BalasPadamDi beberapa hotel berbintang 5 di sini, mereka pun menyediakan jamu kunyit di buffet minuman. Sedaap biasanya. Dingin, asam segar . Pernah Nadia, blogger Ipoh DTG JKT, dan minum kunyit, tapi dia tak suka. Jadi saya yg habiskan 🤣
Wow, sedari kecil Fanny sudah diajar minum jamu. Patut Fanny comel je, awet muda. 😊
PadamTerima kasih perkongsiannya Tot. Nanti boleh cuba nanti bila kerajinan. AlFatihah untuk ibu Tot
BalasPadamTerima kasih, KSarie. 🤗
Padam