Wednesday, May 13, 2026

Laporan bersenam April

Saya sudahi cerita bulan April dengan rangkuman aktiviti bersenam di bulan tersebut. 

Bulan April saya rajin kumpul steps. Kalau tidak pergi jogging di padang, saya akan gunakan walking pad bila ada masa di rumah. Jom tengok...

Aktiviti berlari di bulan April 2026 menggunakan aplikasi Garmin Connect
Larian di bulan April

Jumlah jarak berlari: 155.7 kilometer

Purata lari dalam sehari: 5.2 kilometer

Purata lari dalam seminggu: 36.3 kilometer

Alhamdulillah. Jarak paling tinggi dalam sebulan yang berjaya dicapai sejak sekian lama, sejak saya pencen masuk mana-mana event larian atau ikuti apa-apa challenge di Bookdoc, Garmin Connect atau ikuti Runliga.

Aktiviti berjalan di bulan April 2026 menggunakan aplikasi Garmin Connect
Berjalan di bulan April

Eh, ada dua hari saja saya rekod aktiviti berjalan.

Jumlah jarak berjalan: 8.1 kilometer

Purata jalan dalam sehari: 0.3 kilometer

Purata jalan dalam seminggu: 1.9 kilometer

Aktiviti cardio dan angkat beban menggunakan Garmin Connect
Cardio dan latihan beban di bulan April

Ada 4 hari saja saya rajin buat.
Jumlah masa bersenam: 1 jam 10 minit
Purata bersenam sehari: 2 minit 21 saat
Purata bersenam seminggu: 16 minit

Jumlah langkah untuk 12 bulan

Merujuk kepada laporan di atas, jumlah steps atau langkah saya di bulan April adalah sebanyak 352,947. Paling tinggi sejak sekian lama. 

Alhamdulillah. Allah bagi nikmat sihat. 

Okay la tu. Untuk bulan Mei ini, saya sudah kurang pergi jogging, banyak berkebun di rumah saja pagi-pagi. 

Sekian laporan bersenam. Semoga kita semua dapat peruntukkan waktu walaupun sibuk dengan kerja seharian, untuk bersenam dalam 20 minit, 3 kali seminggu paling kurang. Badan kita akan terima kasih pada kita bila mula rasa kesan baik aktiviti keluar peluh. Kekalkan bersederhana, senam ikut kemampuan diri sendiri, don't overdo dan recovery juga penting.

Jumpa lagi. 💗

34 comments:

  1. ratus ribu step dlm sebulan hebat tu..ingat dlu masa join challenge healthy thn 2024...merasa la 200k++ step sebulan tk silap...skarang 50-60k step je dlm sbulan tp tu bkn la bersenam haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, banyak tu, 200k steps sebulan. Betul, bila ada challenge memang kita akan usaha kumpul steps.

      Delete
  2. wow ...akak ni pun sejak join challenge KKM slow-slow rajinkan diri tapi leader lah pulak menekan-nekan nak kejorkan gangsa. Padahal yang lain-lain ni buat santai-santai je janji jalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uish.. santai² je kak. Nanti boleh cedera pula, terlampau nak kejor steps.

      Delete
  3. kereeeen mbak tot.
    Saya sepertinya perlu ikut challenge ni. Sebab sudah lama olahraga saya tak berprogres

    ReplyDelete
  4. Wow..lebih 300k steps! Tahniah Nur 👏🏽
    Kalau dah cukup motivasi diri, tak perlu join apa-apa event larian/challenge.

    Saya macam nak beli walking pad jugaklah, mudah nak brisk walk dalam rumah. Lagi pulak sekarang sini musim hujan, memang dah lama saya tak keluar berjalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tima kasih, Ujie. Alhamdulillah. Haa.. bila kena sampuk angin rajin, macam ni la saya.
      Beli je, Ujie, saya punya pun mur mur saja, beli kat shopee.

      Delete
  5. 155km tu dah boleh masuk ultra! hehe tahniah kak nur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, Mazni. Alhamdulillah. Ultra amendanya.. lutut pun berbunyi.

      Delete
  6. Wah banyak itu. Ada rekod larian ada rekod jalan lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pilih aktiviti running, tapi idok ler laju, laju sikit je dari jalan.

      Delete
  7. Bagus tu rekodnya...SA ni je yang x mulakan lagi..ntah bila nak start ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. SA hari² jalan kaki naik turun LRT, kalau kira steps, mesti banyak juga.

      Delete
  8. Wowww! Pencapaian yg mengkagumkan.. saya sehari nak capai 2K pun susah, sebab kerja banyak duduk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gitu.. takpe. Weekend time cuti boleh jalan².

      Delete
  9. Jom join challenge bookdoc lagi 💪🏻💪🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik. Baru install balik. Sudah join challenge solo yang free. 😊

      Delete
  10. Uncle baru tau jam & fon uncle pun ada benda ni... tapi uncle pulak tak tau guna... huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena sync lepas rekod aktiviti, uncle. Pastu hujung bulan, boleh tengok summary dalam sebulan aktiviti kita.

      Delete
  11. Tahniahnyer
    Rajinnya melarikan diri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, Wak. Alhamdulillah. Happy, Wak, bila lari, badan rasa ringan.

      Delete
  12. tahniah akak... moga2 linda pun rajin juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, Linda. Jom la kita, ye. Jalannnn jer...

      Delete
  13. Wahh Tahniah Nur. Nak cari walking pad pulak rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tima kasih, Mulan. Alhamdulillah. Hehe.. sila, sila.

      Delete
  14. Tahniah Nur.
    Semoga terus istiqamah amalkan gaya hidup sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, kak Amie. Alhamdulillah.
      Insya-Allah, saya cuba.

      Delete
  15. Wahhhhh semangat💪💪💪💪Tahniah Tot....semoga vibes Tot yang rajin bersenam ni singgah pada KSarie yang melemau tak hingat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, KSarie. Hehe.. KSarie kerja, hujung minggu boleh la kot, riadah dengan anak².

      Delete
  16. Yg penting rutin saja. Lama2 kalau dah terbiasa workout, badan akan addict . Saya kalau kelamaan tak workout, badan tak sedap, mood langsung tak stabil. Makanya selalu sempatkan utk senam walau sebentar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya kan, Fanny. Lepas workout, badan rasa segar dan ringan saja.

      Delete