Sabtu, 2 Mei 2026

Rezeki anak dapat Anugerah

Cerita pada hari Isnin, 20 April 2026 yang lepas. Hafizan dapat Anugerah Ketua Jabatan di Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Ibubapa tak dijemput pun. Tapi Hafizan ada kongsi gambar. 

Saya pernah kongsi kejayaan Hafizan masa semester 1 di sini 👉 Kejayaan yang Tidak Diduga.

Hafizan ini, anak kedua saya. Masa memang pantas berlalu. Sekarang Hafizan sudah berada di semester 4. Anugerah yang dia dapat ini, untuk keputusan periksa semester 3. Syukur Alhamdulillah.

Tumbler Anugerah Ketua Jabatan Politeknik Ungku Omar, Ipoh.
Tumbler Anugerah Ketua Jabatan.

Tertera tulisan Anugerah Ketua Jabatan, Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Sesi 2025/2026. Putih suci tumbler-nya. 

Hafizan kata, simpan di rumah. Kalau mama nak pakai, pakailah. Dia punya botol air, besar punya. Yang kecil ini, susah kena refill selalu.

Tumbler Anugerah Ketua Jabatan Politeknik Ungku Omar, Ipoh.

Elok saya tengok, penutupnya. Sudah simpan dalam almari. Mama pun pakai botol air besar punya. Hehe... kot buat air halia panas ke, bolehlah guna tumbler ni.

Sijil penghargaan Anugerah Ketua Jabatan Politeknik Ungku Omar
Sijil Penghargaan

Sudah selamat simpan dalam folder sijil.

Gambar masa terima anugerah, tak ada. Gambar beramai-ramai semua penerima ada. Jadi, mama tak kongsilah ya. 

Tapi minggu sebelum berlangsungnya majlis itu, Hafizan minta beli kemeja lengan panjang hitam. Nak buat pakai semasa majlis. Mama pergi kedai Pusat Pakaian Sin Chow, tempat biasa cari barang keperluan sekolah anak. Anak pula tak ikut. 

Bapa budak suruh ambil kemeja saiz M. Mama pula kata, mana muat. Hafizan badan sado. Kena ambil saiz L. Belilah saiz L. Nyonya kedai cakap tak apa, kalau salah saiz, boleh tukar. Jangan buang resit. 

Test baju baru beli

Haaa... muat pun baju kemeja, saiz L. Ambil gambar, tunjuk pada bapa budak yang sudah pergi kerja. Baju raya anak-anak pun mama yang beli. Bapak budak sediakan ongkosnya saja. Saiz-saiz anak semua, mama tahulah. 😜

Alhamdulillah. Semoga anak-anak belajar dengan rajin. Kadang deme ni, kuat main game. Tengah malam berjaga. Siang siang tidur, jadi burung hantu. Bila mama tegur, terkenyup (loghat Perak maksud merajuk) pula. Sabor je la.

Syukur Alhamdulillah. 

Jumpa lagi, ya. 💗

42 ulasan:

  1. Hahaha abang2 Cuya pon gamers.
    Cuya gamers dekat Shopee jer, kumpul mata dapat tebus coins 😂

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang nama lelaki je, suka bebenor main game ye, Cuya.
      Akak rasa akak pun terjangkit Cuya, kumpul coins di shopee. Tapi akak tak main game dia, akak tengok video. Huhu..

      Padam
  2. Tahniahh Hafizan. Time studi, studi. Time main game, main je tau. 🤭 release tension tu.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah. Tahniah buat anaknya.

    BalasPadam
  4. Tahniah anaknya & juga ibu bapamya

    BalasPadam
  5. Ya saya masa waktu muda dan waktu belajar jadi kelawar. Kena tegur dengan Emak. Sekarang taklah. Hehe mereka akan berubah.
    Tahniah Hafizan.

    BalasPadam
  6. Tahniah! Semoga terus berjaya di masa akan datang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, Cie. Amin, yarabbalalamin...

      Padam
  7. Balasan
    1. Terima kasih, Nieza. Alhamdulillah. 😊

      Padam
  8. Tahniaaah! Hafizan keren, semoga nanti makin sukses dan berprestasi yaa :D

    BalasPadam
  9. Tahniah Hafizan! Semoga cemerlang selalu 🤲🏻

    Si Abang ni pun tak habis² exercise jari 🫣

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, PH. Amin.. 🤲
      Takpe la PH, sementara belum masuk belajar ni, kan, exercise jari. 😁

      Padam
  10. udah besor pun merajuk juga ke?? Alhamdulillah, lain anak, lain perangainya.. semoga semua anak2 kita membesar menjadi orang yang berguna dan berjaya dunia dan akhirat...aamin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sensitip sikit yang nombor dua ni, Linda. Huhu.. amin, yarabbalalamin... 🤲

      Padam
  11. Good job Hafizan.. next sem perform lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you, Ammi. Mudahan-mudahan, amin... 🤲

      Padam
  12. Tahniah Hafizan.
    Semoga terus berjaya dunia dan akhirat.

    BalasPadam
  13. Wah, tahniah ya Hafizan. Biasalah orang lelaki kalau main game kadang untuk hilangkan stres belajar. Yang penting sentiasa skor dan cemerlang. Tahniah ya kak nur

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, Encik.
      Mudah-mudahan...amin... 🤲

      Padam
  14. Alhamdulillah...saya juga tumpang gembira atas kejayan ini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, Encik Hanafi. Alhamdullah.

      Padam
  15. Alhamdulillah tahniah Hafizan. Semoga terus success dunia akhirat. Tahniah juga pada Tot dan suami mendidik anakandanya sehingga cemerlang

    BalasPadam
  16. Tahniah anakanda Hafizan..semoga terus success ye...my Dania next masuk Sem 6 dah...tahun depan lagi 2 sem...lepas tu dah grad!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, SA. Aminn.. 🤲 semoga berjalan lancar dan cemerlang anak² kita ya, SA.

      Padam
  17. Alhamdulillah dan Tahniah Hafizan

    BalasPadam
  18. Congrats untuk anaknya kak 🎉🎉🎉. Semoga bisa dipertahankan result yg sudah bagus 👍.

    Memang selalunya ibu yg tahu size anaknya kalah soal outfit 😄

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, Fanny. Aminn.. 🤲 iya kan..

      Padam
  19. tahniah hafizan! bagusla dia ni main game pun still boleh cemerlang!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, Mazni. Hehe.. rezeki dia. Alhamdulillah.

      Padam
  20. Suruh dia bawak sekali tumbler tu ke kelas. 🤭

    BalasPadam