Gambar makanan

 Assalamualaikum, semua... 😊

Alamak, semalam saya tak sempat nak blogwalking ke rumah kome. Nanti saya cuba jalan sikit-sikit bila free, ya. Ada banyak urusan luar semalam.

Entri kali ini, saya nak berkongsi gambar makanan yang saya ambil dari beberapa tempat yang saya sempat snap. Ha, jom tengok...

Nasi kandar beratur 786 Kampar
Nasi Kandar Beratur 786 Kampar. 28 Oktober 2025.

Minta nasi separuh saja. Lauk, ikan keli goreng, bendi dan telur masin. Ikan keli garing dan sedap.

Pinggan nasi kandar suami saya.
Ini pinggan suami saya.

Sama pula, dua-dua ambil lauk ikan. Cuma suami sayurnya, kobis, dan nasi penuh. Surrrr.....

Ayam goreng berlengas
Ayam goreng berlengas, you...

Pertama kali saya masak lauk ayam goreng berlengas, iaitu pada 27 Oktober 2025 yang lepas. Tak tahu pula saya, senang je nak masak lauk ni. Lain kali bolehlah masak lagi. Sedap pula tu. Masuk bakul angkat sendiri.

Murtabak daging
Ini murtabak daging.

Saya perangat murtabak yang dibeli kat pasar malam. Makan sarapan. Bila perangat, dia jadi lebih sedap sebab kulit dia sedikit rangup. Huuu... 😋

Spagetti goreng
Ini pula spagetti.

Saya masak spagetti goreng pada 20 Oktober 2025. Masak macam nak goreng mi. 

Alhamdulillah. Nikmat dapat makan sedap-sedap.

Hari ni sarapan kome nak makan apa? Saya tak pasti lagi ni. Entah-entah kena keluar rumah lagi hari ni.

Ok. Jumpa lagi, ye. 💗

Post a Comment

15 Comments

  1. Penasaran dengan rasa ayam goreng berlengas tu

    ReplyDelete
  2. Eh, kenapa saya baru tahu kedai nasi kandar ada ikan keli goreng jugak. hihi..gaya goreng dia macam ayam goreng juga ye.
    Ayam goreng berlengas sedap, suka macam lauk style macam ni. Dia tak berkuah sangat sebab bukan jenis makan banjir².
    Alhamdulillah dapat menikmati makan sedap-sedap.

    ReplyDelete
  3. ayam goreng belengas mmg mudah...1 lauk tu mkn ngan nasi panas2 mmg yummy

    ReplyDelete
  4. Lama plak x makan nasi kandar...hari tu makan yang kat Ipoh, yang nasi dia warna kuning tu and lauk popular dia ayam bawang....dapnyaaaaa.......

    ReplyDelete
  5. hari ni sarap kat kedai sambil minum kopi sorang sorang

    ReplyDelete
  6. Hari ini sarapan luar: laksa utara dan teh tarik.
    Alhamdulillah dapat makan sedap-sedap.

    ReplyDelete
  7. ayam goreng berlengas....resepi baru ke tak pernah dengo. Mesti ayamnya berpeluh2

    ReplyDelete
  8. Sy belum pernah masak ayam belengas, daging belengas jer pernah tapi kalau nak repeat balik kena jugak tengok semula resipi, hihi. Sedapnya spaghetti dan nasi kandar.

    ReplyDelete
  9. hari nie makan roti canai beli dekat kafe je.. malam tadi masak nasi impit dengan rendang ayam, ada lagi,,,bawa je lauk tengah hari lah...kikiki

    ReplyDelete
  10. Sekarang sebelum makan kena amek gambar makanan dulu.

    ReplyDelete
  11. terliurnya tengok nasi kandar...dekat sini belum jumpa yang rasa surrrr

    ReplyDelete
  12. Tengok murtabak daging teringat bulan puasa dah dekat...

    ReplyDelete
  13. Isssh, di Malaysia kemarin saya cuma 1x makan nasi kandar, di Ipoh, tp bukan yg terkenal pula. Sebab baru tahu di Ipoh kedai makan banyak tutup jelang sore 😅😅. Jadi semua nasi kandar yg saya nak coba, dah tutup Krn saya plannya makan malam 🤣🤣.

    Untung ada 1 yg buka, tapi bukan terkenal saya rasa. Nasi kandar Bharkat. Sedap sih, tapi kecewa lauk dah banyak habis 🤣🤣🤣🤣. Jadi seadanya saja

    ReplyDelete
  14. sedapnya menu tu. pagi td sy mkn nasi kerabu shj.

    ReplyDelete