Cerita pada 24 Oktober 2025 yang lepas.
Biasanya, kalau suami ada OT dan balik pukul 8 malam, dia tak makan dah di rumah, sebab sudah makan di ofis. Tapi naluri isteri tu lain macam pada hari itu, saya tanya suami melalui whatsapp, dia nak makan malam tak?
Suami cakap, nak.
Ah sudah. Tapi lauk ayam masak lemak cili api sudah habis. Nasi ada. Jadi, saya pun goreng telur.
![]() |
| Licin ayam masak lemak, tinggal kentang seketul. |
Sulaiman makan empat ketul ayam. Entri saya masak ayam masak lemak ni, ada di sini 👉 Masak Apa Tu... Lapor bebenor budak Sulaiman.
![]() |
| Masak telur kicap |
Saya tumis cili api hijau dua biji dengan bawang sampai layu. Kemudian, masukkan dua butir telur goreng mata. Tambah kicap manis.
Alhamdulillah. Dinner nasi telur kicap. 😋
Ok. Jumpa lagi, ye. 💗


Lauk telur ni la penyelamat kan...x susah mana pun nak buat...
BalasPadamBetul, sekejap je siap.
Padamalhamdulillah.. kalau kita yang dah umur banyak nie, makan lauk telur kicap mcm tu pun dah sedap..
BalasPadamBetul, Linda.
Padamlauk2 zaman student dulu. ringkas dan sedap :D
BalasPadamYeh! 😋
PadamNi legend dari dulu hingga kini tetap peberet. Ahkak suka kalau lada hiris dan bawang hiris banyak2
BalasPadamKann... itu la yang buat sedap!
Padamyang ni memang terbaik.. dari kecik saya tak pernah jemu dengan telur kicap ni hehe.. kalau tambah hirisan cili, bawang, tomat, daun ketumbar.. selera saya la..
BalasPadamWah, lagi banyak bahan tambah, lagi selera ya, Encik.
PadamYang simple gini la sedap Nur. ..
BalasPadamKannn... PH.
PadamGoreng telur bubuh kicap makan dengan nasi pun cukup nikmat rasanya kan Nur.
BalasPadamBetul, kak. 😋
PadamTelur kicap, ikan bilis goreng pun dah sedap tak payah lauk lain dah.
BalasPadamSaya setuju 100% cakap Cie. 😁
PadamSederhana, cepat namun sedapppp
BalasPadamIya, Mas.
PadamTelur dan kicap memang tak dapat dipisahkan
BalasPadamBetul, Wak.
Padamcepat dan sedap. anak-anak ni suka sangat telur masak kicap
BalasPadamKann... semua orang suka la, kan.
PadamSedap sangat lauk ayam masak lemak tu sampai 4 ketul Sulaiman makan. Mesti lepas ni dia request lagi. Lauk penyelamat tu paling cepat dan sedap. Ada kuah masak lemak sikit tu curah pada nasi pun dah best. Buat cicah roti canai pun sedap juga.
BalasPadamBetul, Fizah. Hehe.. itu la, nampak gaya, kena repeat lauk masak lemak cili api ayam ni.
PadamAnak kakak masih suka gym yaaa.
BalasPadamLauk telur ceplok atau telur mata begini pun, dah sedaaap. Kasih kecap dan potongan cabe rawit, pedas manja langsung 😄
Yang suka gym itu, Hafizan, yang currently studying in Ipoh. Yang tinggal di rumah ini, Sulaiman, dia tak work-out pun, busy nak periksa SPM. Dia suka ayam, itu yang sampai 4 ketul makan. 😁
PadamTak pedas pun, Fanny, sebab letak kicap manis.
Hehe dia tinggalkan kentang. Selalu di rumah begitulah tidak mahu nampak licin tinggalkan sedikit lauk.
BalasPadamSebab malas basuh bekas, NA, budak-budak ni. Mesti nak tinggalkan sesuatu juga. Apa salahnya kasi licin semua.
Padam