Sabtu, 16 Mei 2026

Hilang dan Masak apa

Hilang

Waktu pagi, saya berkebun. Bila pusing kawasan, tengok buah naga hilang! Eh, sebenarnya, belum jadi buah, baru bunga la. Kalau nak tengok rupa dia sebelum hilang ada di entri ini 👉 Kemaskini entri lama dan bereksperimen.

Buah naga hilang, ambil dek beruk
Elok dia petik 😅

Lapar betul la, beruk-beruk ni semua. Saya jumpa kulit bunga buah naga tu, di bawah pokok sakura malaysia. Memang kalau saya tanam pokok buah, tak pernah merasa. Dari pengalaman, buah yang pernah keluar tapi kami tak pernah merasa kerana dicuri dek beruk termasuklah terung, tembikai, tomato, dan bawang pun dia tarik keluar dari tanah. Sayur yang beruk tak ambil cuma cili, bendi dan sayur sawi jepun atau pak choi.

Memang kami tanam untuk sedekah bagi haiwan makan la. Tapi saya dapat juga pengalaman tanam dan tengok pokok saya membesar, cuma tak boleh kutip hasil lagi. Kawasan sekarang tidak sesuai tanam pokok buah. Nasib baik saya belum beli pokok mulberi. 

Hilang satu, ada lagi dua tempat, keluar putik bunga di pokok buah naga. Nanti, saya akan update perkembangannya. Oleh itu, saya sudah bersiap sedia beli pembalut buah. 

Beg jaring nilon untuk balut buah
Tadaa...

Masa ini, saya belum uninstall lagi di telefon saya. Sempat beli dekat TikTok. Beg jaring nilon sebagai pembalut buah. 

Beg jaring nilon untuk balut buah, beli di TikTok

Gitu kaedahnya, seperti gambar di atas. Beli yang murah-murah je. Harga pembalut buah lebih murah dari harga pos. Hehe.. pembalut buah harga seringgit, kos pos harga 4 ringgit. 

Masak apa tu?

Telur goreng kicap

Masak lauk mudah saja pada hari itu, telur goreng kicap. 😋

Masak sayur kobis dan lobak

Goreng sayur kobis dan carrot. Ada juga lauk baki, keluarkan dari peti ais dan panaskan.

Lauk mudah masak di rumah.

Ada telur rebus. Ada kari ayam juga. Sedap, suami kata, telur goreng kicap tu. Lama tak masak. Alhamdulillah. 

Hari ini, kome masak apa? Ke, gantung kuali, beli di luar? Hujan dari malam semalam lagi di kawasan saya ini. Alhamdulillah, sejuk sikit suasana. 

Baiklah. Jumpa lagi, ye. 💗

32 ulasan:

  1. sama nisab kita tot. akak tanam rambutan. tak banyak pun berbuahnya. tp tak pernah merasa makan setangkai. sebijik dua je dpt rasa. mangga pun sama gitu gak. mmg kita sedekah kat depa je la ye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. ye la, kak Yan. Apa nak buat. Kalau ada rezeki, boleh lah rasa. Kalau depa ambil dulu, niat sedekah je la. 😁

      Padam
  2. Alahai, rezeki depa la buah naga tu.... Tempat Sy alhamdulillah takde makhluk ni, burung dan tupai je. Selamat lagi.

    Telur masak kicap memang sedap, makan dgn nasi pun jadi dah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Rezeki PH sekeluarga.
      Kann... satu lauk tu je dah cukup.

      Padam
  3. Judulnya sederhana tapi langsung bikin penasaran. Cara penulis membawa cerita tentang kebingungan sehari-hari seperti ‘masak apa hari ini’ terasa dekat banget dengan kehidupan banyak orang. Ada nuansa santai, hangat, tapi juga sedikit reflektif yang bikin tulisan ini enak dibaca sampai selesai

    BalasPadam
  4. Dalam takde idea nak msak apa, telur msak kicap la yg sedap..

    BalasPadam
  5. rezeki monyet la nampaknya..sama macam kat kampung SA, Mak Lang sampai x dapat nak gerak pi memana..risaukan hasil tanaman dikerjakan dek monyet...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Laa.. ye ke... penat juga kan, bercucuk tanam tapi beruk yang ambil hasil tanaman.

      Padam
  6. Macam kat kampung Cie banyak betul kera hutan tu datang makan tanaman. Takdela merasa durian ke rambutan ke dapat kat dia dulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pelik juga camana kera pandai belah durian, kan. Tapi saya pun pernah nampak kat Bota, Perak, kera atas pokok durian. Walaupun pokok durian tu tinggi. Kesian tuan pokok. 😅

      Padam
  7. laaaa kerjaan simonyet rupanyaaaaa......sedapnya masakan tot

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhu.. itulah dia.. 😅
      Alhamdulillah...

      Padam
  8. Hari ni kita masak simple-simple jugak kak tot. Goreng ikan masak cuka. Pagi dok sarapan roti baka cicah buttermilk. Mantounya dah habis.

    Alhamdulillah menu simple kak tot tu memang boleh membuka selera betul. Saya ni sejak bulan puasa hari tu dah kurang menjaga tanaman. ^_^! kena cari semula semangat menanam ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikan masak cuka tu sedap, Sofie.
      Memang biasa tu, semangat bercucuk-tanam datang dan pergi.

      Padam
  9. Kat sana pon ada beruk ya? Sama la kita kak... Hasil tanaman kt rumah Cuya selalu rezeki beruk.
    Alhamdulilah haritu ayah dapat juga amik setandan pisang, kami pon dapat merasa. Ayah amik masa pisang tu muda sebab risau monyet amik. Pisang dh masak boleh le kami makan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada, Cuya. Rumah akak dekat kawasan hutan paya bakau.
      Alhamdulillah, dapat juga merasa setandan pisang. Kalau dah rezeki, tak ke mana.

      Padam
  10. Nasty jugak perangai beruk2 tu ya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya, Syafiqa. Beruk masuk dapur luar, selongkar tong sampah pun pernah.

      Padam
  11. Hari ini saya masak ayam masak kicap.
    Harap berhasil cara Tot letak beg jaring itu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap tu, NA, ayam masak kicap. Bunga tak menjadi buah NA, takde rezeki.

      Padam
  12. Faa tanam stoberi belakang rumah, kangaroo yang makan -,-' ralat la juga. Tapi dah jadi rezeki cik kangaroo tu. Pastu minta tuan rumah pasang fence tinggi sikit. Takde dah kangaroo masuk kawasan rumah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak, kanggaru! 😅
      Mujur tuan rumah baik hati.

      Padam
  13. Telur goreng kicap memang win forever

    BalasPadam
  14. harap2 beruk tak pandai buka plastik..moga ada rezeki kak nur nanti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aminn... 🤲 mekasih, Linda. Beruk tak lalu lagi di rumah akak. Tapi takde rezeki kali ni sebab bunga tak menjadi buah.

      Padam
  15. Biasa dia monyet tuh ye. Telur masak kicap boleh buat makan bertambah😋

    BalasPadam
  16. Semoga dibanyakkan rezeki kakak, dah berbagi dengan monyet2 ini. Lapar lah tuh mereka dan dihutan dah berkurang makanannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, Fanny. Hutan pun ditebang, itu yang beruk semua keluar mencari makanan.

      Padam