Makan di kedai sup

 Assalamualaikum, semua... Selamat pagi. 😊 Harap pembaca sekalian sihat-sihat dan ceria selalu.

Entri kali ini, saya nak kongsi tentang saya dan suami pergi makan sup sedap, di Kuala Kangsar. Jika suami tidak kerja pada hari Ahad, dan ada mood untuk berjalan jauh makan angin, kami akan ke Pasar Pagi Terpanjang Kuala Kangsar. 

Selain beli makanan di pasar pagi, kami singgah di satu kedai sup ini, untuk bersarapan. Sarapan pun tak berapa awal juga, dalam pukul 9 lebih. Sebab dari rumah nak ke Kuala Kangsar pun, ambil masa lebih sejam, bergantung pada keadaan trafik. 

Cerita pada 2 November 2025

Sup campur
Sup campur 

Makan di kedai sup ini, perlu sabar, sebab agak lama makanan nak sampai. Orang yang sama ambil pesanan, orang yang sama memasak di dapur. Tapi jika perut tak lapar sangat, tak apa. Sebab memang berbaloi tunggu, kerana sup dia sangat sedap! 😋 Sup campur yang kami pesan ini, ada perut, keting dan daging. Lembut semuanya, macam dimasak lama. Hirup pula panas-panas. Masya-Allah, cerah biji mata.

Nasi putih separuh dan telur dadar
Saya pesan nasi putih separuh dan telur dadar.

Bahagian urat keting
Ini bahagian keting lembu.

Lembut je. Keting itu, bahagian kaki lembu. Bahagian ini, mengikut carian google, kaya dengan kolagen, sering dipanggil urat keting atau tendon. Tekstur ia kenyal dan lembut bila dimasak lama. Sedap sangat, tau. Membuatkan kami datang lagi lain minggu, ulang makan semula di sini. 

Ulang kali kedua 16 November 2025

Masa kali pertama kami datang, saya lupa nak ambil gambar kedai. Ini gambar kedainya, ambil waktu kali kedua kami datang.

Sup Pantai Timur, Kuala Kangsar
Sup Pantai Timur

"Kedai Sup Pantai Timur. Utara Selatan Champa", tertulis di papan tanda kedai. Lokasi dalam kawasan Pasar Pagi Terpanjang Perak, Persiaran Prima, Kuala Kangsar.

Saya tulis lagi sekali, kena sabar menunggu ya, di kedai ini. Tunggu makanan sampai lebih 10 minit. Tunggu nak bayar pun 10 minit. Ada dua orang sahaja kakitangan kedai. Kami pesan makanan yang sama juga.

Sup campur
Sup campur baru sampai

Ada lah beberapa bahan tambahan kita boleh letak, mengikut citarasa masing-masing.

Sup selepas campur chilli oil dan kicap cili
Sup selepas letak cili oil, kicap cili, chilli flakes dan lain² bahan tambahan.

Suami saya suka campur bahan-bahan tambahan ini semua. Saya lebih suka letak chilli oil saja. Tapi bila tambah semua dan campur, TING... Masya-Allah, tak tahu nak kabor camana... kome kena try sendiri la. Kami bagi 5 bintang, sup campur dia. ⭐⭐⭐⭐⭐

Nasi separuh dan telur dadar
Nasi separuh dan telur dadar

Saya pesan nasi separuh pinggan dan telur dadar juga. Kalau kome tak mahu makan nasi, ada bihun, kuetiau dan mi sup juga.
Awal tadi sebelum hidangan sup kami sampai, jamah dulu makanan beli di pasar pagi.

Apom lenggang
Apom lenggang

Harga 5 keping RM4.

Wantan mini crab
Wantan mini crab

Harga 15 ketul, RM5. Yang ni tak tahu lah dia buat camana. Beli pagi, tak habis makan dalam kereta, balik rumah sambung makan, masih rangup kulit wantan. 

Alhamdulillah. Sekian perkongsian kami makan sup sedap di Kuale. 

Jumpa lagi, ye. 💗

Post a Comment

6 Comments

  1. Ada kudapan makanan sementara tunggu sup siap.
    Lama saya tidak makan di kedai Champa. Merekapun ada jual makanan bersup begini juga.

    ReplyDelete
  2. sup memang feveret la.. terutama sup daging. kena pulak panas-panas.

    ReplyDelete
  3. bila makan sup..wajib ada telur dadar..sedap keting tu

    ReplyDelete
  4. Memang nampak menggoda sup campur tu, telur dadarnya pun nampak sedap. Dah la sekarang ni sedang hujan di Perlis, terus terasa sedapnya kalau hidangan ni ada depan mata saya 😋😀

    ReplyDelete
  5. Ada telur dadar panas-panas baru keluar dari kuali memang sedap sangat makan dengan nasi. Ada temannya, sup campur pula memang gandingan mantap Nur. Selamat menjamu selera (pinjam ayat Wak Petani Warisan).

    ReplyDelete