Tukar template baru dan Dinner Kasma Seafood

 Assalamualaikum semua... dan selamat pagi, salam Jumaat yang mulia... 😊

Semalam, saya tukar template blog baru lagi. Saya baru tahu dari seorang pengunjung dari seberang, yang blog saya ini tidak responsive. Saya view blog guna laptop dan handphone, ok saja. Tapi beliau sebut sesuatu yang saya tidak familiar. Jadi, kalau view menggunakan apa yang beliau cakapkan, layout blog saya ini lari la ye. Sejujurnya, saya tidak tahu hendak edit HTML untuk buatkan blog saya lebih responsive. Boleh kot, jika saya punya banyak masa untuk mengadap komputer ini. Tetapi disebabkan kekurangan waktu, jadi jalan mudah untuk saya adalah mencari template blog lain yang featurenya responsive. Nah... sudah tukar. Semoga blog saya ini boleh diview dengan lebih baik sekarang, tidak kira screen besar mana pun atau browser apa pun, atau app apa pun, yang anda gunakan. Saya pernah perasan di google Adsense, yang lebih ramai pembaca menggunakan mobile dari desktop. Malah, ada yang guna tab. Jadi, saya harap, moga paparan blog saya lebih baik sekarang, dengan template yang baru ini. Itu pun, jika anda buka guna desktop, header blog saya kecil saja di tengah. Lantak la kau di situ. 😁

Eh, hari ini, saya nak cerita tentang makan malam saya dengan suami pada 25 Oktober 2025 yang lepas. Makan di Restoran Kasma Seafood. Kedai tomyam yang lokasinya di taman sebelah perumahan saya. 

Biasanya, kalau makan di kedai tomyam, kami pesan makanan goreng-goreng. Tapi pada hari itu, kami order set nasi putih.

Set nasi putih di Kasma Seafood
Ini set yang kami pilih.

Pilih set B. Ikan kembung masak singgang. Ayam goreng kunyit, ulam dengan budu, nasi dan air teh o ais.

Air teh o ais suami cakap bungkus, untuk Sulaiman. Kami minum air kosong dan air suam. Order juga lauk tambahan, iaitu telur dadar.

Pilihan bingsu yang ada di Kasma Seafood
Tertarik tengok pilihan bingsu yang ada

Tapi kami tak minum manis dan sejuk, jadi tak order la.

Ada bingsu strawberry, thai tea, bandung thai, green tea, chocolate, keladi, green tea strawberry, choco banana, choco oreo dan mangga. Wow.

Hidangan makan malam kami
Hidangan kami

Dah sampai makanan. Makan guna tangan. Sedap. 😋 Selera makan. Ikan kembung dalam singgang tu, agak besar. 

Nasib la ada Sulaiman kat rumah, jadi saya masak macam-macam lauk selama ini. Kalau tinggal saya dengan suami saja di rumah, kami nak makan ikan rebus dengan budu je hari-hari. Tak perlu lauk banyak-banyak.

Alhamdulillah.. rezeki makan malam sedap. Kasma Seafood ini lokasinya di No. 373, Taman Samudera, Seri Manjung. Buka 3 petang hingga 12 tengah malam setiap hari.

Sekian perkongsian.

Jumpa lagi, ye. 💗

Post a Comment

6 Comments

  1. Rajinnya akak tukar² template..tapi, yang ni nampak ok sikit, tak serabut sangat macam sebelum nie. Linda punya pun, biasa² je..hihi..

    ReplyDelete
  2. Nur, kombinasi lauk-pauk yang sungguh enak!
    Sukanya singgang ikan, ada budu lagi.
    Saya pun tak pandai hendak mekap-mekap rumah maya. Nanti usik sana usik sini habis berterabur, belum hilang segala aksesorinya. Tak tahulah kalau pengunjung datang, ada masalah ke tidak nak buka blog .... yang penting saya boleh menulis dan siarkan entri.
    Lantak lah kau situ hehehe.

    ReplyDelete
  3. Akak pun sama. Jenuh dulu tukar2 tapi tak nampak cantik di mata akak. Nak balik asal dah lupa namanya jadi hentam saje lah bila akhirnya ok. Janji macam kata amie boleh buat entry dan orang boleh baca

    ReplyDelete
  4. sedap sengoti make nasi dgn lauk ike singge. Pah tu ada ulam cicoh budu pulop! Nyakkut sungguh!

    ReplyDelete
  5. Sy harap orang boleh view dan baca blog sy dengan selesai sbb sy mmg tak pandai sangat nak godek² blog ni.

    Sedap² makanan tu ...

    ReplyDelete