Saya tak berkebun pun hari ni. Hujan sejak sebelum subuh lagi. Allah beri cuti sempena harijadi saya hari ini, 20 Mei.
![]() |
| Notifikasi dari app Zus |
Zus bagi voucher kek, beli 1 percuma 1. Ada juga voucher makanan panas percuma.
Dengan pantas, saya pergi claim. 😁
Saya pilih Biscoff Baked Cheesecake dan Summer Berries Cheesecake.
Bab makan sedap memang efficient sungguh.
![]() |
| Summer berries cheesecake |
Sedapnya! 😋
Hari ini, umur saya 48 tahun. Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat dan rezeki tak terhitung banyaknya dariNya.
Semuanya saya sudah ada. Saya tak minta apa-apa lagi. Semuanya sudah cukup dalam hidup saya. Kecuali nak pergi haji saja. Nak dekatkan diri padaNya. Mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.
Semoga hari anda semua ceria hari ini, dan kalian semua berbahagia dunia akhirat.
Jumpa lagi, ye. 💗



Selamat hari lahir yang ke-48 Nur! Alhamdulillah, indahnya bila rasa seronok dan cukup dengan segala nikmat yang Allah beri. Semoga segala urusan dipermudahkan, dikurniakan kesihatan yang baik, dan semoga impian untuk menunaikan ibadah haji dimakbulkan Allah SWT. Amin. Selamat menikmati cheesecake sedap tu!
BalasPadamTerima kasih, SA. 🤗 Amin, amin, yarabbalAlamin... 🤲
Padamhappy birthday..smoga apa yg dihajati termakbul...best tu dpt kek
BalasPadamMekasih, mama tisya. Amin... 🤲 Memang syedap keknya! 😋
PadamWaaah happy birthday kak 🎉🥁🥁🥁. Semoga yang diharapkan bisa terwujud dalam waktu dekat yaaaa. 🤗🤗.
BalasPadamMakasih, Fanny. 🤗 Amin, yarabbalalamin... 🤲
PadamPibeday Tot, semoga terus diberkati!
BalasPadamMekacih, uncle. Aminn... 🤲
PadamHappy Birthday. The cake looks delicious!
BalasPadamThanks, Linda. Yes, it was very delicious. 😋
PadamAlhamdulillah selamat hari lahir yang ke 48 Tot. Semoga diberkati umur berbaki, sentiasa di bawah rahmat Allah selalu, dipermudahkan semua urusan dan happy sokmo. In sya Allah semoga kehidupan ke hadapannya lebih molek dan awesome ye. Kek itu nampak menggoda sangat.
BalasPadamTerima kasih, KSarie. Amin, yarabbalalamin.. 🤲 Mudah-mudahan ye, KSarie.
PadamHappy Birthday mbak Tooot. Moga diberikan umur panjang, dilancarkan rezeki dan dimudahkan setiap urusannyaaa :D
BalasPadamKue nya menggugah selera betul mbak. Warna warni, hihihi
Hehe.. makasih, Mas Fajar. Aminn.. amin, 🤲 iya kan, warna warni keknya, baru pertama kali saya mencoba beli.
PadamSelamat harijadi Nur.
BalasPadamYa Allah kek berwarna-warni. Semoga hidup ceria dan diberkati Allah.
Terima kasih, NA.
PadamAminn, yarabbalalamin... 🤲semoga doa yang baik² kembali semula pada NA.
happy birthday kak...moga yang baik2 semuanya untuk akak
BalasPadamTerima kasih, Afzan. Aminn.. 🤲
PadamHappy belated bday sis =)
BalasPadamThank you, Nieza. 🤗
PadamSelamat ulang tahun nur. Wah sama dengan boss saya. Hari ni baru buat celebrate sebab semalam dia el tak sihat. Beli kek dan Kepci makan ramai-ramai. Sama juga dengan cucu CC saya. Semuga semua doa nur Allah makbulkan.
BalasPadamSeronok dapat sambut harijadi ramai² di tempat kerja.
PadamAminn.. 🤲 terima kasih, kak.
Happy birthday Tot. Semoga hajat nak pergi haji dapat dicapai secepatnya, insha Allah
BalasPadamTima kasih. 😊 Aminn... 🤲 Mudah-mudahan.
PadamSelamat hari lahir kak tot. Semoga yang baik2 saja mengiringi.
BalasPadamTerima kasih, Cie. Aminn.. 🤲
PadamSelamat hari jadi Puan Nur. Semoga murah rezeki dan panjang umur..berani juga reveal usia yang 48 hehehe.. saya malu sangat dan nak umum hari jadi pun segan
BalasPadamTerima kasih, Encik Hanafi. Aminn... 🤲 Age is just a number. Hehe.
PadamUdah terlambat kita...
BalasPadamHappy belated birthday kak..moga yang baik² saja untuk akak
Takpe, Linda. Terima kasih. 🤗 Aminn... 🤲
PadamSanah Helwah buat kakak blogger kita, kak tot. Patutlah saya rasa macam ada seseorang punya hari jadi pada 20 May lalu. Rupanya birthday kak tot ya.
BalasPadamSelamat ulang tahun yang ke-48 kak tot. Semoga sihat, ceria dan dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan kak tot ^_^
Terima kasih, Sofie. 🤗 Aminn.. atas doanya. 🤲
PadamSelamat Hari Lahir. Semoga sihat selalu dan dimurahkan lagi rezeki. 🤲
BalasPadamBulan lepas saya tak sempat claim kek. Burn gitu je voucher. 😅
Terima kasih, BK. Amin, yarabbalalaminn.. 🤲 Alaa.. sayang, kek syedap! Tahun depan la ye, claim.
Padamhappy birthday kak nur! tiap2 tahun bday mesti kena claim cake dari zus!
BalasPadamTerima kasih, Mazni. Hehe.. kann.. kek sedap.
Padam