Assalamualaikum semua... harap pembaca semua hari ini sihat-sihat belaka.
Pada 24 Oktober yang lepas, saya ada pergi 7-Eleven di pagi hari. Nak guna promosi beli kopi 1, percuma 1. Sebelum itu di rumah, saya sempat berkebun sekejap saja, sebab hujan turun.
Tiada orang dalam 7-Eleven. Saya terus tunjuk pada adik belakang kaunter, nak kopi tu, buy 1 free 1, dan cakap kopi apa saya nak.
Dia tanya, kopi nak ada gula tak?
Dua-dua kopi, saya tak nak gula.
![]() |
| Americano panas. |
Untuk saya.
![]() |
| Latte ais. |
Untuk suami. Eh, suami dah minum sikit tu, dalam gambar.
![]() |
| Sempena bulan Kopi Antarabangsa. |
Beli 1, percuma 1 kopi. Dah habis sudah promosi ini, pada 31 Oktober yang lepas.
Bayar RM2.90 sahaja, untuk dua cawan kopi kegemaran kami pada hari itu. Alhamdulillah... murah, murah.
Baiklah. Jumpa lagi, ye. 💗



Ye syok masa ada promo tu. Banyak dapat voucher.
BalasPadamWah.. Cie mesti banyak kumpul voucher ni, sebab banyak dah beli kopi 7-Eleven kan.
Padamwak xleh minum kopi., huhu
BalasPadamada GERD ke, Wak? Takpe, air lain banyak lagi.
PadamDekat 7e sini, macam tak nampak pula tempat buat kopi dia.. jadi, takde lah merasa
BalasPadam7-Eleven Cafe je ada kopi ni, Linda.
PadamSy tak rebut peluang ni. Jarang2 masuk 7e pun ye juga
BalasPadamGitu. Saya pun kebetulan ternampak, sebab selalu pergi kedai sebelah. Itu yang try tu.
PadamPerghhh.. berbaloi² betullah.
BalasPadamKannn.... kopi paling murah la, pernah try.
PadamUntung Tot sempat rebut peluang. Murah sangat tu 2 cawan kopi tak sampai RM3.
BalasPadamHaa, sempat la merasa. Alhamdulillah. Murah dan sedap.
PadamLaaa terlepas, tiada rezeki
BalasPadamTakpe, lain kali mana tahu, dia buat promosi lagi.
PadamSy tak sempat cuba pun... Tapi ice latte tu ramai suka kan
BalasPadamHa ah, betul.
PadamBila ada promo pasti murah harganya kan...
BalasPadamYe, SA, betul.
Padamutk yg minum kopi, memang berbaloi. bayar rm2.9 jeee
BalasPadamBetul, consider sangat murah banding beli di tempat lain.
PadamKalau travel tak ada pilihan kopi lain, beli juga kopi 7E ni. Murah dan boleh tahan sedap juga.
BalasPadamOooo ye ke... Zus pun banyak cawangan. Akak kalau tempat lain, bila buka app Zus, on location, jadi dia boleh suggest kita cawangan terdekat.
PadamIhhhh murahnya 😍😍😍. Itulah menyesal saya, tak sempat kak ke Sevel saat kemarin di Ipoh, KL dan Putrajaya. Padahal saya dah niaaaat, nak ke Sevel, mau coba kopi dan cari roti burger Thailand itu. Ternyata padat pula ketemu teman2, jadi terlupa cari Sevel 🤣
BalasPadamHehe.. lain kali ya, Fanny. Kena cari hotel dekat location Sevel la macam tu next time, Fanny. 😁
PadamAik murahnya. Satu jatuh RM1.45
BalasPadamItu la. Kopi 7-Eleven memang paling murah, NA, banding tempat lain.
PadamWahhhhh murahnyaaaaa.....tapi itu la udah abis pula promosinya ye. Kalau tak baca blog Tot ni tak tau pun ada promosi no😅
BalasPadamHehe... itulah, saya pun kebetulan ternampak sebab lalu depan7-Eleven, ada poster besar depan pintu. Kalau tak, saya pun tak tahu.
PadamMurah juga ya kopi 7-Eleven. Kalau minum panas-panas waktu hujan, layan juga ya
BalasPadamBetul, Encik. Memang kopi paling murah, 7-Eleven la.
Padam