Salam Jumaat yang mulia. Syukur atas nikmat dan rezeki yang diberi olehNya.
Dalam draf entri ini, ada gambar sekeping saja saya upload, pada 7 Mei yang lepas.
![]() |
| Saya masak bihun goreng. |
Walaupun nampak plain saja, sayur pun tak ada, tapi sedap ye, bihun saya masak (suami cakap). Hehe... Kembang lubang hidungku. Adalah letak ketulan ayam sikit, fish cake sikit.
Tahukah anda, bihun goreng adalah makanan kegemaran saya sejak kecil lagi? Saya suka sangat bihun goreng dan sate. Kalau ibubapa bawa makan luar, dua menu itu saja yang saya akan pesan. 😋
Cerita semalam
Kakak saya daftar saya masuk kelas online lagi. Yang mengaji pun belum habis lagi. Dia daftar diri dia sendiri, tapi boleh masukkan dua orang ahli keluarga secara percuma.
Itu yang semalam ada kuliah online. Sejujurnya, saya rasa sedikit berat, kerana malam-malam adalah waktu tidur saya. Semua kelas nanti waktu malam. Aduh.. tapi mujur suami saya offer pergi beli kopi semalam. Alhamdulillah, segar sikit mata ni, nak mengadap ceramah. Ceramah apa?
Tajuk: Luahan Cinta Allah disebalik 7 Kalam Agung Alfatihah.
Oleh pasangan Dato Ustazah Siti Nor Bahyah dan suami beliau, Ustaz Wan Akashah.
Ramai yang join melalui Google Meet ni. Sudah lama tak guna Google Meet. Saya tengok jumlah kehadiran sampai 500 orang. Masya-Allah.
Setiap makna dalam Al-Fatihah dikupas dengan menarik dan ada juga yang buat saya tersentuh hati. Sikit pun saya tak rasa mengantuk.
Semoga lepas ni, saya boleh baca perlahan sikit Alfatihah masa solat, dan menghayati dengan kusyuk dan otak boleh fokus.
![]() |
| Saya buka di laptop |
Mula pukul 9 malam, habis pukul 11 malam. Alhamdulillah.
Minggu lepas saya ada tanya suami saya, macamana nak join ceramah ke, majlis ilmu ke di masjid dekat rumah? Suami pun bagitahu la, kan ada papan kenyataan di masjid, rujuk la situ. Tapi setahu saya, dekat bahagian orang perempuan solat, tak ada papan kenyataan. Kena keluar ke luar tempat orang lelaki masuk itu kot, baru ada. Kadang tu, saya tengok banner ada penceramah atau ustaz dikenali datang, tapi saya selalu terlepas tarikh. Sudah lama tak ikuti majlis ilmu. Tengok-tengok kakak saya daftar saya masuk kelas online lagi satu ini, selain kelas mengaji online yang sudah sedia ada. Syukur Alhamdulillah. 🥰 Dapat juga saya belajar sesuatu.
Anak-anak saya yang duduk asrama sudah balik. Amirul cuti pertengahan semester sekali dengan cuti raya. Hafizan pun ada, balik cuti raya haji. Alhamdulillah. Meriah rumah.
Harap anda yang sedang baca entri saya ni, sihat sejahtera dan bahagia selalu.
Jumpa lagi. 💗




Pujian sang suami lagi penting dari rasa bihun goreng tu tau.. btw, bestnyer dapat join kuliah online macam ni, semoga istiqamah ya
BalasPadamHehe.. betul²! Terima kasih, ya.
PadamNasib baik tidak mengantuk ya waktu ceramah secara talian. Sayapun kadang-kadang dengar ceramah masjid rasa mengantuk. Itulah syaitan ganggu untuk drngar.
BalasPadamBetul. Syaitan tu memang suka ganggu kita time dengar ceramah. Saya ada juga bangun duduk, bangun duduk, NA. Bagi otot² bergerak, hilang ngantuk.
PadamKita geng Nur, geng peminat bihun goreng & geng tidur awal 😁
BalasPadamYay! High-five sikit! 🖐️😁
Padammisi menuntut ilmu x pernah abis biarpun pada usia senja mcm sy ni...
BalasPadamBetul tu, Abe Kie.
PadamBest jugak kelas online macam ni.
BalasPadamYa, Cie. Tambah ilmu.
PadamMemang seronok la kalau suami puji sedap..suami Linda susah nak puji..hahaha..tapi, kalau bertambah tu..sedap lah
BalasPadamPuji dalam diam tu, kan, bila menambah.
Padamkalau saya masak mihun kan kak, confirm boleh makan sampai tiga hari. makin lama, makin sedap. >_< eh terpuji diri sendiri pula.
BalasPadamIyalah tu, sekarang majlis ilmu ni selalu dengar dari kuliah-kuliah lama saja. kalau ke masjid, adalah mendengar kuliah maghrib. cuma takde dah sekerap macam dulu. setiap hari hadiri kuliah agama.
Hehe.. siapa lagi nak puji kan, kalau tak diri sendiri. Masak la separuh bungkus, Sofie. Takde la kena makan sampai 3 hari. 😁 Bestnya Sofie dulu, setiap hari ada kuliah agama.
PadamDah lama tak masak bihun goreng. Kes payah bebenor nak siat bihun besar dari paket. Dulu pernah beli bihun Faiza yang seketul-seketul macam megi. Senang masak kalau sorang makan. Tapi payah nak jumpa kat kedai bihun gitu.
BalasPadamAda BK, kat supermarket besar macam Aeon. Senang macam tu, boleh masak sikit².
Padamsaya lebih suka mihun goreng berbanding mi goreng hehe
BalasPadamEh, samalah kita. 😁
PadamAkak peminat beehoon goreng Dan sate. Bestnya kuliah ustazah dato siti norbahiyah. Dulu suka dengar ceramah dia kat TV. Sekarang dah takde slot macam tu lagi. Camne nak join slot ceramah dia lagi ya
BalasPadamSama kita ya, kak.
PadamYang saya tengok haritu, ceramah khas sekali saja dia undang sempena kelas. Kelas online ni, Pengajian Luahan Cinta Allah di Sebalik 7 Kalam Agung oleh team iRawda. Bolehlah akak search ya, saya pun tak tahu detail sangat, kakak saya daftarkan.
Alhamdulillah tahniah Tot berterusan dan istiqamah belajar secara online. Semoga terus berpanjangan usahanya. Nanti kalau ada kesempatan Tot kongsikan ye sinopsis pengajian Luahan Cinta Allah di sebalik 7 Kalam Agung tersebut ye
BalasPadamInsya-Allah, saya cuba. Nanti ada kesempatan saya akan cuba share. 😊
PadamMencabar juga antara mengantuk nak tidur dgn kelas pengajian ilmu.. pukul 9-11 malam pulak tu huhuu.. apa pun kuliah agama makin mudah sekarang ni online sahaja di rumah.. semoga istiqomah.. 👍🏻
BalasPadamBetul, Encik. Online saja dari rumah. Terima kasih. Aminn... 🤲 Saya cuba.
PadamSaya lebih banyak belajar kajian begini dr buku sekarang. Kalau nak DTG LGS memang tak lah. Krn saya tak suka keluar sndiri. Secara online oke, tp saya susah fokus . Jadi memang lebih suka membacanya dari buku , ntah itu buku self help atau agama.
BalasPadamBegitu.. betul juga cakap Fanny, sebab dari buku, intipatinya sudah tertulis. Jika ceramah online begini, kita kena alert akan isi penting sendiri untuk catat.
PadamSama la kita Nur, bihun goreng dengan sate memang kegemaran dari kecik! Walaupun nampak plain tak ada sayur, kalau air tangan sendiri dan suami pula yang puji sedap, terus kembang lubang hidung kan, hilang penat memasak. Untung Nur suami sporting
BalasPadamYay, kita sama, high five sikit! 🖐️ Alhamdulillah... Betul, hilang penat memasak bila orang puji sedap. 😊
Padam