Thursday, May 21, 2026

Pinjam buku lagi

 Pada 24 April yang lepas, saya ada pergi ke Perpustakaan Komuniti Aeon Mall Seri Manjung. Kadang memang ada rasa nak membaca, jadi saya pinjam buku. 

Banyak buku ada. Tak tahu mana satu menarik untuk dibaca. Oh, dalam perpustakaan itu macam panas sikit, aircond tak berapa kuat. Patutlah meja pustakawan itu ada letak kipas meja. Masa sedang belek-belek, mencari buku, ada terfikir untuk isi borang aduan yang ada disediakan di bahagian supermarket Aeon. Tapi bila keluar perpustakaan saja, terus terlupa.

Pada hari itu, saya pinjam buku bertajuk Perempuan Limited Edition.

Karya Izzati Elya, Rizki Ayu Amaliah dan Ummu Kalsum Iqt. 

Buku ini kategori Bantu Diri atau Self-Help.

Entah kenapa saya kurang berminat baca buku cerita atau fiksyen.

Muka depan buku Perempuan Limited Edition
Muka depan

Kulit belakang buku Perempuan Limited Edition
Kulit belakang buku

Buku ini membawa kisah-kisah inspiratif dan pelbagai pesanan untuk menjadi perempuan yang mahal dan diredhai Allah.

Antara bab, ada ilustrasi yang saya kira, lukisan menggunakan watercolor yang cantik. 

Antara isi menarik

Perempuan ini sering dikaitkan dengan sifat malu. Tapi perempuan zaman sekarang, ramai yang sudah hilang sifat malu itu. Ada juga hujah yang berkait rapat dengan wanita zaman sekarang. Pakai tudung pun, ikut fesyen, menampakkan bentuk leher, dan macam-macam lagilah.

Ada juga yang kena atas batang hidung saya sendiri. Tapi baguslah, itu sebab saya pinjam buku sebegini, supaya saya sedar diri dan beringat. Ye la, kita kan mudah lupa. 

Saya sudah pun pulangkan buku ini pada 9 Mei yang lepas. Saya pinjam sebuah buku saja pada satu masa. Nak habiskan baca sebuah pun ambil masa pada saya. Tapi saya cuba juga baca sekurang-kurangkan sehelai sebelum tidur. 

Buat masa ini, saya belum pinjam lagi buku. Tunggu seru membaca datang lagi, barulah saya akan pergi.

Sekian perkongsian tentang buku kedua yang saya pinjam dari perpustakaan ini. Saya tulis di blog buat rekod saya.

Jumpa lagi. 💗

26 comments:

  1. Saya dah bertahun tak ke perpustakaan, entah macam mana rupa dalam perpustakaan agaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try la masuk, Aiza. Perpustakaan komuniti ni rupanya lebih moden, lengkap komputer boleh layari internet, tak macam perpustakaan awam zaman dulu.

      Delete
  2. Semakin kita bertambah usia, kita kena banyak bercakap & membaca. Ia boleh membantu mengelakkan nyanyuk.. bagus Tot suka membaca, harap berterusan. Saya pun ada banyak buku yg belum habis baca..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena ambil masa sikit kan, untuk membaca, macam bersenam juga.

      Delete
  3. Replies
    1. Itu la, tempat yang jarang benor kita nak masuk kan, Nieza.

      Delete
  4. Menarik jugak buku tu, pada mulanya sy ingatkan fiksyen. Bagus Tot baca buku2 macam ni, boleh beri inspirasi dan boleh ambil pengajaran juga.

    ReplyDelete
  5. Sy dah lama tak ke library. Stok buku yg belum baca di rumah pun boleh tahan juga. Sejak pakai spek ni, jarang baca buku. Kurang selesa kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, sebelum ni, PH tak pakai spek, ya? Macam tu la.. kena biasakan mata pakai spek selalu.

      Delete
  6. Antara membeli dengan meminjam..bagus juga meminjam kerana kurang melibatkan kos...cuma nak jadikan koleksi jer tak dapat dapat berbuat demikian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang nak kurang membeli, Encik Hanafi, sebab rumah sudah banyak barang.

      Delete
  7. Malas dah membaca buku sejak hp ada macam2 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. bila baca buku, rasa lain, Cie, tak sama macam baca eBook.

      Delete
  8. Lamanya tidak pergi perpustakaan dalam Aeon Bandaraya. Saya selalu apabila saya seorang diri di rumah dan hendak baca suratkhabar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha.. saya tak nampak pula suratkhabar di perpustakaan hari tu.

      Delete
  9. Perpustakaan mini yang open area tu ke kak? Sebab pernah nampak satu spot yang ada banyak² buku..tapi, tak perasan perpustakaan atau tempat membaca je yang AEON sediakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang di Aeon Manjung ni, perpustakaannya berhadapan Daiso, Linda. Ada tulis Perpustakaan Komuniti, bukan sudut membaca.

      Delete
  10. saya punya koleksi buku terakhir beli pada era covid dulu pun masih belum habis dibaca lagi kak tot. tapi adalah waktu senggang begini kita ambil baca selaman dua.

    Sekarang dah jauh sikit dari library, memang tak meminjam sudahlah kitanya...

    menarik perkongsian hasil bacaan dari kak. Betul tu, kita ni, dapat beringat melalui pembacaan, memang alpa kalau tidak diingatkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe Sofie, baca slow² bila free. Sebab buku sendiri takpe. Kalau buku library, jadi kalut sikit sebab kena pulang bila sampai tarikh pulang.

      Delete
  11. Semua AEON ada pustaka gini? Sebab kat tempat saya pun ada seketul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya, ada. Sebab akak pernah pergi Aeon Taiping pun ada juga, perpustakaan.

      Delete
  12. menarik jugak isi dalam buku ni. betul, kenalah jadi perempuan yg mahal!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann.. kena jaga diri dan maruah sebagai seorang perempuan.

      Delete
  13. Wahhhh mantap Tot membaca buku sebegini. KSarie kalau baca buku genre sebegini sokmo la kecundang di tengah jalan. Molek pesanannya agar menjadi seorang perempuan yang menjaga diri sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. KSarie baca buku tebal, saya pinjam buku nipis saja. Huhu.. jadilah, seronok juga sebab isinya berkaitan hidup kita.

      Delete