Cerita pada hari Rabu, 29 April 2026 yang lepas.
Pagi-pagi sudah pergi jogging di padang lagi. Bulan April lepas memang mood rajin jogging. Nanti saya akan kongsi rangkuman aktiviti riadah sebulan, lepas habis cerita bulan April ni. 😁
![]() |
| Langit dan awan pagi yang cantik |
Kami sampai awal. Matahari pun belum keluar. Laju-laju jalan, jom. Cepat siap jogging, cepat kita boleh balik.
![]() |
| Jogging selama 53 minit, dengan jarak 4.56 kilometer. |
Saya buat hingga sampai 7 ribu langkah sahaja. Saya juga IF sampai pukul 12. Saya tak ambil sarapan. Cuma makan tengahari dan malam.
Balik rumah, saya masak kari ayam. Goreng telur dadar juga. Suami dan anak bongsu, Sulaiman masih perlu makan. Saya je nak kurangkan nasi (carbo).
Waktu di rumah, bolehlah kawal makan. Kalau keluar rumah nyongket, memang tidaklah, ya. Hehe...
![]() |
| Makan tengahari saya |
Saya makan oat bersama epal hijau dan chia seed. Sejak tarikh cerita ini, jika saya di rumah, saya makan oat saja untuk first meal of the day. Sebelum ini, saya biasanya makan nasi berlauk.
Ini bukan pertama kali saya makan oat. Dulu-dulu, waktu zaman rajin, saya selalu makan overnight oat. Sekarang ni, sebab saya tak boleh ambil susu, jadi saya masak oat on the spot je bila nak makan.
Kenapa saya makan oat:
🌻Oat mengandungi serat larut yang dipanggil beta-glucan, yang bertindak sebagai 'span' dalam usus untuk menyerap kolesterol dan mengeluarkannya dari badan sebelum ia diserap ke dalam aliran darah.
🌻Saya terbaca, ada kajian menunjukkan pengambilan 3 gram beta-glucan daripada oat setiap hari mampu menurunkan kolesterol LDL (sering disebut kolesterol jahat kerana kemampuannya membentuk plak yang menyempitkan pembuluh darah) sebanyak 7-10%.
🌻Kesan pantas: Beberapa kajian mencadangkan diet tinggi oat boleh menurunkan kolesterol dalam masa singkat, malah seawal dua hari dalam kajian intensif (ini ChatGPT cakap. Boleh jadi salah, boleh jadi betul).
🌻Cara makan: Untuk hasil terbaik, pilih rolled oats atau steel-cut oats berbanding oat segera (instant) yang terlalu diproses. Elakkan menambah gula berlebihan, sebaliknya tambah buah-buahan seperti beri atau epal.
🌻Konsistensi: Ia perlu diamalkan secara konsisten sebagai sebahagian daripada diet rendah lemak tepu.
Masa beli oat di supermarket, saya tengok harganya boleh tahan. Saya pilih rolled oat dengan jenama paling murah. Okay, bagi saya, makan oat ni. Rasa badan ringan sahaja. Boleh tahan lama, perut rasa tak lapar.
Sebab harga pun tak murah, saya akan makan sampai habis la. Lepas ni, cadangnya, tak mahu dah makan oat. Sebab bukan sedap pun. Hehe.. cuma nak makan real food saja. Insya-Allah.
Okay. Jumpa lagi, ye. 💗



Alamaakk kena cuba jgk la makan oat... tp tu la sbb rs nya yg tasteless tu buatkan mcm x lalu nk telan hehee...😅😅
ReplyDeletelinda memang tak boleh la makan oat.. nak try buat overnight oat...tapi, risau tak lalu pula...nak kurus juga..(tapi malas)... adoiii
ReplyDelete