Mencuba Kopi 7-Eleven

 Assalamualaikum semua... harap pembaca semua hari ini sihat-sihat belaka.

Pada 24 Oktober yang lepas, saya ada pergi 7-Eleven di pagi hari. Nak guna promosi beli kopi 1, percuma 1. Sebelum itu di rumah, saya sempat berkebun sekejap saja, sebab hujan turun.

Tiada orang dalam 7-Eleven. Saya terus tunjuk pada adik belakang kaunter, nak kopi tu, buy 1 free 1, dan cakap kopi apa saya nak.

Dia tanya, kopi nak ada gula tak? 

Dua-dua kopi, saya tak nak gula.

Americano panas 7-Eleven
Americano panas.

Untuk saya. 

Latte ais 7-Eleven
Latte ais.

Untuk suami. Eh, suami dah minum sikit tu, dalam gambar.

Buy 1 coffee, free 1 coffee 7-Eleven
Sempena bulan Kopi Antarabangsa.

Beli 1, percuma 1 kopi. Dah habis sudah promosi ini, pada 31 Oktober yang lepas.

Bayar RM2.90 sahaja, untuk dua cawan kopi kegemaran kami pada hari itu. Alhamdulillah... murah, murah.

Baiklah. Jumpa lagi, ye. 💗

Post a Comment

30 Comments

  1. Ye syok masa ada promo tu. Banyak dapat voucher.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.. Cie mesti banyak kumpul voucher ni, sebab banyak dah beli kopi 7-Eleven kan.

      Delete
  2. Replies
    1. ada GERD ke, Wak? Takpe, air lain banyak lagi.

      Delete
  3. Dekat 7e sini, macam tak nampak pula tempat buat kopi dia.. jadi, takde lah merasa

    ReplyDelete
  4. Sy tak rebut peluang ni. Jarang2 masuk 7e pun ye juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gitu. Saya pun kebetulan ternampak, sebab selalu pergi kedai sebelah. Itu yang try tu.

      Delete
  5. Replies
    1. Kannn.... kopi paling murah la, pernah try.

      Delete
  6. Untung Tot sempat rebut peluang. Murah sangat tu 2 cawan kopi tak sampai RM3.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa, sempat la merasa. Alhamdulillah. Murah dan sedap.

      Delete
  7. Replies
    1. Takpe, lain kali mana tahu, dia buat promosi lagi.

      Delete
  8. Sy tak sempat cuba pun... Tapi ice latte tu ramai suka kan

    ReplyDelete
  9. Bila ada promo pasti murah harganya kan...

    ReplyDelete
  10. utk yg minum kopi, memang berbaloi. bayar rm2.9 jeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, consider sangat murah banding beli di tempat lain.

      Delete
  11. Kalau travel tak ada pilihan kopi lain, beli juga kopi 7E ni. Murah dan boleh tahan sedap juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oooo ye ke... Zus pun banyak cawangan. Akak kalau tempat lain, bila buka app Zus, on location, jadi dia boleh suggest kita cawangan terdekat.

      Delete
  12. Ihhhh murahnya 😍😍😍. Itulah menyesal saya, tak sempat kak ke Sevel saat kemarin di Ipoh, KL dan Putrajaya. Padahal saya dah niaaaat, nak ke Sevel, mau coba kopi dan cari roti burger Thailand itu. Ternyata padat pula ketemu teman2, jadi terlupa cari Sevel 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. lain kali ya, Fanny. Kena cari hotel dekat location Sevel la macam tu next time, Fanny. 😁

      Delete
  13. Aik murahnya. Satu jatuh RM1.45

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la. Kopi 7-Eleven memang paling murah, NA, banding tempat lain.

      Delete
  14. Wahhhhh murahnyaaaaa.....tapi itu la udah abis pula promosinya ye. Kalau tak baca blog Tot ni tak tau pun ada promosi no😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... itulah, saya pun kebetulan ternampak sebab lalu depan7-Eleven, ada poster besar depan pintu. Kalau tak, saya pun tak tahu.

      Delete
  15. Murah juga ya kopi 7-Eleven. Kalau minum panas-panas waktu hujan, layan juga ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Encik. Memang kopi paling murah, 7-Eleven la.

      Delete