💙 Tarikh: Ahad, 24 Ogos 2025 💙
Saya berkebun sampai pukul 10 pagi. Berkebun ni pun satu kerja yang tak habis-habis juga. Hari ni, merumput area sini. Esok lusa tengok area sana pula rumput mulai panjang. 😁 Tapi tetap buat juga, sebab suka jaga tanaman dan ia satu aktiviti yang sihat. Berpeluh dan kadang, macam latihan angkat beban juga. Angkat pasu dan tanah ke sana sini. Alhamdulillah.
Biasanya, saya gantung kuali hari Ahad. Aktiviti hari Ahad, terbongkang depan TV sambil baca suratkhabar Ahad. Kena beli Mingguan Malaysia, yang ada sisipan Pancaindera. Baru tahu gosip artis. 🙈 Kalau masak pun hari Ahad, masak maggi. Tapi sebab nak kurangkan makanan proses, paksa diri masak juga la pada hari itu.
Masak apa tu?
![]() |
| Saya balut ikan dengan daun kunyit. |
Bakar dalam kuali non-stick. Tak guna minyak. Masa ni la saya terfikir, apasal la aku tak tanam pokok pisang kat rumah. Boleh juga guna daun pisang buat bakar ikan. Tapi bila mengenangkan rumah ini laluan beruks, tak jadilah nak tanam pokok pisang atau apa-apa pokok berbuah. Pokok sayur pun depa boleh curi hasil.
Ikan apa ni yek? Rasanya, nama ikan ni, ikan kerisi. Kalau salah, saya minta maaf. Saya tahu beli ikan je, nama ikan saya tak reti sangat.
![]() |
| Siap, ikan bakar daun kunyit! |
Sungguh wangi bau daun kunyit. Saya buat cili kicap juga.
![]() |
| Jemput makan! |
Lauk ayam sambal masak semalamnya dalam peti ais masih ada, jadi saya panaskan. Saya kutip ulam raja masa berkebun pagi tadi. Alhamdulillah... rejeki.
Jumpa lagi, ye. 💗



sedap tu, plus haruman daun kunyit tu..extra sedap..alhamdulillah
BalasPadamAlhamdulillah, MA. Sedap, masak di rumah juga puas hati.
PadamDolu2 kalau hari ahad memang pergi kedai beli mingguan malaysia dan berita minggu. Lepas tu beli sarapan sekali sebab bila balik dah ada sarapan dan boleh membelek kedua akhbar sambil layan melodi. hehehehe santai sungguh kan kalau hari ahad.
BalasPadamHehe, sama kita, kak. Nikmat Sunday morning, baca paper, tengok Melodi dan kalau ada kopi, lagi terangkat!
Padambila bakar ikan ada balut dgn daun tu..aromanya semerbak
BalasPadamBetul, Mama Tisya.
PadamWow..Sedap nih..Ulam raja tu mmg ngam la =S
BalasPadamAlhamdulillah, sedap, Nieza.
Padamhaah ikan kerisi tu. saya pun masak ikan tu buat bekal harini. kita goreng jerr
BalasPadambestnya makan ikan bakar ngan ulam raja! menu sihat
Ikan kerisi goreng pun sedap, Mazni. Garing. Alhamdulillah.
Padamhaah ikan kerisi tu. saya pun masak ikan tu buat bekal harini. kita goreng jerr
BalasPadambestnya makan ikan bakar ngan ulam raja! menu sihat
Sedapnya Nur ikan balut daun kunyit tu,
BalasPadamSedap, Mulan. Alhamdulillah.
PadamSodappnyer mak masak.. hehehe
BalasPadamHehe.. Alhamdulillah, Wak. Boleh la, buat makan famili sendiri.
PadamSaya sukaaa sangat daun kunyit. Memang harum ya kak. Selama ini tak tahu, tp mama kemudian ajarkan masak gulai pakai daun kunyit, laku ada juga tumis daun kunyit yg dikirim halus, ternyata sedaaap ya Allah. 🤤😍😍. Sejak itu jadi suka beli daun kunyit
BalasPadamBetul, Fanny. Wangi aroma daun kunyit ni, jika diguna dalam masakan.
PadamAduh sedapnya ikan bakaq balut daun kunyit. Aroma dia tu yg memikat selera. Makan dgn nasi panas² mmg sedap
BalasPadamBetul, PH. Memang sedap.
PadamIkan pun pandai selimut....
BalasPadamHehe.. ikan sejuk, uncle. Tu kita selimutkan.
PadamBetul, mak saya di kampung tu inilah aktiviti dia. Ada je kerjanya. Bagus juga ada aktiviti yang menyihatkan badan. Alhamdulillah.
BalasPadamHari Sabtu dan Ahad hari untuk berehat dari masak.
Ya, ikan kerisi. Saya suka goreng garing, sedap! Bakar macam ni belum pernah lagi. Sedap tu bungkus dengan daun kunyit. Kalau ditambah luarnya bungkus dengan daun pisang lagi sedap kan. Bila ada musuh tanaman ni buat kita rasa malas pulak nak tanam kan. Jadi sia-sia je nanti.
Daun kunyit saya tanam pun ada ada 2 helai cenonet je. Semalam dan guna masak sup cendawan tiram. Segan-segan nak hidup, tak dapatlah nak buat bakar bungkus daun kunyit. hihi...
Sedap digandingkan cicah dengan sambal kicap. Ada ulam raja lagi tu. Berselera makan gini Kak Nur. Ulam raja tu cepat merebak kan tumbuh anak pokok. Kena rajin petik juga supaya dia tak tumbuh tinggi.
Bagus mak Fizah. Berkebun memang boleh sihatkan badan dan release tension juga.
PadamHehe... kalau ada kunyit tua, boleh cuba semai dalam pasu, Fizah.
Betul, ulam raja senang hidup dan biak. Ulam paling senang, kalau ada di rumah.
Kerja di tumah takkan ada hentinya kan..ada saja, no satu memasak untuk seisi family..hebat memasakj, pasti disayangi semua..sedap nampak ikan tu..wangi apabila ada daun..
BalasPadamYe, Cikgu.
PadamRumah saya ini banyak pokok pisang. Ala sayang pula tidak dapat tanam sebab beruk.
BalasPadamKalau dekat, dah datang rumah NA, ambil sikit daun pisang. Hehe..
PadamBila berkebun dna tanam macam- macam sayur..jadi jimat kan..x ramai pun kat rumah dan dah tentu ada yang x makan sayur...ye betul..itu ikan kerisi...SA kurang suka sebab isinya tawar...apapun semua hidangan nampak sedap dan pasti sedap..SA ni lama dah x masak...weekend je...bawak bekal pun dah malas dah sekarang...
BalasPadamOk juga tu SA. Weekend masak. Takpe, rehat-rehat dulu SA. Nanti akan datang kembali semangat bawa bekal tu, Insya-Allah.
PadamWahhhhh sedapnya ikan bakar balut daun kunyit. Awesome dalam masa yang sama makanan sihat. Daun kunyit yang KSarie tanam telah meninggalkan dunia yang fana ini dimakan dek si Putihah. Hahahaha lama dah tak dengar Pancaindera. Dulu memang menjadi rebutan sebab terpaling nak tau gossip terkini
BalasPadamAlamak... budak Putihah nak kena cubit, makan daun kunyit. 😂
PadamSaya terturun tabiat arwah mak saya, KSarie, hari Ahad je, cari Pancaindera. Sebelum keluar kedai, kena belek dalam Mingguan tu, ada tak Pancaindera. Takut tercicior.
Rajinnya berkebun, mesti halaman kemas. Saya ni tak biasa dan tak rajin walhal kalau nak berkebun boleh buat depan rumah je.
BalasPadamHobi yang menenangkan fikiran, berkebun. 😊 Terima kasih singgah blog saya, dan salam kenal, Ruggedmom.
Padamtergiur sekali dengan ikan bakarnya. Belum pernah coba membakar ikan dengan membungkusnya menggunakan daun kunyit. mungkin lain waktu bisa coba resep ini.
BalasPadamSatu alternatif, Mbak, jika kita tiada daun pisang, boleh guna daun kunyit.
PadamPenuh kaya dengan aroma kunyit bila balut ikan dibuat bakar... ala tanam jer pokok pisang.. beruk kacau time ada buah jer.. ke tidak? hahahaa
BalasPadamNanti berebut buah dengan cik nyet. Malas la. 😁
PadamHari tu, dah berebut terung dengan deme.
Wangi lah ..hingga ke Sabah tau,,hehe..memang hebat masak stim ja ..terbaik
BalasPadamHehe.. Alhamdulillah, cikgu. Masak cara sihat, sekali-sekala.
Padam