💙 Tarikh: Ahad, 24 Ogos 2025 💙
Saya berkebun sampai pukul 10 pagi. Berkebun ni pun satu kerja yang tak habis-habis juga. Hari ni, merumput area sini. Esok lusa tengok area sana pula rumput mulai panjang. 😁 Tapi tetap buat juga, sebab suka jaga tanaman dan ia satu aktiviti yang sihat. Berpeluh dan kadang, macam latihan angkat beban juga. Angkat pasu dan tanah ke sana sini. Alhamdulillah.
Biasanya, saya gantung kuali hari Ahad. Aktiviti hari Ahad, terbongkang depan TV sambil baca suratkhabar Ahad. Kena beli Mingguan Malaysia, yang ada sisipan Pancaindera. Baru tahu gosip artis. 🙈 Kalau masak pun hari Ahad, masak maggi. Tapi sebab nak kurangkan makanan proses, paksa diri masak juga la pada hari itu.
Masak apa tu?
![]() |
Saya balut ikan dengan daun kunyit. |
Bakar dalam kuali non-stick. Tak guna minyak. Masa ni la saya terfikir, apasal la aku tak tanam pokok pisang kat rumah. Boleh juga guna daun pisang buat bakar ikan. Tapi bila mengenangkan rumah ini laluan beruks, tak jadilah nak tanam pokok pisang atau apa-apa pokok berbuah. Pokok sayur pun depa boleh curi hasil.
Ikan apa ni yek? Rasanya, nama ikan ni, ikan kerisi. Kalau salah, saya minta maaf. Saya tahu beli ikan je, nama ikan saya tak reti sangat.
![]() |
Siap, ikan bakar daun kunyit! |
Sungguh wangi bau daun kunyit. Saya buat cili kicap juga.
![]() |
Jemput makan! |
Lauk ayam sambal masak semalamnya dalam peti ais masih ada, jadi saya panaskan. Saya kutip ulam raja masa berkebun pagi tadi. Alhamdulillah... rejeki.
Jumpa lagi, ye. 💗
sedap tu, plus haruman daun kunyit tu..extra sedap..alhamdulillah
ReplyDeleteDolu2 kalau hari ahad memang pergi kedai beli mingguan malaysia dan berita minggu. Lepas tu beli sarapan sekali sebab bila balik dah ada sarapan dan boleh membelek kedua akhbar sambil layan melodi. hehehehe santai sungguh kan kalau hari ahad.
ReplyDeletebila bakar ikan ada balut dgn daun tu..aromanya semerbak
ReplyDeleteWow..Sedap nih..Ulam raja tu mmg ngam la =S
ReplyDeletehaah ikan kerisi tu. saya pun masak ikan tu buat bekal harini. kita goreng jerr
ReplyDeletebestnya makan ikan bakar ngan ulam raja! menu sihat
haah ikan kerisi tu. saya pun masak ikan tu buat bekal harini. kita goreng jerr
ReplyDeletebestnya makan ikan bakar ngan ulam raja! menu sihat
Sedapnya Nur ikan balut daun kunyit tu,
ReplyDelete