Tu la, kome ni, selalu share beli apa di TikTok, saya dah terpengaruh dah ni. Hahahaha... Adoi. Asalnya, saya buat kajian dulu, perbandingan harga, satu benda ini yang saya sedang cari. Ada dijual di Shopee dan TikTok. Tapi, harga di TikTok lebih murah, jadi, apa lagi...
Aplikasi TikTok ni macam aplikasi Zus juga di telefon saya. Sekejap ada, sekejap hilang. Bila saya ada video tak tahu nak upload mana dan rasa sayang nak delete video sebab benda yang saya rakam tu, bukan selalu boleh tengok, jadi saya pun upload di TikTok. Lepas upload, sehari, dua hari je bertahan di telefon. Lepas tu, saya akan uninstall app tersebut. Ini adalah kerana, app itu kuat pakai bateri. Saya bab mengecaj handphone ni, memang malas, sama malas macam kena caj jam sukan juga. Begitu ceritanya. Eh, lupa, kalau nak tengok video apa yang saya upload di TikTok, bolehlah follow saya. Ada saya kongsikan butiran di page Contact blog ini.
Ok, sambung cerita. Pada 29 April 2026 yang lepas, saya install semula TikTok semata-mata nak beli sebuah buku. Buku apa? Sila lanjutkan membaca...
![]() |
| Buku selamat sampai. |
Buku Formula Dr. Mani. Dekat shopee, harganya RM124.90. Sementara di TikTok pula harga RM93, termasuk pos. Selamat sampai selepas dua hari, tak silap.
Pertama kali beli di TikTok Shop. Okay juga. Banyaknya barang murah. Tapi barang tak berkenaan (yang lucah) pun ada. Ish... apa ni? Tak gemorlah saya. Sampai saja buku, selesai bagi review, saya uninstall semula. Selamat. Ish, bahaya la app tu, bagi saya.
![]() |
| Bungkus dengan bubble wrap di dalam. |
Elok, bungkusan semua okay. Puas hati.
![]() |
| Tadaaa... muka hadapan. |
Saya dah siap balut. Baca belum. Balut dulu dengan pembalut plastik. Adalah baki segulung, dalam almari buku. Sudah berakhir zaman balut buku sekolah. Kita balut buku sendiri pula.
![]() |
| Muka belakang buku. |
Pembaca yang tak kenal siapa Dr Mani ini, bolehlah google ya.
Setakat entri ini ditulis, saya sudah baca sampai muka surat 15 baru. Tapi semangat nak jaga makan itu berkobar-kobar, kome. 🤭 Sebab itu ke saya makan oat? Tak, yang cakap oat baik tu, doktor lain. Kalau anda ada tengok video Dr. Mani ni, dia cakap yang makan oat tu, kuda jer! Kikikih..... itu pasal saya suka dia. Sebab dia cakap terus terang je, takde cover-cover. Tapi Formula Dr. Mani ni memang berjaya reverse penyakit la, ya, kalau kita amalkan dengan konsisten.
Itu juga matlamat saya. Nak buang segala jenis ubat-ubat yang kena makan ni. Nak yang alami, semulajadi je. Kome jangan main-main, tau. Sebenarnya, banyak je benda keliling kita ni, tumbuhan atau herba berkhasiat. Nantilah, kot datang idea, saya cerita di lain entri. Allah pun dah buat badan kita ni ciptaan terbaik untuk kita. Jadi, sudah jadi tanggungjawab kita untuk jaga amanah kurniaan Allah ini dengan baik. Cubalah, okay. Tak dapat buat semua benda, kita buat mana kita mampu je, okay. 💪
Gitulah ceritanya, benda pertama saya beli di TikTok Shop. Pengalaman membeli smooth saja. Alhamdulillah. Beli dari kedai pengedar atau authorised dealer. Kena perhati dulu, jangan terus beli sebarang saja. Takut scammer. Itu nasihat dari anak bongsu saya, Sulaiman. Dia sudah beberapa kali beli dari TikTok shop. Last sekali dia beli earpods di TikTok, harga seringgit ke, 3 ringgit, saya dah lupa. Tapi jenis elok punya, entah camana dia jumpa tak tahulah.
Okay. Jumpa lagi. 💗




haaa...anak yang nasihat mak...jgn tertipu dengan scammer.. hihihi...
ReplyDeletelinda beli sebab anak2 je kak.. guna tiktok yang sama, jadi diorang add to cart je.. nanti mak tapis, mana bole beli.. mana tak boleh beli.. hahaha
Hehe.. anak lagi terer, mak tak pandei.
DeleteGitu.. baguslah camtu. Linda tapis dulu, beli mana perlu dan bermanfaat je, ye dak.
Wah, pembelian pertama yang berjaya! Memang kena hati-hati beli kat TikTok ni, kena tengok authorised dealer macam yang Sulaiman nasihatkan tu. Selamat membaca Nur, moga bermanfaat ilmunya..Bagusnya semangat nak reverse penyakit secara alami. Betul kata Nur, badan kita ni amanah. SA pun suka gaya Dr. Mani yang straightforward tu. Semoga perkongsian ni jadi pemangkin untuk kita semua jaga makan ye...
ReplyDeleteTerima kasih, SA. Insya-Allah.. marilah kita, sama² ye. 🤗
DeleteNnt share jer makanan yg sihat...saya pun x suka oat...
ReplyDeleteMakanan yang sihat adalah real food, dalam keadaan asal, macam ikan, ayam, buah, sayur, daging. Bukan yang manusia buat di kilang. Tu je, konsepnya, Sueann.
DeleteTikTok boleh jadi racun yang power jika tak mampu kawal diri..tapi beli buku itu kira pembelian yang bagus..harap dapat baca dan amal
ReplyDeleteInsya-Allah, Encik Hanafi. Saya cuba.
DeleteSamaa kita kak. Saya nih tak suka pakai TT sebenernya. Macam tak best layout dia. Buat pening . Tp kdg saya instal kalau nak cari info sesuatu. Kalau utk shopping tak suka, LBH suka pakai Tokopedia. Nanti kalau info dah saya dapat, uninstall LGS. Kalau butuh info baru, install lagi hahahahah. Bolak balik macam tuh je
ReplyDeleteHaha.. boleh sama kita ya, Fanny. 😊
DeleteBijak memilih mana yg sesuai untuk kita, aplikasi shopping ni memang suka menyamar menghasut kita dgn iklan² yg nmpk baik, tapi suruh kita abiskan duit je. Betul tu caranya kita uninstall je utk avoid kan gangguannya.
ReplyDeleteKannn...
DeleteCie sampai sekarang takde akaun TT. Mula wujud TT dulu ada tapi tak kena jiwa Terus uninstalled sampai la sekarang takde. Shopping online di Shopee je.
ReplyDeleteShopee lebih mudah ya, Cie.
DeleteSy suka membeli dkt tiktok & shopee...Lazada dah kurang dh skrg =D
ReplyDeleteLazada dah lama tak buka. Sebab dekat shopee pun dah ada semua kan, Nieza.
DeleteCuya pon dulu biasa beli di TikTok. Tula kena bandingkan harga Shopee dgn TikTok tpi bagi Cuya Shopee lgi untung sebb Cuya boleh kumpul coins hari2
ReplyDeleteBetul tu, di shopee boleh kumpul coins.
DeleteAkak takdak tiktok tapi kawan cakap tiktok lagi murah dari shopee. Taknak terjebak. Cukup lah shoppee. Lagi satu kata polis yang bagi ceramah pasal scamer baik shopee daripada lazada sebab shoppee barang sampai baru kita bayar tapi lazada tidak. Bayar je terus sekali sampai barang hampeh.
ReplyDeleteHa ah, betul juga tu. Barang sampai, kita check, barulah tekan order received. Kalau tak betul, boleh return. 👍
DeleteSaya takde TT, jadi belum pernah membeli di TT.
ReplyDeleteBagusnya Nur minat dengan bahan bacaan begini. Tak pernah tahu pun pasal Dr. Mani ni.
Tak yah install, Ujie. Tak rugi apa pun takde TT.
DeleteIkhtiar, nak jalani hidup lebih sihat, kena cari ilmu dulu. 😊
kalau 1st pembelian di tiktok memang murah sebab ada voucher. saya pun macam akak jugak, before nak beli sesuatu barang tu akan check kat lazada, shoppe dan tiktok. so far shopee tetap di hati
ReplyDeleteHehe.. akak pun macam sama. Suka shopee lagi.
DeleteSaya tiada akaun TT. Ini mesti Nur sudah tidak mahu makan ubat doktor bagi. Bagus juga. Ubat bagi saya macam beri kesan negatif.
ReplyDeleteKann.. sama pemikiran kita. 😊
DeleteAda akaun TT utk beli barang cucian rumah dan keperluan dapur yang betul2 digunakan, sebab harganya murah
ReplyDeleteGitu, memang ada barang sangat murah di TT ya, Mulan.
DeleteBanyak kali juga dengar orang cakap pasal Dr Mani ni. Pasal pemakanan sihat, dsb. Tahniah Tot berjaya membuat pembelian di Tik Tok. KSarie ada beli beberapa kali di Tik Tok. Biasanya beli Shopee. Selalu bila dah beli barang baru teringat nak compare harga😅Terlambat sudah😅
ReplyDeleteHehe. Memang. Saya pun kadang jadi camtu, KSarie. Beli tudung ingat dah dapat harga murah. Sekali bila dah beli, aik, ada tudung sama, harga lebih murah. Hehe..
Delete