Sibuk bebenor ler, sampai tak sempat nak tulis blog. Entah apa benda yang disibukkan itu. Ke sana, ke sini. Minta maaf ya.
Entri ini mengisahkan cerita pada 23 April yang lepas. Harap bersabar ya, pembaca blogku sekalian. Cerita bulan April belum habis lagi. 😅
Walaupun cerita sudah lama berlalu, saya tak kira, kena cerita juga di blog.
Seronok betul pada hari itu. Saya paling suka bila suami saya off kerja. Jadi, boleh nyongket (maksudnya berjalan-jalan dan merayau dalam loghat negeri Perak). Entah semenjak dua menjak ini, suami saya asyik kerja lebih masa saja. Oleh itu, dia kurang masa dengan saya (Dah menyampah ke tu? Sudah tua-tua pun nak berkepit dengan laki ye 🙈). Sepatutnya, saya harus rasa bersyukur kerana suami ada kerja dan peluang buat over-time. Ye la, gajinya tak kemana pun, habis pada keluarga juga, ye tak? Hehe...
Oh, bila suami tidak kerja, hilang terus intermittent fasting. Pagi-pagi sudah pergi sarapan berdua di luar. Pada hari itu, kami pergi sarapan di Restoran Nasi Berlauk Kak Za.
Banyak juga lauk sudah tersedia pagi-pagi. Haruslah ambil lauk yang susah dimasak sendiri atau lama tak jumpa.
![]() |
| Pinggan saya |
Saya ambil lauk ikan keli berlado, sambal tauhu seketul dan sayur bendi. Letak kuah kerutuk sikit atas nasi. Arwah mak saya dulu panggil tauhu tu, taukua. Orang utara biasa panggil taukua, kan.
Saya suka tauhu ni. Tapi, saya jarang masak di rumah kerana saya seorang dalam keluarga yang suka.
![]() |
| Pinggan suami |
Suami pula ambil lauk ikan goreng, sayur campur, sambal ikan bilis petai dan sambal belacan. Telan air liur tengok sambal ikan bilis petai dia masa sedang taip entri ini.
Sedap, makan di kedai Kak Za ni. Lauk pauk dia semua ada rasa. 😋
Selesai makan, kami pergi beli barang dapur di Pasaraya Econsave. Ini sajalah pasaraya buka paling awal di tempat saya, pukul 8 pagi. Eh, ada lagi satu pasaraya, Lotus, pun buka waktu sama juga, tapi kalau pergi Lotus pukul 8, bahagian sayurnya, baru dia nak susun-susun.
![]() |
| Beli barang dapur |
Cuaca baik pada hari itu. Alhamdulillah. Urusan beli barang dapur berjalan lancar. Tapi hari itu, suami saya boleh tertinggal kad pengenalan, jadi tak bolehlah bayar pakai SARA. Huhu.. lain kali, ya.
Balik rumah, saya masuk dapur. Sayang ada nasi dalam peti sejuk, masak nasi goreng sajalah.
![]() |
| Nasi goreng |
Alhamdulillah.
Baiklah. Jumpa lagi, ye. 😋




Seronok kalai pergi pasaraya awal pagi. Banyak sayur dan ijan serta ayam yang masih fresh.
ReplyDeleteBetul, kak Amie. Orang pun kurang, jadi bebas nak memilih.
DeleteMemang best berjalan suami isteri. Makan² dan shopping! Sy pulak terliur baca paru tu. Nasi goreng nampak sangat sedap!
ReplyDeleteHehe.. betul, betul! Kann, SK.. nasi goreng ada paru memang minta bertambah, tak cukup sepinggan.
Deletetaukua ke takua??
ReplyDeletemasa mula2 kawin dengan suami, MIL pun sebut takua.. linda iyakan jelah.. tak tahu pun apa, rupanya setelah tengok..tahu.. hihihi.. jadi tahu la lepas tu..
Ejaan dia lain, tapi sebut takua juga, Linda. Lebih kurang. Hehe..
DeleteMacam dah jarang orang sebut takua kan, orang panggil tauhu je.
awalnya econsave buka pukul 8?? econsave kat rumah saya buka 10 huaa
ReplyDeleteOh, dia tengok kawasan juga, rupanya.
Deletesaya pun akan cari lauk yang kita jarang masak dirumah,tapi berbeza dengan waled Pia dia akan ambil lauk yang biasa makan saja..rugi betul diaorang ni makan memilih
ReplyDeleteHehe.. selera masing-masing ya, Afzan. Selesa makan yang sudah familiar.
DeleteCie pun busy lately. Kena menyusun masa nak menulis blog. Cie pun kalau makan di kedai akan ambil ikan keli.
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan Cie, ya. Sedap kan Cie, ikan keli.
DeleteBiasalah ada orang suka bersama suami. Macam saya dengan ibubapa.
ReplyDeleteSaya suka pergi pasaraya jadi orang terawal atau orang pertama 😊
Ye la, kan. 😊 Pergi awal tak ramai orang kan, NA.
DeleteSA teringin nak pi pasaraya awal pagi..tp sygnya peti ais wmua penuh..PZ hari2 shpping...sudahnya SA hanya beli keperluan lain macam sabun, beras dan barang2 masak yg lain macam.kicap, sos dan sebagainya
ReplyDeleteRajin PZ hari² shopping. PZ nak senangkan kerja SA. 😊
DeleteKalau dengan husb, Faa susah nak control makan. Kelaut pegi dietnya. Hanya mampu jaga kalori time weekdays keje saja 😆
ReplyDeleteBetul. Sama kita. Susah kalau partner kita jenis makan semua. Punoh diet.
DeleteSedap menunya. Saya suka jugak makan keli berlado. Tak perlu kuah dah. Calit je lada keli tu kat nasi putih.
ReplyDeleteBetul, betul! 😋
DeleteSedapnya lauk akk dgn suami akk.
ReplyDeleteMasakan kampung memang menyelerakan lagi2 bab sambal.. perghhh dapnyee
Kann, Cuya... Selera makan, ada lauk sambal.
DeleteKSarie asal Penang. KSarie panggil tauhu tu tokoa. Tiba-tiba teringat sambal tokoa arwah atok. Seronok sesi JJCM makan-makan dan beli groceries di waktu awal pagi sebab suasana masih fresh dan orang tidak ramai kan
ReplyDeleteOrang dulu punya sambal takua sedap kan, KSarie. Betul. Awal pagi, bahan mentah segar².
DeleteLihat menu dengan aneka lauk begitu, JD teringat langganan saya, nasi Melayu syazana di Penang. Rinduuuu jadi nak kesana 😄😍. Nanti nak cari di KL lah menu nasi Melayu begini.
ReplyDeleteBetul kak, kita nih bersyukur ajalah kalau suami masih kerja. Apalagi saya anak msh kecil, msh panjang perjalanan education mereka. JD tiap gaji yg masuk, sangat berarti
Kedai nasi campur banyak di KL tu, Fanny, lagi² di Kg Baru.
DeleteYa kan Fanny, Alhamdulillah, harus bersyukur suami punya kerja.