Assalamualaikum, semua... selamat pagi. 😊
Pagi ni, masih hujan. Sudah tiga hari hujan di tempat saya. Semalam reda sikit, saya rasa ada dalam setengah jam lebih kurang pukul 10 pagi, hujan berhenti. Kemudian, hujan turun semula. Banjir yang mula surut di beberapa kawasan rendah, naik semula bila tiba waktu malam. Kesian pada orang yang rumahnya dimasuki air. Penat angkat barang tak habis lagi, air nak masuk rumah semula. Pagi ini, baru sebentar tadi, pintu dapur terbuka sendiri. Angin. Sempat saya keluar rumah, jalan di bahagian tepi rumah. Pokok serai saya ada bahagian rebah ke bumi. Semalam masa kami jalan naik kereta ke pekan Lumut, pun ada pokok di lereng bukit yang tumbang, mengakibatkan jalan dapat dilalui sehala saja. Kalau hujan saja, ok. Bila ada angin ni, saya pun kadang ada rasa takut juga. Saya perhati je keadaan di luar. Lebih-lebih lagi bila saya ada di tingkat atas rumah, boleh nampak lebih jelas. Biasanya, angin datang dari depan. Sebab itu, saya tutup bahagian bawah pintu balkoni, supaya air tempias hujan tidak masuk. Tapi hujan kali ini, angin bertiup dari tepi. Boleh nampak arah hujan turun. Tak boleh jangka. Bila angin disertai hujan lebat, kawasan yang tak bocor pun, air boleh masuk. Sepanjang saya tinggal di Lumut ini, inilah pertama kali hujan turun sampai tiga hari. Biasanya, sini hujan sekejap sekejap saja, sebab kawasan tepi laut. Saya tengok video orang rakam laut di Pantai Remis, kuat ombak menghempas, sampai kena kedai orang.
Semalam yang di Shah Alam pun teruk juga, kan, di KL ada tanah runtuh, kena rumah orang. Semoga semua pembaca sekalian selamat hendaknya.
Hari ini Sulaiman paper Bahasa Melayu SPM. Semoga berjaya kepada anak Puan Hazel, anak Ammi, anak Mama Yan juga, juga kepada semua anak-anak yang hadapi SPM. Semoga dapat jawap dengan tenang. Sulaiman dihantar oleh bapanya ke sekolah hari ni. Sebab hujan masih tak berhenti. Nanti basah pula masuk dewan peperiksaan. Nanti balik petang, mama ambil. Biasa dia pergi sekolah sendiri, naik motor.
![]() |
| Sarapan saya pada 7 November 2025 yang lepas. |
Inilah sarapan yang saya nak amalkan. Ada sumber protein dari telur dan serat dari sayur. Itu saja. Tapi idok ler saya boleh buat hari-hari, kerana saya ini seorang yang tidak kuat. Sering tergoda dengan makanan sedap-sedap di luar sana.
Kadang-kadang, rasa marah dengan diri sendiri, dan menyesal juga, lepas makan nasi yang portionnya berbukit. Contoh macam semalam, pagi sudah sarapan nasi berlauk ayam bakar. Tengahari pula, saya makan nasi goreng cina selambak dengan telur mata. Alhamdulillah, rezeki. Padahal saya sudah tidak minum air manis. Nasi adalah dalam kategori gula juga, nasi adalah rantaian gula yang panjang. Itu sebab doktor tak bagi pesakit kencing manis makan nasi. Kena kawal makan, sebab hari Khamis ini, saya ada ujian darah di hospital. Patutnya, seminggu lagi sudah kawal makanan. Tapi itulah, saya ini tak kuat. Huuuuuu......
Ok la. Nak stop sekejap, pergi bersenam. Apakah senaman alternatif jika kita tidak boleh berjalan di luar kerana hujan? Jom kita buka youtube, ikut indoor walking exercise.
Jumpa lagi. 💗

7 Comments
Skrg aerodance dh trending pulak.. boleh buat ikut YT... hehehe... masih hujan lg ke kat sana?
ReplyDeletesamalah dengan ammi...tidak kuat nak makan makanan sihat sepanjang masa. berat pun semakin menjauh dari angka yang diinginkan.
ReplyDeletesemoga anak-anak kita dapat menjawab dengan baik.
Good luck anak2 SPM. Musim hujan ni cabaran betul buat mereka nak hadap exam. Semoga yang baik2 jela. Nak buat sarapan sihat ni kena rajin je. Selalunya rajin kejap je. Hihi
ReplyDeleteSedap sarapannya tu, Nur. Semoga Nur kuat melawan rasa nak makan banyak tu. Sy ni belum mampu nak melawan, asyik lapar memanjang. Good luck & all the best utk Sulaiman yg menghadapi SPM dan ank² rakan blogger yg lain.
ReplyDeleteBittaufiq wannajah buat semua anak² kita dan batch 08 keseluruhannya aamin 🤲🏻
ReplyDeleteSini pun baru hari ni cerah sekejap pagi tadi, ni petang hujan semula. Semoga baik2 utk semua 🤲🏻
Sayapun juga kak. Terkadang suka tergoda dengan makanan lain, apalagi saat traveling. Krn itu workout memang tak boleh lupa. Walaupun kita tetap diminta jaga pola makan sehat walau rutin workout, tp at least kalau sedang traveling saya imbangi lah dengan banyak jalan kaki kemana2. Biar badan tetap bergerak
ReplyDeleteRisau kalau hujan berpanjangan ni. Banyak tempat dah naik air. Selain hujan, kalau guruh dan kilat tu saya pun risau juga. Sebelum ni pun ada tempat sampai ribut tu kan. Harap tak lama lah hujan dan air surut cepat. Kesian mangsa yang rumah banjir tu.
ReplyDeleteSemoga berjaya buat semua calon SPM.
Sekarang kena lebihkan protein daripada karbo. Risau juga kalau terlebih makan nasi tu. Kadang nafsu makanan tu melebih-lebih pulak kan. Risau kalau nak check darah tu. Semoga resultnya baik-baik je nanti.
Rindu nak bersenam tapi buat masa sekarang tak boleh nak cardio ke angkat berat ke. Kena rehat dulu. huhu...Risau je bertambah kilogram.