Sunday, May 10, 2026

Cerita jalan di Taiping dan Kuala Kangsar

Kisah pada 27 April 2026 yang lepas. Suami off kerja. Waktu pagi, kami pergi jogging di Padang Astaka, Sitiwan. 

Jogging di Padang Astaka, Sitiawan.
Ada macam kabus nipis atas padang nun sana. 

Malam sebelumnya, hujan. Jadi pagi itu, agak sejuk dan nyaman berjalan di padang. Jam saya mati lagi. Bila pergi padang je, jam mati. Asal jam mati je, mesti dekat padang. Saya pun bukan rajin sangat nak charge jam ni. Sebelum itu, masih ada dua bar bateri. 

Rekod larian di padang menggunakan aplikasi jam Garmin
Jogging selama 1 jam 8 minit, dengan jarak 5.94 kilometer.

Banyak itu sajalah jam saya sempat record aktiviti sebelum ia off dengan sendirinya. Selesai jogging, kami balik rumah. Mandi, dan kemudian pergi nyongket la, apa lagi, laki tak kerja, kan. 

Pergi Taiping. Pandu kereta ikut jalan lama, Pantai Remis. Kami tuju ke Aeon Mall Taiping. Saya Masih ber-IF dari rumah. Makan pukul 1 petang, first meal of the day, di food court.

Nasi ayam di foodcourt Aeon Mall Taiping
Nasi ayam.

Saya beli nasi ayam. Supnya sedap, cukup rasa. Ayam roasted. Harga termasuk air. Tapi saya tak ambil air, sebab air manis. Saya ada tanya adik tu, tak boleh ganti dengan air suam ke. Tergelak dia. Tak boleh. Tanya jer. Hehe..

Kami tak beli apa-apa pun. Jalan-jalan, dalam mall. Food court di Aras 1 ditutup, renovation. Sebelum beransur, kami bungkus Hokkaido baked cheese tart dan pizza beef prata untuk Sulaiman di rumah.

Lokasi nyongket seterusnya? Kami pergi Kuala Kangsar. Ikut jalan lama, melalui Bukit Gantang dan Padang Rengas.

Dulu, di tepi sungai dekat Kuala Kangsar itu, ada bazar kraftangan yang jual produk anyaman, barang-barang tembaga contohnya acuan kuih muih, peralatan dapur, dan macam-macam la. Tapi waktu kami pergi, sudah tak meriah macam dulu. Banyak kedai tutup. Kraf anyaman saja yang banyak, seperti bakul, beg, tudung salji, labu sayong dan lain-lain. Kedai yang jual barang logam dan periuk belanga sudah banyak ditutup. Ke sebab kami sampai sudah waktu petang? Bila kami lalu saja menyusuri kedai yang dibuka, orang kedai tengok je. Ada yang panggil masuk, tengok barang. 

Saya memang nak cari periuk. Tapi, tak ada seperti yang saya nak. Jadi, kami pun lepak di Laksa and Cendol Food Court di tepi sungai tu.

Cendol biasa di Cendol and Laksa Food Court, Kuala Kangsar
Cendol biasa

Lama sangat saya tak makan cendol. Ada sekali pernah makan cendol di sini dulu, long time ago, masa tu datang Kuala Kangsar dan tinggal di homestay sebab masuk Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah. Sekejap, ya, nak cari gambar lama. Mengimbau kenangan silam pula, sebab datang sini. Haa... ni dia..

Gambar semasa sertai Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah, Kuala Kangsar, pada tahun 2017.
Gambar tahun 2017

Hehe... gemuknya saya dulu. Saya mula masuk event larian masa badan saya masih obese. Saja, suka-suka. Seronok, bila sekali masuk, lepas tu, rasa nak daftar lagi. Eh, ini cerita pasal sejarah berlari ke, jalan di Kuala Kangsar, ni. Ok, ok, sambung cerita cendol. 

Cendol dia rasa biasa je. Kalau dia letak lebih sirap gula melaka tu, mesti lagi sedap. Tapi okay la ni. Alhamdulillah.

Cendol pulut di Laksa and Cendol Food Court, Kuala Kangsar
Suami pesan cendol pulut

Sini pun suasana agak sendu. Tidak ramai pelanggan. Selain kami, ada satu lagi keluarga yang makan cendol, tidak jauh dari tempat kami. Hirup cendol yang sejuk sungguhlah menyegarkan. Kami duduk di tempat salah. Bila perhati sekeliling, ada gerai cendol paling hujung yang ada menu goreng-goreng seperti mee goreng mamak. Alamak... tak apalah. Kita pesan makanan lain.

Pasembor

Okay la, rasa pasembor dia. Tapi kalau cucur dia tu digoreng lebih rangup, mesti lagi sedap. Hehe.. Alhamdulillah. Lepas perut kenyang, kami turun sebentar, jalan di tepi sungai, tengok suasana dan pemandangan selepas hujan.

Cantik kan, bukit dan sungai di belakang.

Apehe pakcik itu, bersembunyi di sebalik kepala orang. Satu hari juga kami berjalan-jalan. Petang baru sampai rumah.

Alhamdulillah. Seronok bila dapat menyongket. Jalan-jalan cara orang tua. Huhu..

Baiklah. Jumpa lagi, ye. 💗

22 comments:

  1. kat sini jb pon hari2 musim hujan., huhu

    ReplyDelete
  2. satu hal yang belum bisa saya kerjakan saat ini adalah olahraga
    padahal niatnya udah ada, tapi pelaksanaannya 0

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa, Mas Rezky, bila punya waktu, bolehlah diusahakan, ya. Contoh di hujung minggu.

      Delete
  3. SA kalau nak menyongket ni kena amik cuti sesama...hehehe...best la jenjalan Taiping dan Kuala Kangsar...Mak Mertua x jadi SA dulu duduk di Taman Dinding Setiawan..la ni dua2 dah xde..meninggal dah..xde jodoh jadi mertua...but kami baik sampai ke akhir hayatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke... tak jauh la, dari tempat saya. Ada la tu hikmahnya ya, SA. Jodoh pertemuan di tangan Tuhan.

      Delete
  4. Eh gambar akak masuk larian tu tahun bila kak? Jauh beza ya muka.. tu zaman muda ya?
    Seronok ya akak jalan2, sesekali amik angin kan seronok juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun 2017. Masa umur akak 39 tahun, Cuya. Sekarang umur akak 47. Event 9 tahun yang lepas.
      Hehe.. lain ke muka? Sebab dulu akak belum rabun, tak pakai spek.
      Alhamdulillah. Memang seronok, jalan-jalan.

      Delete
  5. Alhamdulillah rezeki menyongket bersama suami JJCM. Seronok JJCM di kawasan macam ni. Ada alam semulajadi, ada makanan yang ada rasa, dsb. Rasa hendak berjimbaan ke belah sana juga la 1 hari nanti yang entah bila tu ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Insya-Allah. Bila ada cuti, bolehlah KSarie jalan-jalan Kuale dan Tepeng.

      Delete
  6. alhamdulillah...moga sihat2 selalu... teringat masa arwah FIL ada dulu, teringin nak makan dekat RnR Sg Perak katanya.. p la depe suami isteri naik hgway... hihihi.. moga di hari tua linda pun begini juga.. aamin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn... 🤲 terima kasih, Linda. Insya-Allah, panjang umur, adalah tu kesempatan untuk Linda dan suami jalan-jalan juga, makan angin, explore tempat menarik di Perak.

      Delete
  7. a ah la, akak tak masuk lagi ke larian Sultan Nazrin tu.. teringin pula nak cuba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak dah pencen, Linda, masuk event larian. Lutut akak kan dah terpeleot. 😁
      Kalau Linda nak cuba, Linda kena follow rapat page event tu di FB. Bila notifikasi pendaftaran dibuka je, kena pantas daftar. Sebab Larian Sultan Nazrin ni, tiap-tiap tahun tak sampai sejam dibuka, habis slot dia. Hot selling. Hehe..

      Delete
  8. Saya pun seriiiiing lupa charge smartwatch 🤣. Kdg nak pakai, eh battery tinggal 2%. LGS mati baru beberapa menit gerak 😂.

    Cendol sedapnyaaa. Tp memang kalau gula merahnya tak pas, macam hambar pula ya

    Pasembur nih saya antara suka dan tidak 😅. Pernah dpt yg sedap, tp pernah juga dpt yg tak sedap saat makan di gurney. Susah juga cari yg sesuai selera

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann... selalu lupa nak charge jam sukan.
      Betul, Fanny, jadi tawar bila kurang gula melakanya.
      Oh, gitu ya. Akak ingat pasembor di Penang tu, sedap-sedap belaka. Sana lagi banyak pilihan bahan boleh dimasuk.

      Delete
  9. rasanya dulu saya pernah makan laksa dan cendol kat warung tepi sungai kuala kangsar.. entah2 kedai yg sama kak nur singgah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya la kan, Mazni. Sekarang sudah banyak kedai cendol dalam satu food court tu. Tapi semua warung niaga cendol, cuma makanan saja berbeza.

      Delete
  10. Lain rupa Nur tidak pakai cermin mata.
    Seronoknya dapat jalan-jalan cari makan. Hehe alhamdulillah ada suami yang suka berjalan/menyongket.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, dulu mata elok, belum rabun.
      Memang feveret NA, jjcm ni, lagi-lagi hari dia off kerja. Bila lagi peluang nak berjalan. 😁

      Delete
  11. Terasa ada kat sana. Rindu nak JJCM sana lagi. Larian KK tu laju betul tutup registration nya. Suami dah bertahun2 cuba tak dapat2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya sebelum dia buka pendaftaran, dia akan suruh followers standby. Jadi memang kena letak first priority notification event page larian tu di FB. Tak sampai sejam, memang akan full dah. Runners pun tiap² tahun nak masuk, tak pernah nak kasi peluang kat orang lain, kan. Hehe..

      Delete