Hujan seharian dari pagi di tempat saya. Sekejap lebat, sekejap renyai. Disertai dengan angin juga. Mungkin di kawasan rendah sudah dinaiki air. Baca dalam suratkhabar hari ni, ramai pelancong dari negara kita terperangkap di HatYai, sebab di sana sudah dinaiki air. Semoga pembaca semua selamat hendaknya, walau di mana berada.
Saya nak kongsikan beberapa gambar yang saya ambil semasa dalam perjalanan ke Pasar Pagi Selasa Kampung Gajah, Perak.
Gambar diambil pada 4 November 2025 yang lepas.
![]() |
| Kawasan hendak memasuki highway WCE |
Kawasan penanaman anak pokok sawit. Luas kawasan ini. Langit mendung. Pembawakan dari zaman berlari, bila lalu kawasan sebegini, saya selalu terfikir, mesti best kalau dapat lari di kawasan itu.
![]() |
| Sawah padi di Seberang Perak |
Ada bangau putih kelihatan dalam gambar di atas. Ada kawasan, boleh nampak penggunaan dron di kawasan sawah padi. Tak tahu saya, untuk sembur baja atau racun. Dron saiz agak besar.
![]() |
| Kampung Gajah. Kampungku, Warisanku. |
Eh, kelihatan burung sedang terbang dalam gambar di atas. Musim durian. Asyik bau durian saja, jika buka tingkap bila memandu.
Bila banyak kali pergi pasar pagi di beberapa tempat ini, kami perasan yang peniaga sama saja yang berniaga. Jadi, mereka pun sudah kenal kami. Contoh yang jual kacang rebus, sudah kenal suami saya. Kadang nampak kami di Pasar pagi Sabtu di Bota Kanan. Kadang nampak kami di Pasar pagi Selasa di Kampung Gajah. Hehe.. apa pun, kami banyak beli makanan saja. Bahan mentah, jarang beli. Kadang ada beli pokok. Kadang kalau jumpa barang rare, kami beli juga.
![]() |
| Jalan pintas dari Kampung Gajah ke Sitiawan |
Ramai orang tak tahu lagi jalan ni. Kami pun kebetulan terjumpa masa ikut jalan ke Lambor Kanan. Memang singkat masa perjalanan, banding ikut Lekir dan Seberang Perak atau ikut jalan dari Manjung ke Ipoh. Cuma jalan ini akan keluar ke perumahan Bandar Baru Setia Awan Perdana. Agak lengang, tapi tak boleh memandu laju, sebab kadang ada traktor melintas dari kiri ke kanan. Jalanraya diapit oleh ladang kelapa sawit.
Itulah, sini tiada kesesakan. Kalau ada kesesakan jalanraya, mesti sebab kemalangan. Pemandangan pun cantik, bagi saya.
Sekian perkongsian.
Jumpa lagi, ye. 💗




2 Comments
Peniaga pasar malam ni memang mereka jenis meniaga banyak tempat, kan, sebab pasar malam bukan hari² di tempat yg sama. Tapi, rupanya ada pelanggan yg berjalan pasar malam ikut giliran juga. Allah, macam mana nak terangkan ek. faham² aje la Komen sy ni, hihi.
ReplyDeleteLipis pun seharian hujan hari ni. Kalau non stop camni biasanya banjir.
ReplyDelete