Sabtu, 10 Januari 2026 - Saya dan suami pergi makan tengahari di Azmey Mee Goreng. Masa kami berjalan pagi, antara topik yang biasa kami bualkan adalah perihal tempat makan. Di padang tempat kami berjalan pagi itu, ada kedai mi goreng sedap tapi sekarang sudah selalu tutup sebab khabarnya tuan kedai kini sudah jadi ketua kampung. Jadi, dia sudah terlalu sibuk untuk berniaga.
Jadi, kami kena cari kedai mi goreng mamak yang lain. Saya teringat ada sekali kami pernah beli, saya jumpa kedai ini menerusi group penduduk tempatan. Masa pertama kali kami mencuba, kedai ini tiada kerusi meja, hanya boleh bungkus. Tapi kini, Azmey Mee Goreng ini sudah jadi kedai makan agak besar tepi jalan di Kampung Pencalang, Sitiawan, Perak.
![]() |
| Ini kedainya |
Ada kemajuan. Bagus la, sebab mi goreng dia pun portion besar dan sedap. Masa dalam perjalanan ke mari, kami melepasi beberapa tempat ada kenduri kahwin. Bestnya, dapat jemputan nasi minyak. Kami ni, tak ada yang menjemput. Jadi kami menjemputkan diri sendiri ke kedai mi goreng. Haha...
![]() |
| Mi goreng daging |
Ada dua meja ada pelanggan waktu kami sampai. Sebaik duduk, ada adik datang bawa menu ambil pesanan. Mi goreng daging, pesanan suami. Tengok la, mi dia membukit! Daging dalam mi lembut, tidak liat. Waktu tukang masak masak di dapur, bunyi kelentung kelentang sampai ke depan ruang kami makan, bunyi sudip dan kuali. Lepas tu, ada aroma bau hangit-hangit tu. Hmmmm.... Sedapnya! Bau pun sudah rasa sedap. 😋
![]() |
| Mi goreng mamak biasa |
Kami lapar. Habis makan sepinggan.
![]() |
| Banyak tempat duduk. |
Di meja hujung sinun dalam gambar di atas, ada jual jeli kelapa, dan pencuci mulut lain, dalam bekas atas meja. Suami ambil jeli kelapa bawa balik.
Alhamdulillah. Dapat makan mee goreng sedap, boleh datang lagi, nak cuba kuetiau pula.
Sekian perkongsian. Jumpa lagi ya. 🩷





Sedapnyaaaa...SA antara peminat mee goreng..kalau dpt macam.ni kan..confirm selalu repeat ni
ReplyDeleteWah busy tok ketua sekarang ye hehe...
ReplyDeleteSuka mee goreng daging, nak² yg ada rasa hangit² sikit tu, dapnya!
Suka mee goreng yang basah-basah dan ada sotong.
ReplyDeletekali pertama makan mi goreng mamak kat Kantin Sahur, 3RC UM masa Asasi tahun 1991 yg lampau. Sgt sedap dan kena dgn tekak sy. Sampai skrg susah nak cari yg rasa sedap mcm tu.
ReplyDeleteKita penggemar mee goreng. Baca apa yg Nur cerita, bunyi sudip berlaga dengan kuali dan bau hangit² tu buat kita rasa nak makan Mi goreng jugaklah.
ReplyDeleteNampak sedap tu mee goreng
ReplyDeleteLepasni mesti repeat lagi ni