Di rumah saya ini, ada beberapa jenis pokok bunga ros. Dalam entri ini, saya nak kongsikan gambar sekuntum bunga ros jingga atau oren, dari mula ia mengembang sehingga ia hampir layu.
Warnanya berubah juga. Nak katakan bunganya berwarna jingga sepenuhnya, tidak juga. Ia lebih kepada campuran warna jingga, kuning dan sedikit merah jambu.
Ros jingga selalu dikaitkan dengan simbol tenaga, semangat dan keghairahan.
Pokok ros ini memerlukan cahaya matahari sekurang-kurangnya 6 jam sehari untuk berbunga dengan lebat.
![]() |
| Gambar diambil pada 18 April 2026 |
Pokok ros juga perlukan medium tanah yang tidak menakung air dan perlu disiram setiap hari, jika cuaca panas.
![]() |
| Gambar diambil 19 April |
Kalau kita perhatikan, kejadian atau riwayat sekuntum bunga ros ini, banyak punya persamaan dengan kitaran hidup manusia.
Waktu bunga sedang mekar sempurna, ia melambangkan puncak kehidupan, iaitu cantik, kuat, tenaga muda dan berjaya. Bau pun harum mewangi.
![]() |
| Gambar diambil pada 20 April |
Semakin meningkat usia dari hari ke hari, warna semakin pudar. Bau harum pun mulai hilang. Dalam hidup manusia pun lebih kurang sama. Tenaga semakin berkurang.
![]() |
| Gambar diambil 21 April 2026 |
Kalau perhatikan dari atas, warna ros yang mulanya oren terang dan gelap, mulai pudar.
![]() |
| Gambar 22 April |
Kecantikan tidak kekal. Satu peringatan pada kita yang setiap yang bernyawa akan merasai mati dan tiada yang kekal di dunia ini.
![]() |
| Gambar 27 April |
Hampir jadi warna putih sepenuhnya dalam gambar di atas, kecuali di hujung kelopak, ada merah-merah sedikit.
Hidup ini singkat. Oleh itu, hargailah masa mekar (sihat dan muda) sebelum datangnya waktu layu (tua dan sakit).
Tapi, kita tak perlu takut dalam menghadapi tua. Terima perubahan fizikal dan mental sambil terus menyayangi diri sendiri.
Selagi diizinkan, kita boleh terus kekal aktif dan berfikiran positif. Hargai setiap nafas, rezeki, ujian, yang telah diterima sepanjang hidup.
Selamat berehat di hujung minggu.
Jumpa lagi, ya. 💗






Bila baru mula berkembang nampak serinya, bila layu seri pun pudar.. Ya itulah lumrah kehidupan seperti apa yang Tot kongsi di sini..
ReplyDeleteKann, LZ.
DeleteTiada makhluk yang kekal abadi. Tq atas ingatan.
ReplyDeleteSama², NA.
DeleteCantiknya, tapi tangan saya tak serasi nak tanam bunga ros. Asyik mati je, last2 saya tanam je pokok yg takde bunga sangat. hehe..
ReplyDeleteOkay tu. Asal tanam pokok.
DeleteCantik betul ros jingga ni...
ReplyDeleteKann, PH. Allah jadikan cantik. Suka tengok sebab yang ini jarang keluar bunga.
DeleteCantiknyaaaaa ! Nak tahu tak, dulu mama ajar rebus bunga ros ni pastu tapis air dia buat minum. Wangi badan luar dalam.
ReplyDeleteItu bunga ros merah, kan. Ke, ros warna lain pun boleh? Mekasih share petua tu, Faa.
DeleteTeringat lagu 'insan dan bunga' nyanyian tiar ramon
ReplyDeleteUiii.. lagu lama tu, Wak. Saya sampai cari kat youtube lagunya. 😁
DeleteLumrah kehidupan
ReplyDeleteKannn...
DeleteBunga ros gini kalau petik letak dalam rumah, semerbak tak baunya?
ReplyDeleteYang oren ni, kena cium dekat. Kalau ros merah tu, lebih semerbak bau.
DeleteCantik.. namun benarlah bunga itu akan layu. Tiada apa pon yg kekal di dunia ini. Masa itu emas. Selagi bernyawa, maka manfaatkan sebaiknya masa yg ada.
ReplyDeleteBetul tu, Cuya.
DeleteCantik warnanya tu. Dulu arwah mak selalu tanam. Warna merah atau putih. Sedap je cium baunya wangi.
ReplyDeleteRos putih dah jarang jumpa, Cie.
DeleteAko tak suka bunga sbb bau dia bole buat kepala sakit tp ako suka tgk bunga. Haha camne tu kan. Tengok dari jauh tp x mengharap dpt bunga sbb kalau dpt rs mcm rugi sbb tak bole makan 😅😅
ReplyDeleteSbb tu slalu pesan kawan² kalau nk bg hafdah tlg jgn bg bunga.
Haha... Ada ngeye juga. Masing² punya citarasa. 😊
Deleterupanya, bila nak layu, warna nya berubah.. tak tahu pula linda
ReplyDeleteHa ah Linda. Pudar seiring usia.
DeleteUntung tangan Nur sejuk...tangan SA...erm...tanam apa pun mati...hahaha...suka baca entry ni..sebalik penceritaan diselitkan ayat2 yang puitis...
ReplyDeleteRezeki, Allah yang jadikan hidup. Saya tanam je. Terima kasih, SA. Sudi baca cerita saya. 🤗
DeleteTerima kasih di atas pesanan tentang kehidupan dan kematian yang diulas molek dengan ros jingga. Semoga Allah sentiasa tetapkan hati kita di jalan yang benar dan lurus sehingga akhirnya ye Tot
ReplyDeleteAminn.. 🤲 mudah-mudahan ya, KSarie. 🤗
DeleteSaya nih kurang eksplor ttg bunga rose. Yg pernah saya lihat langsung cuma yg merah saja. Warna2 rose yg lain, sekedar melihat di majalah atau internet.
ReplyDeleteCantiiik sangat warnanya.
Betuuul lah, hidup manusia bisa diibaratkan dengan bunga rose. Awalnya cantik, mekar, yg melihat pun pasti senang hati. Tp semakin lama, warna akan semakin memudar , kelopaknya keriput, macam manusia juga.
Saya sempat kemarin2 tuh merasa takut menjadi tua. Sedih pun juga. Tp dipikir, semua manusia akan mengalami. Drpd saya stress Krn menjadi tua, better saya nikmati kan 😄
Kan, Fanny. Betul, hadapi dengan gembira dan tenang² saja. 😊
Delete