Tuesday, November 11, 2025

Mencuba Kopi 7-Eleven

 Assalamualaikum semua... harap pembaca semua hari ini sihat-sihat belaka.

Pada 24 Oktober yang lepas, saya ada pergi 7-Eleven di pagi hari. Nak guna promosi beli kopi 1, percuma 1. Sebelum itu di rumah, saya sempat berkebun sekejap saja, sebab hujan turun.

Tiada orang dalam 7-Eleven. Saya terus tunjuk pada adik belakang kaunter, nak kopi tu, buy 1 free 1, dan cakap kopi apa saya nak.

Dia tanya, kopi nak ada gula tak? 

Dua-dua kopi, saya tak nak gula.

Americano panas 7-Eleven
Americano panas.

Untuk saya. 

Latte ais 7-Eleven
Latte ais.

Untuk suami. Eh, suami dah minum sikit tu, dalam gambar.

Buy 1 coffee, free 1 coffee 7-Eleven
Sempena bulan Kopi Antarabangsa.

Beli 1, percuma 1 kopi. Dah habis sudah promosi ini, pada 31 Oktober yang lepas.

Bayar RM2.90 sahaja, untuk dua cawan kopi kegemaran kami pada hari itu. Alhamdulillah... murah, murah.

Baiklah. Jumpa lagi, ye. 💗

10 comments:

  1. Ye syok masa ada promo tu. Banyak dapat voucher.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.. Cie mesti banyak kumpul voucher ni, sebab banyak dah beli kopi 7-Eleven kan.

      Delete
  2. Dekat 7e sini, macam tak nampak pula tempat buat kopi dia.. jadi, takde lah merasa

    ReplyDelete
  3. Sy tak rebut peluang ni. Jarang2 masuk 7e pun ye juga

    ReplyDelete
  4. Untung Tot sempat rebut peluang. Murah sangat tu 2 cawan kopi tak sampai RM3.

    ReplyDelete
  5. Sy tak sempat cuba pun... Tapi ice latte tu ramai suka kan

    ReplyDelete
  6. Bila ada promo pasti murah harganya kan...

    ReplyDelete