Sunday, May 17, 2026

Gambar makanan saja

Bila hari Sabtu dan Ahad, macam senyap sunyi saja blog. Hehe.. tak ramai yang blogwalking hujung minggu ni. 

Entri ini, saya kongsi gambar makanan saja, dari merata-rata tempat. Biasalah, kita kan seorang blogger, semua benda nak ambil gambar, nak kongsikan di blog. Hehe.. jom tengok...

Set nasi ayam padprik
Set nasi ayam padprik.

Hidangan di atas, semasa kami pergi Aeon Mall Station 18, Ipoh. Pergi ambil anak kedua, Hafizan. Kalau pergi Ipoh, tak ambil Hafizan, pergi hantar dia balik politeknik. Itu jer la. Pi mai pi mai. Makan tengahari, set nasi ayam masak padrik, ada telur dadar sekali. Telur dadar dia ada bawang juga. Harga berpatutan. Rasa boleh tahan. 

Telur dadar sayur
Telur dadar sayur

Tumis dulu sayuran seperti kobis dan lobak merah dengan bawang putih dan bawang merah. Tumis guna extra virgin olive oil. Kemudian, tuang dua biji telur yang telah dipukul. Makan malam saya pada 12 Mei yang lepas. Tak sedap di tekak saya, tapi telan saja. Saya lebih prefer makan oat dengan buah daripada telur dadar sayur. 

Set nasi ikan bawal
Set nasi ikan bawal

Hidangan di atas, saya punya makan malam di Aeon Mall Manjung pada 14 Mei. Set ikan bawal. Ada tauhu dan tempe, tapi tidak kelihatan dalam gambar, ada di bawah ikan. Macam nasi penyet atau geprek juga. Tapi ada kicap. Kicap pedas dituangnya atas ikan bawal yang digoreng. Sedap! 😋 Licin ikan bawal. Sambal dia pun sedap! Harga RM16.90.

Masa hari itu, bawa anak-anak berjalan. Asyik memerap di rumah saja. Lepas makan, singgah Madam Croffle. Pesan pencuci mulut. Hehe.. Lagipun anak-anak tak pernah merasa. Mak bapak pernah merasa sekali dulu, ada saya kongsikan di sini 👉 Pertama kali makan di Madam Croffle.

Tiramisu croffle
Tiramisu croffle

Tiramisu croffle di atas, harganya RM11.90. Anak-anak kongsi makan berdua. Tapi mak ada juga mencelah makan 2-3 suap. Crofflenya lembut di dalam, rangup bila kita gigit. Bila mengunyah dalam mulut rasa syurga! 😋😍 Diet letak tepi kejap. Hidup untuk dinikmati.

Oat and berry croffle
Oat and berry croffle.

Oat and berry croffle di atas pula harganya RM11.90 juga. Sedap!!! Yang ini lebih sedap dari perasa tiramisu. Nyum nyum... senyum lebar dapat makan benda sedap. Alhamdulillah...

Ayam masak sup siam
Ayam masak sup siam

15 Mei, saya masak sup siam ayam. Saya tidak tumis supnya. Rebus air je, masukkan perencah sup siam, ayam potongan kecil sikit dari biasa, letak sayur sekali seperti kobis, lobak merah dan bendi kutip dari kebun kecilku. Saya masukkan juga jus dari limau kasturi, dalam 3-4 biji, bagi tambah masam. 

Telur rebus dan sayuran
Telur rebus dan sayuran.

Ini pula makan malam saya 15 Mei. Ada telur rebus sebiji. Saya ambil lauk ayam sup siam di atas berserta sayur-sayuran yang ada dalam sup. Saya tambah timun potong dan ulam raja dari kebun kecilku. 

Memang nak eat clean. Tapi bila keluar jalan-jalan, terbabas juga. Iman tak kuat. Terinspirasi dari cerita Kak Amie yang suaminya makan yang rebus-rebus saja. Saya pun nak tukar pemakanan saya macam itu juga. Nak sihat. Saya nak keputusan ujian darah saya baik. Semoga saya kuat. Tapi memang kena makan di rumah la. Kalau keluar, banyak makanan yang... alaa, kome faham-faham sajalah. 

Baik. Sekian rangkuman beberapa gambar makanan yang saya ambil semenjak dua menjak ini. 

Selamat berehat di hujung minggu. 

Jumpa lagi. 💗

26 comments:

  1. makan rebus2 mmng bosan, tpi kalau nk sihat itulah solusi nya huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Mazni. Tapi sup akak buat ni boleh tahan sedap makan panas², sebab ada rasa masam² macam tomyam.

      Delete
  2. Cuci mata saya tengok makanan yang ada. Nasib baik saya sudah makan. Hari ini saya seorang di rumah. Masak sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorang di rumah bolehlah masak apa kita suka, kan, NA. 😊

      Delete
  3. Lovely pictures of the food. Yes, weekends are quieter on blogs, but right now there are technical issues on Blogger which is seriously affecting blogs. I made a post about this on my blog to tell people about it.
    You have a very nice blog. Warm greetings from Montreal, Canada. ❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you, Linda. Nice to meet you. 😊

      Delete
  4. Faa pun memang susah ye nak eat clean. Kejap2 craving macam2, hehehe. Btw, selamat menjamu selera ✨

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, memang susah, tapi boleh. Kena kuatkan semangat. 💪 Mekasih, Faa.

      Delete
  5. Gambar makanan memang orang suka tengok, post la banyak² saya suka.. dpt idea nak makan apa.. 👍👍

    ReplyDelete
  6. cie memang perasan kalau weekend kurang orang BW, entri pun kurang. tak dapat nak BW sangat. jadi sempat la mengarang entri untuk schedule. terus lapar la tengok gambar2 makanan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la. Banyak aktiviti luar mungkin kan, tak sempat nak update.
      Hehe..

      Delete
  7. Sy tertarik dgn gambar last tu, meriah pinggan dgn sayur & ulam 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa.. nak bagi kenyang, PH, itu letak banyak sayur. 😊

      Delete
  8. makanan rebus2 sedap sebenanrnya.. hihihi...tapi, tula, kalau nak masak sikit2..alahai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann.. Linda. Itu la, kena masak menu goreng juga untuk orang dalam rumah yang tak diet. 😅

      Delete
  9. Sekarang ni tengok dessert macam croffle tu, rasa nak je cari terus. Sedapnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap, Mulan. Ya Allah, nikmat masa makan. 😋🥰

      Delete
  10. Sama la..SA pun terinspirasi ngan Kak Amie sediakan makanan yg sihat untuk suami dia...tiba part SA ni...adehhhh...sabar jer la...hari ni bawak sandwich..pas tu ada la nasi skit, ayam steam halia dan lauk terung..ni tgh nak disiplin ni..esok nak bawak salad je kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga berjaya, SA. Kita buat sikit². Sedap lauk ayam steam halia tu, lauk sihat.

      Delete
  11. Semoga sukses Tot untuk eat clean. KSarie ni kira a lost cause je la bab diet, eat clean dan bersenam ni😅Kalau keluar masa weekend enjoy the food yar. Esok sambung diet

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, KSarie. Eh, samalah kita. Bila keluar, memang ke laut diet ke, eat clean ke. Susah, kan..

      Delete
  12. Saya selama ini masak yg clean, bukan Krn strict jaga pola makan, tp Krn saya tak suka masak, tak suka lama2 di dapur 🤣🤣🤣. Makanya saya memilih makanan yg mudah, cepat, dan kebanyakan itu semua clean 😄. Lama2 JD terbiasa juga. Kalau memang teringin makan yg banyak rempah, saya pasti pesan atau ke restoran. Tp tak sering lah, sesekali saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Fanny. Memang senang masak yang rebus² ni, dapur pun tak perlu lap sangat sebab tak guna minyak, kan.

      Delete