Saya sudahi cerita bulan April dengan rangkuman aktiviti bersenam di bulan tersebut.
Bulan April saya rajin kumpul steps. Kalau tidak pergi jogging di padang, saya akan gunakan walking pad bila ada masa di rumah. Jom tengok...
![]() |
| Larian di bulan April |
Jumlah jarak berlari: 155.7 kilometer
Purata lari dalam sehari: 5.2 kilometer
Purata lari dalam seminggu: 36.3 kilometer
Alhamdulillah. Jarak paling tinggi dalam sebulan yang berjaya dicapai sejak sekian lama, sejak saya pencen masuk mana-mana event larian atau ikuti apa-apa challenge di Bookdoc, Garmin Connect atau ikuti Runliga.
![]() |
| Berjalan di bulan April |
Eh, ada dua hari saja saya rekod aktiviti berjalan.
Jumlah jarak berjalan: 8.1 kilometer
Purata jalan dalam sehari: 0.3 kilometer
Purata jalan dalam seminggu: 1.9 kilometer
![]() |
| Cardio dan latihan beban di bulan April |
![]() |
| Jumlah langkah untuk 12 bulan |
Merujuk kepada laporan di atas, jumlah steps atau langkah saya di bulan April adalah sebanyak 352,947. Paling tinggi sejak sekian lama.
Alhamdulillah. Allah bagi nikmat sihat.
Okay la tu. Untuk bulan Mei ini, saya sudah kurang pergi jogging, banyak berkebun di rumah saja pagi-pagi.
Sekian laporan bersenam. Semoga kita semua dapat peruntukkan waktu walaupun sibuk dengan kerja seharian, untuk bersenam dalam 20 minit, 3 kali seminggu paling kurang. Badan kita akan terima kasih pada kita bila mula rasa kesan baik aktiviti keluar peluh. Kekalkan bersederhana, senam ikut kemampuan diri sendiri, don't overdo dan recovery juga penting.
Jumpa lagi. 💗




ratus ribu step dlm sebulan hebat tu..ingat dlu masa join challenge healthy thn 2024...merasa la 200k++ step sebulan tk silap...skarang 50-60k step je dlm sbulan tp tu bkn la bersenam haha
ReplyDeleteWah, banyak tu, 200k steps sebulan. Betul, bila ada challenge memang kita akan usaha kumpul steps.
DeleteTerbaik Nur 👍🏻
ReplyDeleteAlhamdulillah..
Deletewow ...akak ni pun sejak join challenge KKM slow-slow rajinkan diri tapi leader lah pulak menekan-nekan nak kejorkan gangsa. Padahal yang lain-lain ni buat santai-santai je janji jalan.
ReplyDeleteUish.. santai² je kak. Nanti boleh cedera pula, terlampau nak kejor steps.
Deletekereeeen mbak tot.
ReplyDeleteSaya sepertinya perlu ikut challenge ni. Sebab sudah lama olahraga saya tak berprogres
Ayuh, Mas, kita berolahraga. 💪
DeleteWow..lebih 300k steps! Tahniah Nur 👏🏽
ReplyDeleteKalau dah cukup motivasi diri, tak perlu join apa-apa event larian/challenge.
Saya macam nak beli walking pad jugaklah, mudah nak brisk walk dalam rumah. Lagi pulak sekarang sini musim hujan, memang dah lama saya tak keluar berjalan.
Tima kasih, Ujie. Alhamdulillah. Haa.. bila kena sampuk angin rajin, macam ni la saya.
DeleteBeli je, Ujie, saya punya pun mur mur saja, beli kat shopee.
155km tu dah boleh masuk ultra! hehe tahniah kak nur
ReplyDeleteMekasih, Mazni. Alhamdulillah. Ultra amendanya.. lutut pun berbunyi.
DeleteWah banyak itu. Ada rekod larian ada rekod jalan lagi.
ReplyDeletePilih aktiviti running, tapi idok ler laju, laju sikit je dari jalan.
DeleteBagus tu rekodnya...SA ni je yang x mulakan lagi..ntah bila nak start ni
ReplyDeleteSA hari² jalan kaki naik turun LRT, kalau kira steps, mesti banyak juga.
DeleteWowww! Pencapaian yg mengkagumkan.. saya sehari nak capai 2K pun susah, sebab kerja banyak duduk..
ReplyDeleteGitu.. takpe. Weekend time cuti boleh jalan².
DeleteJom join challenge bookdoc lagi 💪🏻💪🏻
ReplyDeleteBaik. Baru install balik. Sudah join challenge solo yang free. 😊
DeleteUncle baru tau jam & fon uncle pun ada benda ni... tapi uncle pulak tak tau guna... huhuhuhu
ReplyDeleteKena sync lepas rekod aktiviti, uncle. Pastu hujung bulan, boleh tengok summary dalam sebulan aktiviti kita.
DeleteTahniahnyer
ReplyDeleteRajinnya melarikan diri
Mekasih, Wak. Alhamdulillah. Happy, Wak, bila lari, badan rasa ringan.
Deletetahniah akak... moga2 linda pun rajin juga...
ReplyDeleteMekasih, Linda. Jom la kita, ye. Jalannnn jer...
DeleteWahh Tahniah Nur. Nak cari walking pad pulak rasa.
ReplyDeleteTima kasih, Mulan. Alhamdulillah. Hehe.. sila, sila.
DeleteTahniah Nur.
ReplyDeleteSemoga terus istiqamah amalkan gaya hidup sihat.
Terima kasih, kak Amie. Alhamdulillah.
DeleteInsya-Allah, saya cuba.
Wahhhhh semangat💪💪💪💪Tahniah Tot....semoga vibes Tot yang rajin bersenam ni singgah pada KSarie yang melemau tak hingat ni
ReplyDeleteTerima kasih, KSarie. Hehe.. KSarie kerja, hujung minggu boleh la kot, riadah dengan anak².
DeleteYg penting rutin saja. Lama2 kalau dah terbiasa workout, badan akan addict . Saya kalau kelamaan tak workout, badan tak sedap, mood langsung tak stabil. Makanya selalu sempatkan utk senam walau sebentar
ReplyDeleteIya kan, Fanny. Lepas workout, badan rasa segar dan ringan saja.
Delete