Thursday, September 25, 2025

Air kunyit

 Tarikh: Selasa, 19 Ogos 2025

Saya tahu akan khasiat air kunyit ini, dari kakak sulung saya. Dia follow Dr. Zaidul Akbar, seorang pendakwah, konsultan dan pengamal perubatan sunnah dari Indonesia.

Masa PKP dulu lagi la. Masa tu, ramai tak sihat, covid la, influenza la. Saya tak pernah kena covid. Tapi influenza, saya pernah.  

Saya sendiri sudah banyak kali buat dan minum. Sebab itu, saya tahu air ini, elok. 

Saya cerita, ya. Dulu-dulu, ada subsidi dari kerajaan tu, untuk wanita 40 tahun ke atas, untuk buat mamogram. Saya buat, di hospital swasta, lepas tu, jumpa sesuatu. Takut, tau. Gila tak takut, sebab arwah mama saya meninggal sebab kanser payudara. Kena refer ke hospital kerajaan. Antara dapat tahu result mamogram dan temujanji doktor seterusnya, agak lama tempohnya. Jadi, saya amalkan minum air kunyit ni. 

Bila masa jumpa doktor hospital, doktor tak jumpa apa-apa pulak. Dia tengok keputusan mamogram. Puas juga la, dia ultrasound, mencari, takde apa-apa. Alhamdulillah. Allah beri penyakit, dan Dia juga lah menyembuhkan. 

Air kunyit homemade
Air kunyit homemade.

Cara buat air kunyit ni:

Bahan-bahan: 

๐ŸŒผ Sebatang serai

๐ŸŒผ Kunyit sebesar ibujari

๐ŸŒผ Halia, 2 kali saiz kunyit kita guna

๐ŸŒผ Limau nipis. Saya tak ada limau nipis, saya guna limau kasturi, 3 biji. Lemon pun boleh juga, ambil air sebiji.

Cara-cara:

๐ŸŒธ Hiris kasar semua bahan, rebus dalam periuk.

๐ŸŒธ Sampai air menggelegak, boleh tutup api.

๐ŸŒธ Tunggu sejuk, bolehlah minum. Eh, tapis la dulu, masuk dalam bekas minuman.

Air kunyit untuk minuman kesihatan.
Dapat setengah botol.

Boleh la amalkan. Lelaki dan wanita. Untuk wanita, tak boleh minum setiap hari. Pernah dulu saya minum setiap hari, boleh datang bulan semula, walaupun baru habis period. Kalau rasa badan lain macam je, macam lemah je, selalu tak larat, boleh lah cuba.

Kalau setengah botol (botol saya boleh muat 2.2 liter) macam di atas, saya boleh habiskan dalam sehari. Rasa air kunyit ni, ok. Boleh la telan. 

Kunyit ada sifat anti radang. Halia dan serai pun sama. Limau kasturi ada vitamin C tinggi, boleh mengawal paras gula dan kolesterol dalam darah.

Kesimpulannya, air ni bagus. Tapi, janganlah minum air kunyit ini semata-mata. Kena juga jaga makan dan bersenam, ye. 

Jumpa lagi. ๐Ÿ’—

56 comments:

  1. SA nak cuba buat la...mana tau boleh sihat kembali kan...terima kasih resepinya Nur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama, SA. Cuba, jangan tak cuba. ๐Ÿ˜Š

      Delete
  2. Air kunyit mmg bagus.. dalam kajian bangsa india di malaysia paling kurang kena covid sbb mereka paling bnyk makan kunyit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius la? Wow.. mekasih Encik Time Traveller, share info ni.

      Delete
  3. Ada baca juga tentang air kunyit ni. Memang bagus. Tapi tulah, kalau buat tak pasti boleh telan ke tidak. Tapi bolehlah cuba kan. Tengok orang jual pun boleh tahan mahal juga harganya. Kunyit, serai dan halia ada stok. Cuma limau je tak ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh guna je apa yang ada di rumah. Limau tu, nak bagi sedap je. Boleh telan, Fizah, Insya-Allah. Yang jamu atau makjun tu, lagi beratus kali tak sedap. Air kunyit ni, ok jer.

      Delete
    2. Baik, nanti saya cuba. Nanti nak cari limau nipis.

      Delete
    3. Selamat mencuba, dan semoga memberi kebaikan pada kesihatan Fizah. ๐Ÿ‘๐Ÿ˜Š

      Delete
  4. Saya selalu rendam jer dlm air panas...lepas tu minum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh juga, senang nak minum, dalam gelas terus, kan Sueann.

      Delete
  5. Teringin nak minum tapi itulah takut tak tertelan :( tapi kalau air halia sy pernah la minum. Itu pun hiris & rendam dlm air panas je. Jenis kisar2 ni tak pernah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh telan punya, PH. Lagi-lagi ada letak limau. Ok jer rasanya.

      Delete
  6. Sy pernah buat air rebusan macam ni, tak tertelan. Agaknya Nur punya ni sedap sebab ada jus limau kan. Nanti nak Cuba buat resipi air kunyit Nur ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah, SK. Boleh telan, sebab ada air limau.

      Delete
  7. pernah baca khasiat air kunyit ni. memang bagus especially utk perempuan yg period tak teratur. pastu boleh buat kulit bersih gakk

    ReplyDelete
  8. Bagus sebenarnya minum air kunyit juga air halia. Tapi tu lah bila masuk tekak emmm banyak songehnya lepas tu tak istiqoma almaklumle tak sedap. Bagus info ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab tak sedap tu, kena tolak ke tepi, kak. Sebab nak kan khasiatnya. Hehe..

      Delete
  9. Thanks for sharing Nur. Banyak khasiat nya kunyit ni kan.

    ReplyDelete
  10. Syukur Alhamdulillah…saya yang baca ni pun ikut rasa lega. Tentu berdebar je nak tunggu appointment doktor tu kan.

    Thanks share resepi ni Tot. Kena rajinkan diri buat sesekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Ujie. Masa tu, memang seram. Buat apa pun takde mood. Hari-hari ngaji Yasin, bagi hati tenang.
      Sama-sama, Ujie. Betul, sesekali kena minum juga air kunyit ni.

      Delete
  11. Air halia uncla tahu la... air kunyit ni baru tau... TQ ilmu

    ReplyDelete
  12. pernah nampak orang buat jamu kunyit. Banyak khasiatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Cie. Tapi jamu, saya susah sikit nak telan.

      Delete
  13. belum pernah cuba dan rasa macam best juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best effect dia, Encik Hanafi. Badan jadi bertenaga.

      Delete
  14. Bagus nya..tapi bab ni MA awal2 memang dah surrender ๐Ÿฅด

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo boleh minum kopi kosong tanpa gula, mesti MA boleh minum air kunyit ni, MA. Ok jer rasanya.

      Delete
  15. pernah dgr khasiat air kunyit tp kita tk terminum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok jer rasa dia, Mama Tisya, sebab ada limau.

      Delete
  16. Terima kasih kongsi. Nanti boleh cuba jugak.

    ReplyDelete
  17. terima kasih atas petua yg dikongsi. InsyaAllah sy akan cuba amalkan....

    ReplyDelete
  18. Macam ada kepercayaan orang belum kahwin tidak elok minum air kunyit. Ini sayalah, entah betul entah tidak.
    Apapun tq kongsikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang itu, saya tak pasti sebab tak pernah dengar, NA, orang belum kahwin tak elok minum air kunyit. Tapi masa remaja zaman ada jerawat, teringat arwah mak, selalu suruh letak kunyit kat muka, supaya jerawat hilang. Sama-sama, NA.

      Delete
  19. selalu ammi buat serai, halia & limau. next time boleh letak kunyit juga. kalau dalam pantang arwah mama dulu buatkan air kunyit untuk keringkan darah. dan kalau baby selsema teruk dulu pun memang disagat kunyit hidup tu pastu letakkan di batang hidung biar cepat kering selsemanya.

    kalau orang India (orang dulu2lah) pulak mereka guna kunyit dimuka untuk elakkan jerawat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, saya ada dengar petua selsema tu, letak kunyit hidup atas hidung. Yang petua jerawat pun tahu sejak muda, sebab ramai classmate India muka macam yellowish, sebab letak kunyit kat muka.

      Delete
  20. oo air kunyit mesti pahit mcm air halia jugak.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak la, Wak. Sebab letak air limau, jadi tak rasa pahit pun.

      Delete
  21. Petua ni kena amalkan..akan di cuba ya..terima kasih perkongsian yang baik

    ReplyDelete
  22. Pernah minum campuran kunyit, halia, kencur dan madu, tapi itu jamu kot. Ada orang di LD jual 1.5 liter RM 70.00. Sedap. Tapi harga kayangan lah pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak tu, 1.5 liter. Ha ah, agak mahal harganya. Boleh buat sendiri je, di rumah.

      Delete
  23. Kalau orang Jawa memang selalu la amalkan..tapi, bukan Linda lah..Kikiki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... Linda muda lagi. Nanti dah sampai umur akak, mesti Linda minum juga, air kunyit ni.

      Delete
  24. Kalau di Indonesia, jamu kunyit asam itu banyaaaak sangat diminum oleh wanita aktif di sini, sebab bisa mengurangi sakit senggugut saat haid kak. Saya dibiasakan mama minum jamu kunyit sejak usia 12 tahun , tiap haid. Jadi haid lebih lancar, tak sakit, tak lah bau darah sangat juga.

    Di beberapa hotel berbintang 5 di sini, mereka pun menyediakan jamu kunyit di buffet minuman. Sedaap biasanya. Dingin, asam segar . Pernah Nadia, blogger Ipoh DTG JKT, dan minum kunyit, tapi dia tak suka. Jadi saya yg habiskan ๐Ÿคฃ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow, sedari kecil Fanny sudah diajar minum jamu. Patut Fanny comel je, awet muda. ๐Ÿ˜Š

      Delete
  25. Terima kasih perkongsiannya Tot. Nanti boleh cuba nanti bila kerajinan. AlFatihah untuk ibu Tot

    ReplyDelete