Cerita pada 21 April yang lepas. Tiba-tiba teringin nak makan kuetiau goreng. Penyakit mudah berjangkit. Bila tengok ada rakan blogger makan kuetiau, kita pun jadi teringin juga. 😁
Saya jarang-jarang keluar malam pergi makan. Biasanya, makan malam sebelum pukul 7. Tapi sesekali enjoy apa salahnya, ye dak. Lama tak keluar malam, tengok lampu-lampu.
Saya google kuetiau goreng sedap di daerah saya, dan kedai berikut antara yang terkeluar dalam senarai. Ada tempat yang saya familiar. Tapi, pada malam itu, kami ambil keputusan untuk pergi tempat yang kami tak pernah pergi lagi. Ater... jom!
![]() |
| Suamiku laju jer jalan. |
Cafe Empat Tujuh. Ada perasan akan kewujudan cafe ini. Tapi tidaklah pernah kami menyinggah. Baca review, orang kata, kuetiau dan makanan western cafe ini sedap-sedap, jadi, kami pun pergilah.
Tempat duduk makan selesa. Ada aircond. Ada satu keluarga sedang menikmati juadah masa kami baru masuk. Ada adik datang bawa menu. Kita kena tulis pilihan makanan pada borang pesanan.
Antara menu yang ada termasuklah menu western seperti spaghetti, lamb grill, mix platter, smash burger, meatball, chicken chop dan sebagainya.
Jika kurang suka menu western, ada menu nasi juga dan mee, kuetiau, nasi goreng, nasi ayam gepuk, dan nasi lemak. Lain kali datang, macam nak cuba mee kari special dia.
Minuman pula, ada jus dan pelbagai jenis minuman orang muda sekarang, seperti blue lagoon, kopi ada pelbagai jenis, matcha pun ada, dan macam-macam lagi.
Coffee dia macam kopi dekat kedai kopi popular, contohnya ada buttercream latte, matcha strawberry, dark forest latte pun ada.
![]() |
| Latte dan hazelnut latte. |
Suami saya biasanya minum kopi ais. Tapi malam itu, dia pesan kopi panas. Malam-malam minum kopi boleh tidur ke? Boleh jer... bagi saya. Saya kan tukang kebun. Badan memang penat. Letak kepala jer, hanyut. Tiada masalah tidur.
![]() |
| Kuetiau goreng. |
Alhamdulillah. Lega dapat makan kuetiau goreng. Boleh tahan rasanya. 😋
![]() |
| Roti bakar. |
Eh, suami saya sudah ambil roti bakar separuh. Dia celup kopi. Itu yang ambil gambar atas, tinggal separuh.
Seperti biasa, kami makan kongsi-kongsi, hidangan yang ada. Alhamdulillah.
Harga makanan kami pesan:
Kuetiau goreng harga RM8.
Roti bakar kaya RM6
Latte panas RM9
Spanish latte panas RM9
Makanan dan kopi sedap. Kopi dia buat kurang manis. Baguslah. Boleh datang lagi ke cafe ini, lain kali.
Butiran restoran:
Cafe Empat Tujuh
47, Persiaran PM 3/5, Pusat Bandar Seri Manjung, Seri Manjung, Perak.
Selasa hingga Ahad, 9 pagi hingga 10.30 malam
Tutup setiap Isnin.
Sekian perkongsian. Jumpa lagi, ye. 💗




Judul tu macam permualaan pantun pulak... Uncle sambung ye....
ReplyDeleteMalam-malam makan kuetiau,
Duduk santai tepi lampu,
Kalau hati rasa kacau,
Jom baca blog Tot dulu 😄
Alolo... Sedapnya pantun uncle. Mekasih, uncle. Saya tak reti jawap, tapi saya hargai sangat.
DeleteCantik kuetiau gorengnya tu Nur.
ReplyDeleteTeringat kawan saya kata, dia minum bapak kopi malam-malam.pun tetap boleh tidur. Lain orang kain peel tidurnya kan Nur.
Ye, kak Amie. Sedap juga. Alhamdulillah.
DeleteBetul, kak. Rezeki masing-masing, tak sama.
Ok saya sambung pantun Uncle Gedek..
ReplyDeleteMalam gelap ada cahaya,
Nampak indah suasana romantis,
Roti bakar cicah gula,
Blog Tot dah masuk bloglist.
Sweetnya, pandai Aiza berpantun. Terima kasih, add blog saya dalam bloglist Aiza. 🤗
DeleteKuetiau kalau pandai goreng memang sedap, selamat menjamu selera
ReplyDeleteTerima kasih. 😊
DeleteHebatnya uncle Dan sis Aiza berpantun.. terkesima kita membacanya..
ReplyDeleteLinda suka kuetiau goreng..
Kan, Linda. Sedap pantun Uncle Gedek dan sis Aiza.
DeleteSama kita.
nampak sedap la kuetiau tu. kopi pun menarik siap ada art.
ReplyDeleteAlhamdulillah, sedap, Cie. Boleh repeat kedai ni. Kopi pun okay.
DeleteBanyak tempat menarik di Sitiawan dan Manjung yang KSarie baru tahu hasil perkongsian Tot di blog. Semoga ada rezeki KSarie nak makan-makan di kedua daerah ni nanti
ReplyDeleteInsya-Allah, kalau KSarie datang sini, dah ada port mana nak lepak. 😊
DeletePandai Nur cari kedai. Alhamdulillah kuetiau sedap. Kitorangpun malam tidak keluar cari makan.
ReplyDeleteKita cuba je, mana yang belum pernah pergi. Mana tahu, kot ada hidden gems belum ditemui. Alhamdulillah.
DeleteYe la, NA, selalu malam-malam letih kan, nak keluar.
Dah lama SA x lepak kedai malam- malam..dulu rajin...maybe faktor umur kot..malam kul 9pm je dah ngantuk...waakakakaka...
ReplyDeleteHehe.. samalah kita. Tapi kalau hujung minggu, okay juga, saja tengok lampu, kan.
DeleteKwetiau ini memang salah satu menu favorit saya kalau mendadak lapar di malam hari.
ReplyDeleteTeksturnya tu unik, dan rasanya lebih mengenyangkan. Sedap betul nampaknya kwetiau yang mbak tot beli.
Wah, apa malam ini saya beli kwetiau juga ya? hahahaha
Oh, ya ka.. memang enak kuetiau ya, Mas Fajar.
DeleteSila, sila, Mas. Kalau teringin, haruslah mencari. Kikiki....
kalau dah sedap dan harga pun affordable...apa lagi bolehlah lock for next trip pulak
ReplyDeleteBetul, betul! 😊
Deletemcm sedap. sesekali mlm lewat sikit tak pe.
ReplyDeleteYe, kak, sekali-sekala, kan.
DeleteAdeh teracun la pulak...
ReplyDeleteSy suka kalau dapat keluar berdua makan ringan² gini dgn suami. Tapi itulah, handbag kecik tu ada, weekdays kena tidur awal dia sekolah 😆
Hehe..
DeleteTakpe la, PH, handbag kecik buat peneman. 😁 Later-later, Insya-Allah, ada peluang dating berdua dengan suami.
Lamanya tak makan Kuetiaw ni
ReplyDeleteMulan pun hari tu masak kuetiau, kan. Hehe.. 😋
DeleteSaya teringat kwetiaw goreng di kampus saya dulu, di Penang . Sedaaaap sangat . aroma smokeynya dapat. Itu yg saya suka.
ReplyDeleteTak nak lagi minum kopi malam.
Kemarin tuh, ajak uncle gedek ngopi di jakarta, trus malamnya saya tak bisa tidur 🤣🤣🤣. Padahal esok pagi kami nak ke bandung. Memang JD zombie lah 😅
Kuetiau di Penang memang terbaik, Fanny. Akak pun suka bila ada aroma smokey tu.
DeleteHaha.. adeh.. ye la, lain kali mengopi before 4 pm ya, to be safe.
not bad cafe ni. ada menu western, kopi latter art. harga pun okay dah tu
ReplyDeleteYe, Mazni. Memang elok cafenya. Menu pun pelbagai.
DeleteButtercream latte tu my favv! maneh let-ting. Tapi tak banyak kedai jual. Depa ada yang latte biasa je.
ReplyDeleteHa.. betul, Faa. Bukan semua cafe ada buttercream latte.
DeleteMalam-malam saya suka minum kopi cair. Tak ganggu tidur.
ReplyDeleteBetul juga tu. Buat cair kopinya, daripada bancuh macam biasa.
DeleteCuya kalau minum kopi kadang2 tak tidur, kadang2 boleh lak tidur. Entah tak faham Cuya badan Cuya fungsi cane. Heheh
ReplyDeleteSedapnya kuey teaw..
Hehe.. itu biasa. Mungkin kadang boleh tidur sebab badan letih sangat kot.
DeleteMemang sedap kuetiaunya, Cuya, boleh repeat.