Tarikh: Selasa, 5 Ogos 2025
Resepi campak-campak - Ayam Masak Sos Sardin
🌼Mula-mula, saya goreng ayam yang telah diperap dengan serbuk kunyit.
🌼Kemudian, saya tumis bawang merah, bawang putih, dan cili api hijau. Cili api hijau kat rumah saya, berlambak-lambak. Tak habis-habis lagi. Buat masak sendiri memang terlebih. Cili hijau kecil jenis tak pedas. Siapa datang Manjung, meh singgah rumah saya, ambil cili hijau sikit.
🌼Lepas bahan tumisan di atas sudah layu, saya masukkan sambal jantan 2 sudu makan. Dalam peti ais, ada satu bekas sambal jate (bahasa Kelantan). Dia lain sikit dari sambal belacan, kerana sambal ini tiada belacan, tapi ada cuka. Sedak, wei...
🌼Akhir sekali, saya masukkan kuah sardin dalam tin. Ikan sardin saya sudah guna hari tu, buat inti roti goreng 👉Cerita Hari Isnin
🌼Kacau rata. Perasakan ikut sesedap rasa anda. Saya tak letak apa-apa garam atau cukup rasa. Sebab saya rasa, sudah ok. Siap sudah, ayam masak sos sardin.
Benda yang tidak guna, masuk dalam peti ais. Contohnya, sos sardin dalam tin tu, kan. Bila tak ada idea nak masak apa, kita campak sajalah mana yang berkenaan. Jadi resepi baru. Suami saya cakap sedap! Alhamdulillah.😋
![]() |
Ayam masak sos sardin |
Saya tak makan nasi pada hari itu. Saya IF sampai tengahari. Waktu tengahari, saya makan roti.
![]() |
Pertama kali beli Roti Sommerset Cottage Gardenia. |
Setiap kali makan, saya bakar 2 keping dalam toaster. Kemudian, saya sapu roti dengan peanut butter. Saya letak telur dadar dan pisang yang dihiris.
![]() |
Roti sapu peanut butter dan letak telur dadar bersama pisang. |
Dua hari first meal of the day, hidangan dalam gambar di atas. Kenyang. Saya memang macam ni, ada hari saya tak ada selera makan nasi. Jadi, saya gantikan dengan roti. Masak nasi dan lauk untuk orang lain. Bosan makan masakan sendiri. Time-time macam ni, rindu dengan masakan orang tua, terutama masakan mak, yang sudah tiada.
Orait. Jumpa lagi, ye. 💗
Unik ni masak ayam tapi guna sos sardin.
ReplyDeleteFirst time SA dengar ni...unik betul menu ni...boleh cuba nanti
ReplyDelete